CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 20, 2011

apakah kurang best punya perasaan

Pukul 6.00 pagi dah bangun. Terus senyum. Tapi lama-lama senyum tu jadi hambar. Bermula dari malam tadi alkisahhhh…







Janji nak pergi makan, tapi orang yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai sampai sampai sampailah kesudah tidur dalam kelaparan. (T_______T)






Bangun pagi senyum pun tiada lagi bermakna sebab mengenangkan hari ni kena pergi kelas sorang-sorang naik tren sebab Kak Hathiah tak pergi, dia ada urusan lain.






Disebabkan tak biasa pergi kelas sorang-sorang kerana selalu pergi dengan Kak Hathiah follow langkah dia saja tanpa ambil kisah dimana atau kemana arah tuju tren itu yang penting sampai kelas, aku telah tersalah naik tren. Padanlah dengan muka aku (T________T)






Bateri handphone pula kong. Tak dapat nak call Zu untuk tanya jalan. Tak dapat nak call mak minta ampun, nak minta restu, nak minta doa, nak minta duit ..tidak boleh sama sekali. Nak call Polis kalau tiba-tiba ternampak signboard






500 meter Yokohama kerr....

Welcome to New Jersey ker....

Ahlan Wasahlan to Kaherah kerr.....

Pun tiadalah boleh sama sekali…(T_____T)






Sampai di KL Sentral, perut terasa sangat lapar sebab dari 30 jam sebelum itu hanya makan sebungkus meggi sahaja.






Aku pun memberanikan diri untuk ke Mc Donald di KL Sentral tu.






TIBA-TIBA!!!!!






Baru je nak menyuap makanan di mulut, seorang kakak telah MENTUMPAHKAN air MILO ke atas seluar baju dan kasut aku. (T___________T) *memang kena istigfar 100 kali bila mengenangnya


Dah mula down. Rasa taknak pergi kelas, nak ambik tren balik Putrajaya semula.






Tiba-tiba terbayang muka abah pegang parang…..gggrrrrrrrr






Mentabahkan diri untuk meneruskan perjalanan dengan muka control ayu dan HARUMAN MILO..mesti orang yang lalu sebelah aku rasa nak geget geget jer baju aku..haaa hambek kau! Sepanjang perjalanan orang pandang aku sambil telan air liur! Famous mak nyahhh!! Awwww!!! (T______T)










Sampai stesen KTM Shah Alam, naik teksi nak ke kelas. Yang BERTUAHNYA aku kena ceramah….atau aku boleh kata kena MARAH teruk dengan pak cik driver teksi tu. Dia membicarakan soal politik. Dah la aku duduk di sit depan. Terkebil-kebil je la aku kena bentak. Aku tak cakap apa-apa pun. Masuk teksi, bagi salam, bagitahu arah tuju dan aku duduk diam-diam. Takde pun aku suruh dia tukar chanel Klasik Nasional dia tu kepada Hot FM. Betulll…aku tak buat macam tu… Tapi dia terus bersuara dengan lantang dan semakin lantang dan semakin lantang macam Menteri yang duduk sebelah dia. Nak jer aku cakap “Pak cik jangan lah marah saya…saya tak cakap apa-apa pun..saya tak cakap pun saya sokong parti mana…Daftar sebagai pengundi pun saya belum lagi pakcik..(T________T)” …tapi tidak berdaya berkata begitu kerana teringat pesan ibunda “jangan kurang ajar dengan orang tua, nanti orang benci sampai bila-bila” ..ARRGGGHHHHH!!!!! DOWN LAGI!!!






Beberapa ketika yang mengharukan kemudian aku sampai ke UiTM.






YEAAAYYYYYY!!!!!! BERJAYA SAMPAI!!!!! RASA WAKTU TU MACAM BERKUMANDANG LAGU “U ARE THE CHAMPION”….=D






Pergi bilik air, tengok baju..Ya Allah….tiada lah dapat ber Yahoo lagi..Google pun tiada apakan lagi Firefox! Akibat aku mendapati rupanya makin teruk kesan kotoran pada baju aku yang aku cuba cuci tadi. Malunyaaaa nak masuk kelas!!!!!!! Disebabkan aku berpegang pada prinsip genggam bara api biar sampai jadi Blackberry, aku menggagahkan juga diri untuk masuk ke kelas.






Sekian cerita bahagia saya untuk hari ini. Kita berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama dalam rancangan “Anizzz di mana???? Anizzzz di sini…..Sempoiiiiii….”





tutop muka bajet orang tak kenal..maluuu (T_____T)






Nota dahi : Kursus motivasi yang lalu banyak impactnya kepada aku. Membuka persepsi berbeza di mata aku tentang banyak benda. Salah satu yang di ajar, bila sesuatu yang buruk berlaku, jangan cepat marah-marah sehingga menjadikannya duauatu, tigauatu, atau empatuatu lagi buruk. Sebaliknya istigfar dan cuba muhasabah diri. Mungkin semalam sembahyang lewat, mungkin tak solat sunat, mungkin tak mengaji itu yang Allah uji. So think wisely before you act. Everything happen for a reason. Kalau tak marah, hati tak sakit dan kesannya tak lama. Pendek kata [senyum….tak perlu kata apa-apa] yiiihaaaa!!! =D


 


22 cakap-cakap:

Darimo Roslan

style lah peribahasa anda! haha

Abang Jonni

tahniah... anda seorang yang tabah... huhuhu...


nota dagu: kalu abah kejar pakai parang.... lari laju2... toksah pandang belakang langsung... lari je.

sbb dulu2 aku selalu kena kejar. harharhar.

aniz

Darimo Roslan - hahaha yelaa jadi blackberry..ada ke patut jadi arang..org skrg dah pakai gas, tak pakai arang..ngeeee =D


Encik Jonni - tabah tak tabah laa..kene pegi juga..(T___T)

nota lengan : wahhh crita berdasar pengalaman ghopenya deme..hahaha

Nerzhul

abisla bau milo masuk kelas..hihi

sicKo^

Hari ni bukan hari ko.. mungkin esok, ok sket.. :p btw, kiter folo yk

aniz

Nerzhul - bila lagi nak jadi pemes...(T_______T)


sicKo - thank u ..thank u =D

FizA

ciaan dia...hehe..
sy da follow awk.

aniz

FizA - thanks dear =D

Ai Yu

ada gaya lah anda...........hihihi~

nZaOdonut

aniz: UITM amek kos pe??..x nah lak jmpe..hohohoho..

mmg sadis gk dgr stOri nih..sabar spruh iman dik...:p

aniz

nZaOonut : aniz blaja part time, weekend jer..bkn kt kampus induk pun sbb tu x jumpa..hehe mmg kene byk bersabo T____T

hysman

milo ade ais tak? dahaga laaa...
hehe

aniz

hysman - mana ada ais..kalau ada pun dah ke lantai..hakhak

ShUhaDaH

gud job.sgt kuat smngt !

aniz

ShUhaDaH - tq dear..thanks 4 coming...=D

DaddyDian

panjang daaa entry... tapi habis baca dun wori.. :)

aniz

DaddyDian - hehehe thank u thank u =D

LittleGurl

hahahaha. kelaka gile rase. opsstt. ok la dear, at least da dpt bwat a good decision and sampai ngn selamat rite?

p/s : next time nk pegi mane2 charge fon. ;P

aniz

btol btol btol...yg pntg slmt smpai dgn haruman MILO...hehe

p/s/s: yess mam...insyaallah lps ni lbh beware..=D

DaddyDian

masuk lagi sini nak baca entry terbaru.. tapi keciwa.. sini mmg tak pasang chat box ke?

kay_are

dah nasib nak wat cane kan.. pernah gak kne ari2 xde nasib cam2.. huu

Kak Rosaliza

Assalam Aniz..ada hikmah di sebalik segala kejadian itu..kuat semangat anizz