CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 30, 2010

bebanan seorang ibu tunggal (tajuk minta ihsan)

saya sedang sibuk menyiapkan assignment yang sangat bersikap berlgak dengan saya sehingga saya rasa assingment tu tengah cakap

*aku lah yang paling berkuasa mutlak sekarang..hahaha sama ada kau suka atau tidak, kau kena siapkan aku jugak.tiada belas kasihan untuk budak tak chumel macam kau ni..hahahahaha (gelak durjana)

saya pun terus lah mentundukkan diri dan menangis teresak-esak depan assignment tu tanda patuh untuk mengelakkan diri ini dihukum pancung oleh orang suruhan assignment yang berbadan besar, bermisai tebal dan berkulit gelap. assignment tu pun terus terusan bergelak durjana. note: maaf saya buat cite dongeng si pari-pari jer. tau tak kat mana saya boleh buat aduan sebab kena dera dengan assignment??? saya nak minta dihantar pulang ke negara asal cikannz yang indah, berwarna warni dan banyak makanan dan patung chumel-chumel dan pelangi 18 warna dan encik wateva si para-para..arrgghhhh saya tension..+ dengan beberapa masalah sampingan yang lebih besar dari masalah assignment ni yang tidak boleh distorykan disini..apapun saya masih percaya yang 'Tuhan tidak akan menguji hambanya melainkan DIA tahu hambanya mampu'..Dugaan yang sungguh menguji dan membutukan kuasa persis Goku dan sailormoon untuk berdepan dengannya ni membuatkan saya lebih kuat sebenarnya. lebih kuat dari badang atau orang yang minum susu Omega Plus 14 kali sehari. *saya berbangga seketika dengan kekuatan yang ada..heh heh heh..kelihatan seperti sudah banyak kemerapuan disini..lebih baik saya mensign-out kan diri dan membuat pahala dengan mengsiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh orang-orang yang tak chumel *maaf kerana saya mengklasifikasikan orang-orang yang menyuruh saya membuat itu ini sebagai orang-orang yang tak chumel sebab saya tengah tension..nanti dah ok sikit saya masukkan kalian dalam group chumel yer..janji!..-out-

Wednesday, September 22, 2010

cinta 3 dimensi

Tajuk: Cinta 3 Dimensi
Artis : Lefthanded

Biar dari sudut
Manapun kau lihat diri ini
Walaupun dari atas sekali
Semua adalah sama

Biarpun cantik mengalah bidadari
Namun hatiku tidak mungkin
Kau dapat menguasai

Tiada cinta tiga dimensi
Sesama kita lagi
Engkau hanyalah gurisan hati
Dilukis di atas bumi

Terpadam sudah pandangan yang indah
Yang engkau gambarkan
Di suatu ketika dahulu

Apa yang tinggal
Kini hanyalah satu dimensi
Apa yang tinggal kini hanyalah
Yang sulit dan sepi


nota kaki : lately ni sangat suka mendengar lagu ni..=)

Tuesday, September 21, 2010

MALAS+MERAPU+BORING

boringnyer hari ni...tak best langsung rasa di hati..

dah la mengantuk ya amat

nak buat keje pun malas..macam mana tu???


kan best kalau dapat pegi jalan-jalan

bersuka ria dengan kawan-kawan


*


*


*


*

motif wujudnya entry ini adalah saya dah bosan tahap gaban..mak baru jer call..hai mak...mak...nama pun mak..mesti dapat rasa anakmu ini sedang keboringan kan..macam-macam cerita mak sampaikan..persis murai.com..erkk tapi yang baik-baik jer..takde gosip panas pun..mak suruh balik kampung sabtu ni sebab dia nak buat open house tp saya ada kelas dan ikut perancangan saya juga nak buat open house collaboration bersama kak yana di rumah dia (tumpang rumah dia jer, takkan nak buat kat rumah saya pulak..al maklumlah rumah single/bujang, bekas kuih pun takde)..aduh sungguh memfeninkan..kalau rajin saya pegi kelas, kalau malas saya balik kampung..erkk (apa lah nak jadi dengan kamu ni!!!)=p

Monday, September 20, 2010

mari memasak

ayam masak lomak cili api cinta ini membunuhku
sambal telur cintamu mekar dihati

tema masakan : siapa makan cili dia terasa pedasnya
bahan-bahannya : secubit manja, segenggam kasih sayang, sesudu cinta dan sesuka hati haku =p
*
*
insyaallah kalau chef wan rasa dia akan terdiam yer..terdiam untuk apa saya tak tahu, yang pasti dia akan diam sediam diamnya tanpa mampu untuk mengutuk apatah lagi memuji =p
terima kasih kepada yang sudi merasa walaupun cubaan itu boleh meletakkan nyawa anda dalam bahaya, tapi anda berani mengambil risiko..syabas!!
lain kali saya masak untuk kamu lagi yer =)
*
*
*
*
*
nota kaki : 'laksa penang sebatang' akan menyusul tidak lama lagi..sila dapatkan buku masakan saya di pasaran bertajuk 'cook with love' yer, murah saja hanya RM8.88 saja..(kamu bagi free pun sumpah takde orang nak tahu!..sudah jangan berangan!!) =p

Friday, September 17, 2010

BERBUKA PUASA DENGAN MEREKA

walaupun agak ketelatan dan ketinggalan masa yang agak lama..tapi saya tetap berdegil untuk memasukkan gambar-gambar sepanjang acara berbuka secara berjemaah sektor kami..tarikh kejadian adalah pada 26 Ogos 2010..lama dah...huhu tapi tak kira, entry ni harus dimasukkan sebagai kenang2an..peduli apa..ni blog saya, suka hati saya lah.. (kurang ajar!! kluar skarang!!erkk).. mempersembahkan....untuk tatapan saya sendiri...=) meja yang kosong pada awalnya

menunggu waktu berbuka

agih-agihkan makanan tu nak berbuka sat lagi

nur afina merenung masa depan
maisarah

nenek

mai secawan!
menjeling-menjeling ku ditendang..ahaks!
romeo n juliet
k.a.m.i
selesai! jangan diberi makanan kepada kami, jika tidak
kami akan bertuka menjadi pirana..hakhak
















TENSION ...ARRGGHHHH!!!!

saya ada banyak ..bukan..bukan...TERLALU BANYAK assignment yang perlu disiapkan dan kena hantar menjelang ahad...sempat ke??? haa hambik kau!!! sape suruh tak buat awal!! dah sibuk dengan kamu punya puasa, raya lagi, campur cuti, tolak buku, bila masa kamu nak buat??? padan muka!! T___T padan muka dia!! tak mahu kesian kesian kat dia..biar dia menderita siapkan assignment yang banyak tu..argghhhh tensionnya....orang lain sibuk bersuka ria raya tak habis lagi, saya pulak dengan buku....T___T nak nanes sangat ni.....nasib kau la aniz...padan muka kamu...ni namanya sendiri buat sendiri tanggung...wwaaAAAaaaaa perkara-perkara yang perlu di'cut' sempena hari-hari terakhir bagi menyiapkan assignment <--saya tak suka perkataan ni- dan ujian separuh semester ahad ni ialah :

(a) bermesra bersama sanak saudara..kepada sepupu, uncle, mak su, pak lang, pak long dan semua pak dan mak yang mengenali diri ini (macam la mereka baca blog kamu..perasan!!! =p) saya mohon maaf tak dapat pergi ke rumah terbuka mahupun tertutup anda lagi.selepas hari ahad ni saya merdeka.saya akan beraya rumah kalian lama-lama yer..sob..sob...

(b) berfoya-foya bersama encik wateva...T___T sorry darling..perlu cut waktu dating kita..(boleh ke cut??? dah jumpa tu kalau boleh macam taknak balik jer gamaknya..wekk!!!=p) takpe yunk..lepas kawen nanti boleh selalu jumpa yer..(jumpa selalu pun tak elok..nipis iman jadinya =p)

(c) waktu tidur..sudah semestinya sebab saya belajar sangat aktif, cerdas, bahagia, kebiasaan dan semua yang best lah hanya pada waktu tengah malam yer anak-anak..;)

sekian..salam ketensionan dari hamba yang separuh bahagia
- takde mood -

YEAAA RAYA!!!!!!!

siapa jejaka yang menyibuk kat belakang saya tuh?? huh!
sungguh mengkonker gambarku..
siapa punya baju raya warna coklat angkat kaki!! =p