CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 29, 2011

gambar sewaktu saya pergi mempancing ikan hari tu

mood : tired
halwa telinga : kekasihku




bercadang nak tangkap ikan Talapia Merah itu hari

saya kata TALAPIA MERAH okey..bukan GADIS BERSHAWL MERAH...hisshhhh


boring tunggu ikan yang lupa pada janji punya pasal, syok sendiri jap ..jangan marah aaaa..huhuhutan



nasi lemak ditaja oleh ERniE CateRiNg..bak kata Encik Hairi "kau ni kak, pergi mana-mana juga mahu berkelah.."..OKEY wateva wateva..hahahahaaaantu

Maaf yer kawan kawan..disebabkan itu hari baru pay day, Ikan Talapia Merah semua balik kampung..dia tinggalkan maid dia untuk kita which is Ikan Baung..(T__________T)..Okey la dari adik angkat dia si Ikan bilis..sigh!

apa kau tak bajet yang gambar ni akan jadi sangat gewdiks ke aniz????? erkkk yelaa kot..hahahalimahjongang
Baby Dhia...2nd daughter Encik Hairi yang datang dengan mama dia pada jam 11.30am..dia chumelll dan tidur saja macam takde apa-apa berlaku..dapat ikan baung ke ikan bilis ke beg plastik merah bersaiz besar juga dia tidak kisah punya..dasarlah bayi...hahaha

Kak Noriy with Afina..kakak Dhia...




eee eehhh bukankah entry ini berkenaan dengan mempancing ikan pada sabtu lepas, mengapa gambar saya juga yang banyak... *mahu berlakon jadi ikan untuk enterprem di blog sendiri kerrrrrr....wakakakakakaaaaeee  eehhhhh...tidak mengapa..bukankah blog ini saya juga yang punya, bukanlah ikan..jadi encik ikan tidak payah la mahu mensibuk-sibuk enterprem dalam ini blog..biar saya syok sendiri sahaja...hahahahaaaaaaaktui...*gelak durjana

apapun sebenarnya saya membuat onar saja dengan mengkatakan ini adalah aktiviti mempancing saya..padahal joran juga malas dibaling..gara-gara mata yang mengantuk tahap sepak batu lempang muka sendiri..*adakah perumpaan ini??? abaikan..manakan tidak, tabiat tidur awal sudah berlalu, malam sebelum pergi memancing itu saya hanya tidur pada jam 5 PAGI, dan bangun pada jam 6.30 PAGI itu juga..bermakna hanya tidur 1 jam setengah...gila gila remaja sei!... sudah tidak tidur awal, wa punya tidur lewat tu membawa ke pukul 5PAGI...sedikit meroyan di situ...*sigh!

lain kali akan lebih mensiapkan diri dengan segala keperluan luar dan dalam untuk mempancing ikan di Tesco sahaja lagi senang 

>_<



nota kaki : hari ini jadual exam sudah keluar..bersiap sedialah engkau aniz...gggrrrrrrrrrr

Friday, March 25, 2011

tabiat tidur awal telah berlalu

Mood : almost sleepy
Halwa telinga : Syair si pari pari


Mari mengupdate secara pantas kerana sudah tidak banyak masa......terlalu kesuntukan masa saat ini....TIPU TIPU! saya membagi alasan saja..masa ada banyak, cuma ada udang di sebalik batu...mata sudah sedikit layu...*ee ehhh kenapa udang juga yang kena???? dasarlah manusia engkau ni...semua juga mahu salahkan udang yang duduk diam belakang batu..damn!


Berbalik kepada tajuk


Semenjak dua menjak tiga menjak ini sudah tidak lagi tidur awal...mata hanya akan mengantuk pada pukul 1 atau 2 pagi...baguskah itu???? entah!..apapun sangat berbangga kerana sudah tidak terjebak dengan gejala tidur awal...sudah tidak rasa annoying macam dulu bila mata akan mula terkebil kebil secara slow motion pada jam 8 malam...sangat kasihankan diri..sudah tidak rasa macam seorang ibu berbayi kembar 8... sudah mula rasa jiwa muda remaja yang membara..*sukalah mahu mengkata diri engkau muda bukan..keluar sekarang!


beberapa entry kebelakangan ini penuh dengan unsur kecewa, sedih, suram, lapar, dan macam-macam lagi rasa yang tidak best...SUDAH MUAK!...tidak mahu mengingat-ingat sangat..mahu letak tepi saja semua itu..wahai perasaan duka, pergi engkau menyorok dalam almari sana! shuhhhh shuhhhh..-smile



Bukankah disetiap kejadian ada hikmahnya????


BETUL!


saya perasan sejak beberapa 'hari kecewa' ini, saya sangat rajin membuat assignment, membuat ulang kaji, membuat bising, membuat semua kerja dengan teratur dan on time juga...*bagus pula perangai engkau bila kecewa....tapi kecewa selalu itu yang tidak bagus..barangkali semuanya tidak sengaja..sebab sedih, tangan boleh bekerja sendiri di luar sedar akal...*nonsens!



>_<


saya perlu tidur sekarang kerana sudah hampir pukul 2.30am..kalau tidak bermakna saya hampir dengan GEJALA-MELETAK-WARNA-MERAH-PADA-PUNCH-CARD-SECARA-BERSENANG-KEMUDIAN-NANGIS-48-JAM-TANPA-HENTI...


>_<


CUKUP!



good morning!



ZZzzZzzzzZZZZZZZZZZzzzzzz



Thursday, March 24, 2011

MASIH

Mood : kosong
Halwa telinga : mad- neyo








Tutup semua pintu dan tingkap






Buka TV, On DVD player






Terpapar di skrin, 127hours






Up volume TV kasi gegar dinding






Layan movie bersama Cik Nori -thanks der temankan aku..i owe u beb-





Thanks juga hunny bagi pinjam DVD...*nak beli tak terbeli beli






Hari ini luka masih terasa..MASIH...






Walaupun pada jam 11.00 pagi dapat perkabaran gembira...MASIH.....






Apa lagi yang mampu aku lakukan untuk memujuk diri..........sebab rasa itu MASIH kuat.............hmmmmmmm












Nota bahu : atas permintaan yang tak seberapa, ON BORAK telah ditambah... ON BORAK menggunakan moto "BORAKLAH MACAM DEKAT RUMAH SENDIRI, TAPI JANGAN LUPA INSTALMENT RUMAH NI AKU YANG BAYAR"....OKEY abaikan abaikan.....sekian.







Monday, March 21, 2011

sakit ke perit

Hari ini aku MC..
Badan rasa shaking ala parkinson..
Sekejap sejuk, sekejap panas...
Nak makan tiada berselera..
Nak berjalan juga rasa tiada berdaya...
Hati rasa sangat sebak..
Ayor mata tertahan-tahan...


Kalau aku seorang doktor......
Sumpah aku blurrr...tidak mampu mengesan apa sebenarnya sakit yang dialami..


Mujur aku BUKAN doktor...mujur juga aku cuma seorang penanam sawi yang berwawasan...




Nampaknya keresahan ini sudah mula menunjukkan duri....


Makan dalam wa cakap lu.................


Kitaran hidup agak banyak menampakkan beza..


Waktu makan..waktu tidur...semua kelihatan agak terganggu..
Seperti baru mahu memulakan 1 jadual yang tak terbiasa....
Bukankah semalam aku kata semuanya OKEY kan????.....






FINE! sila cakap pada aku "PENTIPU punya budak...PENTIPU!!!!!!!"






Aku KERAP mengupdate blog....YA.....nampak KERAP...lebih KERAP dari biasa bukan?..






Punca??? aku hanya boleh meluahkan disini..bukan pada sesiapa..




Sekurang-kurangnya blog ini tiada bersuara..tidak mungkin memberi nasihat, menentang atau menyokong..aku rasa berkuasa seketika...SEKURANG-KURANGNYA aku boleh rasa begitu untuk beberapa minit dalam 24 jam yang aku ada....






Biarlah semuanya reda....
Aku akan baik-baik saja..............



LOOOOOOOOSSSSEEEERRRRRRRRR

Mood : haru, terharu, haru hara, haru s bagaimana lagi..
Halwa telinga : i dont believe you-pink




Walaupun badan sangat letih dan bahu kiri masih dalam kesakitan, namun tetap juga mata tidak boleh dilelapkan..hati sangat resah..




Aku Sedih..




Bukan tahap mahu terjun bangunan, tapi cukup untuk hilangkan selera makan aku selama 7 hari...




Aku benar-benar kecewa...




Bukan putus cinta tahap putus jari, putus kepala, putus bekalan elektrik di rumah, putus telinga dan sebagainya..tapi aku tetap kecewa...




-BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL-




Peribahasa ini barangkali TIDAK SESUAI...sebab aku bukan ibu tunggal dengan 8 orang anak...rasanya buat masa ini tiada sesiapa yang memandang aku sedar aku tengah bersedih sebab senyuman di bibir sangat maniz sampai kalau aku bagitahu orang yang aku tengah kecewa juga orang akan kata aku ni PENTIPU....penat nak yakinkan orang tentang airmata bila kita sentiasa memberi senyuman dan tawa kepada mereka bukan??? setuju tidak??? Tidak??? FINE!






-KITA TAKKAN SEDAR BETAPA KITA MEMERLUKAN SEHINGGA IA PERGI MENINGGALKAN-






Aku rasa madah ini SANGAT SESUAI..sebab *snipped*.....






-MAAF.....setelah penat menaip panjang lebar, luahan hati yang itu akhirnya telah dibanned isi kandungannya oleh FINAS kerana dikatakan mengandungi rasa hati yang terlalu kompleks untuk difahami..yang terlalu sukar untuk diselami..barangkali bila membacanya juga akan membuatkan diri termanggu, selera terganggu, emosi bercelaru, jiwa haru biru..gilakah aku???? (T____________T) 








Selalu aku rasa sangat susah mahu memujuk anak buah aku yang nangis berguling di tengah-tengah shopping complex kerana mahukan mainan yang berharga RM120 dan akan rosak dalam masa 20 minit selepas masuk kereta, kadang-kadang tak sempat sampai tempat parking juga sudah rosak. TAPI...kali ni aku aku tersedar yang sebenarnya untuk memujuk hati seorang gadis berusia 23 tahun dan berjiwa kacau juga lebih mencabar dari yang itu..






Haruskan entry ini dilabel sebagai ENTRY KECEWA?????






TIDAK!








JANGAN!






Labelkan saja sebagai entry 'wateva' supaya ia tidak perlu dingat lagi..Bukankah kekecewaan tidak elok dingat-ingat, bimbang ianya akan meracun hati...Bukankah begitu????






Jangan bimbang....






Aku baik-baik saja...masih boleh bercakap dan ketawa, masih boleh pergi kerja, masih boleh pergi kelas setiap Ahad, masih boleh memasak sambal sardin seminggu sekali, masih boleh mencuci pakaian di KEDAI DOBI GERENTI WANGI...masih boleh memanah lepas tu lompat-lompat sebab sasaran mengena..masih boleh tidur 4 jam sehari, masih setia dengan Chanel 701 dan 611, masih boleh telefon emak dan abah lalu ketawa besar sama-sama macam dapat durian runtuh, masih boleh update blog lagi...




Semuanya macam NORMAL bukan???






Tiada apa yang perlu dirisaukan....
Aku masih tidak menangis...






Semuanya akan baik-baik saja..








-the end-













Saturday, March 19, 2011

3 hari 2 malam di Melaka

mood : happy
halwa telinga : hanyut






mahu lupakan kepenatan..mahu lupakan yang tak best...mahu ingat yang baik-baik sahaja..penat ya amat, badan pun sengal-sengal..hari ni seharian duduk di rumah sorang-sorang..Zu keluar tak tahu kemana..bangun tidur dia dah takde..blok ni pulak pagi pagi buta dah blackout..nak tengok TV tak boleh, basuh baju tak boleh, buka laptop pun tak boleh..lewat petang baru ada elektrik..baru lah boleh basuh baju, tengok TV sambil tidur, masak air guna cerek elektrik, et cetera et cetera..time macam ini barulah nak menghargai elektrik..kalau tidak tak pernah nak kisah pun..tidur sambil buka semua lampu, tidak tutup TV, tak shut down lappy, apa ada hal!...sekarang, mahu biarkan plug DVD player terpasang tanpa menggunakannya juga sudah pandai berfikir 32 kali..uhukk uhukkk....




1 hari suntuk tak makan apa-apa sebab tak rela makan sorang-sorang punya pasal..OhhhHHh rumah..bilalah mahu bising macam rumah jiran depan..senyap sunyi saja...jangan kata burung berkicauan, jiran atas kentut juga boleh didengari...sunyi sangat katanya...




sekejap yer..emak saya call....=D




/




/




/




ok...kembali....




semalam sampai dari Melaka lebih kurang pukul 7 lebih..lepas habis program dalam lebih kurang pukul 1 petang semalam, driver datang jemput..tapi dah plan awal-awal nak balik kampung sebab hari ni anak Pak Ngah saya kahwin..so selepas lunch, minta Kak Yana hantar saya ke Melaka Sentral..sepatutnya terus ambil bas ke Muar, tapi hampir setengah jam saya duduk termenung di Melaka Sentral tu..tengok orang lalu lalang..orang lalu lalang tengok saya..dengar orang phewittt phewittt lepas tu buat muka innocent macam tak dengar apa-apa...pergi beli aiskrim dekat McD..tiket  bas tak juga dibeli..sebenarnya hati berbelah bagi..badan sangat penat lepas keje pagi petang siang malam non stop selama 3 hari..hari Ahad ni pula ada class+ ada test....tapi mengenangkan dah bagitau emak saya nak bali kampung semalam, tak sampai hati nak balik Putrajaya *sebenarnya takut emak marah sebab tak ikut plan asal..takut emak marah sebab saya suka ubah keputusan last minit yang akan menyusahkan dan kadangkala boleh membahayakan diri..emak kan garang ala ala emo..mestilah mahu takut...=((


tapi...




akhirnya memberanikan diri untuk call Abah...*saya anak abah..malangnya..emak yang angkat call.... uuWWwaaaa....uuUUuWwaaaa...*apakah budak ini??? emak jawab call juga dikata malang..sangat durhaka..huh!




tapi lagi...




emak Okey...betull....dia sangat Okey...dia kata dia faham saya penat, dia tahu saya ada test hari Ahad, dia tak kisah pun kalau saya tak balik kampung..YiPPpiiEeeee!!!!!




baru lah nak tersedar yang sebenarnya emak Okey saja..cuma saya yang emo lebih..fikir negatif...mahu takut tidak tentu pasal..akhirnya sendiri yang susah...padanlah dengan muka saya...elok-elok ada driver jemput, kena balik naik bas ke Putrajaya...badan makin penat, duit sendiri juga kena keluar beli tiket..padan muka! padan muka! mahu boooo diri sendiri sampai next week...uuWWaaaaaa


Okey...bosan dengan ayat..mari lihat gambar...




main-main ini budak budak waktu Ice Breaking..kasi babap sama dia! hehe

sayang kamoooo


pssttt...bincang apa tu!

Geng Confirm Menang... tapi dapat tempat ke-3..hahaha bagi peluang katanya...apa-apa ajelah...

Geng Ceria 611...apalah nama kumpulan anda ini..sangat Astro tahu...*busuk hati punya budak..jeles sebab team diorang dapat johan wwoohaaa!!!..


Encik Faizal...ahli kumpulan saya and antara shooter terbaik..suka tengok dia yang bersungguh..cayalah geng!!!!

My Bosss yang suka psycho sampai susah nak memanah dibuatnya...cis!

OKEY Aniz...FOKUS....

anggap saja ada Peragut zalim disitu.......


bersiap sedia........

Ready........GO!

melompat kegembiraan macam menang piala SUKMA sebab...........

nampak ni!!!!!!!! tepat tepat di situ wa cakap lu!!!! hooyaayyyyyy!!!!!

nampak tidak???? tak tipu punya bai.....hehehe

Maisara pun ada..ini budak, duduk bilik depan saja dari bilik saya, tetap mahu telefon juga.."Acik Aniz buat apa tuuuu????" aiyark!!! Sara....Sara....

in love with archery =D

kesan sampingan..tak sakit pun....betollllll....(T_____T)

malam itu gua lepak dengan buaya Puchong dekat night safari, Zoo Melaka..apa ada hal...ngeeeee

pentipu punya budak..letak ular betul tengok???? 600 meter lari tanpa pakai kasut punya! lalalalaaa

kabur la pulak

nama saya AniZ bukan AniS =D





nota siku : disamping kerja, bila ada selingan aktiviti-aktiviti team building ini yang buat hilang penat otak..alhamdulillah....walaupun sangat jarang dapat peluang macam ni...jarang kawan-kawan lain dapat ikut program saya..tidak mengapa..ada rezeki, kita pergi retreat sama-sama lagi yer kawan-kawan...muaahhhhh!!!!

Tuesday, March 15, 2011

Contest Santai: Cerita Kelakar Anda

Mood : blank
Halwa telinga : if i were a boy








PERHATIAN : DISEBABKAN TUAN BLOG MENGHIDAP GEJALA TIDUR AWAL TANPA SEMPADAN TAHAP KRONIK, MAKA DIWAR-WARKAN ENTRY SEBELUM INI ADALAH KESILAPAN TEKNIKAL SEMATA. AKIBAT TERLALU MENGANTUK, DIA TELAH TERCLICK BUTTON PUBLISH DALAM KEADAAN SEPARA SEDAR. SILA BOOOOO DIA RAMAI RAMAI. *tekup muka dengan bantal..malunyerrrrrrr (T_____T)








TAPI!!!!!!






Kali ini akan buat betul-betul punyerrrr.....tak main lah separuh separuh lagi dah! 4 gelas kopi gua telan tau! =p












-MULA-






Contest Santai yang Santai Gilerrrrrr



Hari ni aku nak join contest Cik Mawaddah untuk menang crochet chumel. Saya ulang lagi sekali..UNTUK MENANG CROCHET CHUMEL...jelas tak????..tidak mengapa..diulang untuk kali ke tiga..UNTUK MENANG CROCHET CHUMEL..ee ehhh!!! kenapa kena ulang banyak-banyak kali??? sekali je bagitahu tak cukup ke??? SEBAB untuk buat apapun biarlah dengan MISI dan VISI yang jelas..sekurang-kurangnya nanti tiada orang akan menuduh saya join contest ni sebab nak mengurat abang Adah..apatah lagi sepupu Adah yang iras-iras James Franco..wwoohaaa!!!



Alkisah................pada suatu hari ada seekor arnab comel telah lahir ke dunia. Akhirnya dia mati. -The end-





[Maaf..itu cuma intro..my bedtime story yang selalu baca baris pertama dan baris akhir supaya boleh cepat-cepat  pejam mata tanpa perlu memikirkan apa yang terjadi sepanjang hidup arnab itu. Tak penting pun. sebab dia bukan arnab saya] ngeeee



FINE!


Cerita bermula...






Pada suatu hari sang Aniz berjalan jalan mencuci mata di sebuah showroom Proton. *apakahhh hebat berjalan jalan mencuci mata ke sebuah showroom kereta dan bukan butik pakaian wanita???? huh!...TIDAK! bukan untuk membeli kereta. Tapi nak cuba nasib ngurat abang salesman yang kacak. ;)







Sedang aku berbual dengan salesman di situ, masuk seorang Pak Cik [bukan nama sebenar] dengan dua orang anak dara suntinya…[perrgghhhh!!!!! Cun gila anak dia wa cakap lu! ngeee].. sebaik saja masuk, Pak Cik menuju ke  sebuah kereta yang terletak di bahagian depan showroom tersebut lalu dia pun berkata dengan suara yang agak kuat, cukup kuat  untuk membuat semua penghuni showroom berpaling ke arahnya




“Haaaaa!!!!!!!  Inilah kereta yang ayah cari tu! Memang ini lah keretanya!! Ayah memang minat betul dengan kereta PERSONA ni!..cantik..dalamnya pun luas..memang bagus sangat lah!..memang dah lama ayah teringin nak beli kereta PERSONA ni!” –sambil berjalan sekeliling kereta






-semua orang terpaku dan BLURRRR-






Dengan langkah ala Taylor Swift dan senyuman ala Angelina Jolie, aku menuju ke arah Pak Cik…





“Assalamualaikum Pak Cik” -senyum






“Waalaikumsalam” – senyum





“Pak Cik nak beli kereta??” –bila ingat balik, terasa sangat bodoh tanya soalan ni..takkan nak beli Kicap Jalen pulak






“Ha’a..Pak cik nak beli kereta ni haa…Pak Cik memang dah lama betul minat dengan kereta PERSONA ni! Cantik!..berkenan betul Pak Cik!..Haisshhh pendek kata, memang suka sangat lah!” –sambil memegang kereta yang dimaksudkan dengan erat..untung tak kemek






“Maafkan saya Pak Cik” –muka innocent





“Ehhhh kenapa minta maaf???” –kerut dahi




















“SEBAB SEBENARNYA………………………”











































“SEBENARNYA………………………”

























“SEBENARNYA………………………”































“INI KERETA PROTON SAGA PAK CIK..YANG KAT BELAKANG SANA TU HAAAA BARULAH PERSONA!”















“Ohhh yeke…cantik juga kereta Proton Saga ni” –muka lebih innocent dari aku








Pak Cik berlalu ke kereta PERSONA-YANG-SEBENAR di belakang dan aku keluar dari showroom dengan muka merah menyala sambil tekup mulut.







Ehhhhh!!!! Bukan nak gelak……! Nak bersin lah!






BETOLLLLL……………….NAK BERSIN……........tak percaya???? FINE! =p









-sekian-





Nota kaki kiri: Aku tak salahkan Pak Cik sebab dia seorang Pak Cik…tapi aku salahkan Anak-Dara- Dia-Yang- Cun… mengapa kamu orang malas membaca huruf yang cuma empat [S-A-G-A] WWooohaaaa!!!!!!


Nota Khas Untuk Penganjur Contest : No hard feeling beb! Tidak memang pun tidak mengapa..tidak dapat CROCHET-CHUMEL-PUJAAN-HATI pun tidak mengapa…saya join contest ni untuk support kamu as one of my sweetest blogger friend..muuahhh!!! [kalau menang itu rezeki..bukankah rezeki tak baik ditolak??] wwoohaaaa! hehe


Nota kaki kanan : Esok aku akan bertolak ke Ayer Keroh, Melaka sebab ada kerja kat sana selama 3 hari..Wahai orang-orang Melaka…Moh la belanja saya Asam pedas Kaw! =D



Friday, March 11, 2011

mood : good mood
halwa telinga : tari tualang tiga [klasik tak??]



hari ni aku nak join contest adah untuk menang crochet chumel. saya ulang lagi sekali..UNTUK MENANG CROCHET CHUMEL...jelas tak????..tidak mengapa..diulang untuk kali ke tiga..UNTUK MENANG CROCHET CHUMEL..ee ehhh!!! kenapa kena ulang banyak-banyak kali??? sekali je bagitahu tak cukup ke??? SEBAB untuk buat apapun biarlah dengan MISI dan VISI yang jelas..sekurang-kurangnya nanti tiada orang akan menuduh saya join contest ni sebab nak mengurat abang adah..apatah lagi sepupu adah yang iras-iras James Franco..wwoohaaa!!!



Alkisah................pada suatu hari ada seekor arnab comel telah lahir ke dunia. Akhirnya dia mati. -The end-

[maaf..itu cuma intro..my bedtime story yang selalu baca baris pertama dan baris akhir supaya boleh cepat-cepat  pejam mata tanpa perlu memikirkan apa yang terjadi sepanjang hidup arnab itu. Tak penting pun. sebab dia bukan arnab saya] ngeeee



FINE!


cerita bermula...


ada suatu hari sang aniz berjalan jalan mencuci mata di sebuah showroom Proton. *apakahhh hebat berjalan jalan mencuci mata ke sebuah showroom kereta dan bukan butik pakaian wanita???? huh!...TIDAK bukan untuk membeli kereta. Saja-saja tanpa motif yang jelas.

Tuesday, March 8, 2011

tabiat tidur awal

sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni badan tiada lagi berdaya berlagak gagah seperti gadis muda 13 tahun..*macam aku dah 66 tahun pulak...ZZzzzzZZzzz

nak kata bebanan tugas yang terlampau, itu biasa..nak kata tak minum kopi, memang dah agak jarang sejak dapat sakit hari tu.. nak kata apa lagi pun sudah tidak dapat berkata-kata lagi..zzzZZZZzzzzzz

selalunya balik dari kerjaan akan mencuci pakaian di sungai sambil bermain air dengan teman-teman, mengemas rumah, mengemas bilik, memasak campak-campak ikut resipi sendiri yang agak seram, mengintip anak bujang jiran sebelah, atau sekurang-kurangnya baca buku barang sehelai dua muka surat..zzzZZZZZzzzz

tapi kini tidak lagi...pukul 9 malam TV sudah nampak macam ada dua..lampu terang warna kuning sudah nampak sangat malap seperti minta ditukar mentol, sofa untuk duduk kelihatan macam tilam empuk siap dengan cadar gambar spongebob, cerita CSI juga aku dengar sayup-sayup macam lagu Koi Mil Gaya...kadang-kadang macam suara Eric Clapton pun ada...cerita kartun di astro ceria telah tidak diendahkan sama sekali..buku bukuan telah disimpan di dalam stor, dan katil adalah nikmat terbesar saat jam menunjukkan tepat jam 9.00 malam...hati juga tegar tahap optima untuk membiarkan blog bersawang... aarrrgghhhhh!!!!!...zzzZZZZZZzzzzz

ketika menyiapkan entri ini sahaja sudah 4 kali terlentok tahap hantuk dahi kat kepala katil..aarrggghhhh!!!! zzzZZZZzzzzz

janganlah kata ini tabiat orang tua-tua..JANGAN!..bukankah tidur yang cukup dan berkualiti akan menjamin minda yang cerdas..erkkkk =p

Sudah tidak berdaya menahan mata..telinga sudah terdengar-dengar Faizal Tahir nyanyi lagu Selamat Malam..zzZZZZZzzzzzz


gudnite [sambil pasang lagu twinkle2 little star]


baibaibai..=D