CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 30, 2010

CERAMAH SEMPENA RAMADHAN

tengahari tadi saya pergi dengar ceramah yang jabatan anjurkan sempena Ramadhan...
Tajuk - Kelazatan Mencintai Allah
Penceramah - Ustaz Wan Sohor Bani Leman

tiba-tiba ustaz cakap "ada sesiapa tak kat sini yang tak kawen lagi?? yg x kawen lagi tu, kawen lah..kawen lah...kawen lah...jangan tunggu lama2"...(aik ustaz ni cam da lari tajuk jap) tapi dalam ati cakap (insyaallah ustaz tak lama lagi) ahaks!..ustaz ajar cara-cara mendidik anak-anak mengikut jalan Allah...(insyaallah akan dipraktikkan ustaz)..tiba2 juga ustaz cakap "yang tak kawen lagi tu, kalau takder calon jgn risau..saya ada.." dlm ati berkata "okey gak tu ustaz" hakhakhak PERINGATAN-kamu tu da ada calon! sudah jgn mengaruts!! erkk..cintailah Allah dgn 4 cara:
(1) rindu-rinduan (lahirkan rasa syok pada Allah)
(2) berjinak-jinak (rapatkan diri dgn Allah)
(3) Redha
(4) Pengorbanan

renung-renungkan dan selamat beramal!!! =)


status- muka saya..mata merah, hidung merah, pipi merah..mungkin salah makan..mata saya tidak seperti biasa..saya rasa macam seekor ladybird yang menangis (teruknya perumpamaan kamu) adeh! kulit muka saya gatal-gatal menandakan saya telah makan sesuatu yang salah dari segi undang-undang pemakanan saya..udang??? tidak! saya tak makan..lain-lain spesis seafood?? takder..mana ada makan seafood..abis tu??? entah!..waaAAaaaa sabar..sabar.....(T_T)


BILA ADIK MULA BERPUASA…

Siap kalendar untuk ditanda hari yang dia puasa dan hari yang dia tak puasa..ayah dah janji 1 hari puasa = RM50..betul-betul budak tu puasa..makin botak la kepala atok mamat..hehehe dah beberapa hari ni dia tak puasa..nak tahu apa kata dia pada ayah..”adik rasa adik puasa, tapi adik termakan (‘ter’ okey)..bila adik nak sambung puasa balik, adik dah makan banyak pulak..” tidakkah ayat itu kelihatan sungguh hampeh-hampeh chumel..hakhakhak macam-macam budak yang sorang ni..itulah buah hati pengarang jantung hamba sekarang ni…

Fakta tentang adik:

(1) berusia 3 tahun
(2) sangat chumel (macam saya) =p
(3) peminat setia MR. BEAN..(kalau teringin nak rasa botol susu di dahimu try la tukar chanel tv tu..huhu)
(4) sangat berbakat dalam bidang nyanyian (sehingga anda akan rasa seperti ribut taufan disekeliling bila dia mula bernyanyi) erkkk
(5) sangat peramah (tak pecaya try la email dia di alamat email
-adik.chumel@yahoo.com- pasti email anda direply dalam tempoh 24 jam)..maaf saya mengaruts saja..hehe
(6) 17 September ni birthday dia…(seems like need to find something for him) huhu

Thursday, August 26, 2010

YESTERDAY I SAW HIM....

semalam lepas balik kerja saya pergi bazar Ramadhan dengan Zu. tiba-tiba zu menjerit "hei! tengok tu! tengok tu! Tun Mahathir!!!"..(sambil menyentap tanganku dengan lembutnya...=p) sepantas moto jiran saya, saya menoleh..and i saw him!!!..TUN MAHATHIR MOHAMAD...ya maybe people will said 'alaa jumpa Mahathir je pun' atau 'loorrr selama ni tak pernah jumpa ker?' atau tak kisah la apapun..tapi honestly this is my 1st time nampak idola saya yang amat saya kagumi..as people know, he is a superb great man even lebih hebat dari spiderman, batman, kluang man, atau cicakman ok....saya sangat mengagumi dia..walaupun usia beliau sudah agak lanjut, tapi beliau masih kuat berjalan dan melemparkan senyuman terhangat di pasaran buat semua..hehe berpusu-pusu orang ramai nak ambil gambar dengan dia..berjalan setapak, berhenti 5 minit, berjalan lagi setapak, berhenti lagi 5 minit..bila nak abis 1 baris stall di bazar tu kalau macam tu gayanya?? hehe..tapi itulah realitinya bagi seorang lelaki yang menjadi idola, kesayangan, disanjung dan dihormati oleh semua orang...semalam dalam memori..saya takkan pernah lupa..saya sempat jugak la snap gambar dia dengan menggunakan handphone 'canggih' saya tu..nak bergambar dengan dia tu memang nak sangat, tapi tak berkesempatan sebab terlalu ramai orang yang mengerumuni beliau..tak kisah lah apa orang nak cakap pasal keterujaan saya tentang kejadian ini, yang penting saya sangat happy sekali bertemu beliau..semoga Tun dipanjangkan umur dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik....thank you so much for everything u have done for this country...=)








Wednesday, August 25, 2010

BERITA SEDIH

(1) last few days my hunny call penyewa rumah saya di bangi bertanyakan tentang duit sewa yang saya masih belum terima..keesokan harinya he told me that wife encik wan (penyewa rumah saya) yang angkat phone..she told him that her husband had just past away on 14 Ramadhan ago..he had an accident..saya sangat terkejut dan bersimpati dengan berita tersebut..walaupun saya tak pernah berjumpa dengan dia tapi saya turut terasa kesedihannya..dia pergi pada bulan Ramadhan yang mulia ini, pasti keluarga arwah sangat bersedih..semoga roh arwah encik wan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan semoga keluarga arwah tabah menerima kehilangan orang tersayang..

(2) petang semalam saya call mak..sangat gembira dapat dengar suara orang yang paling saya sayang di dunia ini..tiba-tiba mak bagitahu yang dia masuk hospital pada 6 Ramadhan yang lepas akibat sedikit masalah di dalam perut (mengikut kata doktor)..saya tanya mak kenapa tak bagitahu, dan seperti biasa jawabnya "mak taknak kamu risau"..emm emak..emak...doc tak bagi mak puasa..saya sangat sedih dan risaukan kesihatan mak..sebelum ni mak pernah menjalani pembedahan kerana apendiks, sejak pembedahan tu juga mak kena berhati-hati memilih makanan..Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik kepada ibuku..lindungilah dia dari segala kesakitan wahai Tuhanku..amin.....
saya sayangkan mak abah dan adik-adik lebih dari segalanya..merekalah harta paling berharga yang saya ada..saya akan terus berdoa..semoga semuanya akan baik-baik saja...........

Tuesday, August 24, 2010

LETIH..LEMAH..LINDU...

LETIH-akibat kerja hari ni yang memerlukan saya banyak berjalan. kehulur kehilir dengan fail-fail yang beratnya sangat 'membahagiakan'..(T_T)..

LEMAH-kerana mengenangkan lambat lagi nak balik time..(T_T)

LINDU-pada my shayang yang jauh dimata tetapi melekat di hati..i miss u so much babe..hope to see u very very soon...biar terpisah dek laut china selatan, (laut?? tang mana lak ada lautnya?? erkk) tapi saya sayang kamu selalu..(T_T)


Monday, August 23, 2010

BE A MOTHER

Impian terbesar saya adalah untuk menjadi seorang ibu..melahirkan anak-anak yang comel untuk suami..(1 hari nanti laa..sekarang single lagi..erkk)..semua orang yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata merangkap cahaya rumah sekali dengan cahaya hidup, cahaya hidung, telinga, semua lah! (mengaruts! serius sikit boleh x??) ok..ok..(buat muka serius)..saya mengidamkan sepasang bayi kembar tapi saya sedar, semua tu kerja Tuhan..saya hanya berdoa..tak dapat baby kembar, dapat baby girl yang chumel pun cukuplah..yang penting sihat dan chumel macam saya...hehe (chumel kerrr kamu tuu)..chumel biasa-biasa jer...-dengan gaya merendah diri) ahaks!





















Wednesday, August 18, 2010

happy anniversary + mohrih

Hari ini ialah hari ulangtahun perkenalan saya dan encik crack yang pertama…saya mengenali dia setahun yang lepas = 18 Ogos 2009…seorang kawan yang sangat baik..kami x pernah berjumpa, walaupun selepas setahun…hanya ber YM sahaja yer..(ala2 terpelihara gitu..ahaks!)…jangan salah faham yer murid2..encik crack sudah pun ada kekasih…kami hanya bersahabat biasa tanpa apa2 yang terselindung..hanya sahabat buat pembangkit semangat, pakar motivasi persendirian dan badutku..huhu dia selalu ajak jumpa, cuma saya rasa belum masanya..saya selalu berseloroh dengan dia “tunggu u kawin baru kita jumpa yer??”…dan dia akan membalas dengan pelbagai ayat yang chumel2.. encik crack memang begitu…huhu selamat ulangtahun perkenalan yg pertama crack..semoga persahabatan kita akan terpelihara, dirahmati dan berkekalan selamanya….thank you for always being there for me through the good time and bad (sometimes)…I’m so lucky to have a friend like u in my life…saya selalu mendoakan kebahagiaan kamu..insyaallah..dengan izin-Nya, 1 hari nanti kita akan bertemu juga…

petang ni perlu bawa juadah ke surau untuk para jemaah buat berbuka puasa..sudah tiba giliran saya (mengikut jadual yang diberi)..1st time buat saya sepanjang hidup di rumah sendiri ni (baru setahun je pun)..di kampung selalunya mak dan abah yang uruskan..talk to myself “ takper..hidup sendiri mengajar kamu erti berdikari yang sebenar..(Cuma kadang2 kari tu tak sedap)huhu..kalau tidak sampai bila tak pandai”…balik nanti akan terus ke bazar untuk cari juadah yang sesuai dibawa…any idea?? No?? ok thanks..=)
-the end-