CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 24, 2011

KURSUS MOTIVASI: AKU SEBENARNYA...

Mood : Penat
Halwa telinga : Just The Way You Are


Pada sesi kedua "KURSUS MOTIVASI: AKU SEBENARNYA..."  , pada jam 2030pm, 16 Februari 2011, sebaik saja kesemua peserta kursus memasuki dewan, Motivator  itu tiba-tiba berkata



“Saya mencari seorang peserta bernama Aniz binti Abahnya..mana dia??..siapa??”



Dengan muka blur dan tindakan pantas, aku angkat tangan sambil dalam hati berkata


“Haisshhhh awatnya ni…dalam berpuluh orang  aku plak dipanggil..nak kata merokok di dalam dewan, mana ada!” ngeeee~




“Aniz! Anda telah melalui dua keadaan kehidupan yang berbeza. Dan di dalam dunia ini cuma awak yang tahu apa yang telah awak lalui selama ini. Awak memendam sesuatu yang terlalu dalam. Kehidupan dulu yang kepayahannya hanya awak yang boleh rasa. Ianya terlalu menusuk kalbu, sehingga boleh menitiskan air mata setiap kali mengingatinya. Ianya membuatkan awak sakit. Awak tidak mempunyai ramai kawan baik. Awak tidak suka berkongsi kisah itu dengan sesiapa. Betul atau tidak???”



Aku tunduk…………[bukan nangis! tapi malu sebab satu dewan memerhati aku..serius rasa nak nyorok belakang langsir]..Mak malu nyahhh!!!! ggrrrrr



“Awak kena berkongsi dengan seseorang…belajarlah…Tapi Aniz, awak sangat tabah”




Demikianlah aku ‘ditafsirkan ‘ oleh seorang motivator melalui tandatangan aku.


akak...aniz pinjam beg jap nak posing!! =p

akakkk!!!! cepat buat peace!! hehe


Dah sampai...=D



Subhanallah...sangat cantik time sunset..

Gelap

terang





Nota telinga kiri : sampai sekarang aku tak puas hati..dalam berpuluh orang kenapa aku?????!!!! Aarrgghhhhhh…..


Nota telinga kanan: bagaimana nak ‘BERKONGSI’ ??? 

Sunday, February 20, 2011

apakah kurang best punya perasaan

Pukul 6.00 pagi dah bangun. Terus senyum. Tapi lama-lama senyum tu jadi hambar. Bermula dari malam tadi alkisahhhh…







Janji nak pergi makan, tapi orang yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai sampai sampai sampailah kesudah tidur dalam kelaparan. (T_______T)






Bangun pagi senyum pun tiada lagi bermakna sebab mengenangkan hari ni kena pergi kelas sorang-sorang naik tren sebab Kak Hathiah tak pergi, dia ada urusan lain.






Disebabkan tak biasa pergi kelas sorang-sorang kerana selalu pergi dengan Kak Hathiah follow langkah dia saja tanpa ambil kisah dimana atau kemana arah tuju tren itu yang penting sampai kelas, aku telah tersalah naik tren. Padanlah dengan muka aku (T________T)






Bateri handphone pula kong. Tak dapat nak call Zu untuk tanya jalan. Tak dapat nak call mak minta ampun, nak minta restu, nak minta doa, nak minta duit ..tidak boleh sama sekali. Nak call Polis kalau tiba-tiba ternampak signboard






500 meter Yokohama kerr....

Welcome to New Jersey ker....

Ahlan Wasahlan to Kaherah kerr.....

Pun tiadalah boleh sama sekali…(T_____T)






Sampai di KL Sentral, perut terasa sangat lapar sebab dari 30 jam sebelum itu hanya makan sebungkus meggi sahaja.






Aku pun memberanikan diri untuk ke Mc Donald di KL Sentral tu.






TIBA-TIBA!!!!!






Baru je nak menyuap makanan di mulut, seorang kakak telah MENTUMPAHKAN air MILO ke atas seluar baju dan kasut aku. (T___________T) *memang kena istigfar 100 kali bila mengenangnya


Dah mula down. Rasa taknak pergi kelas, nak ambik tren balik Putrajaya semula.






Tiba-tiba terbayang muka abah pegang parang…..gggrrrrrrrr






Mentabahkan diri untuk meneruskan perjalanan dengan muka control ayu dan HARUMAN MILO..mesti orang yang lalu sebelah aku rasa nak geget geget jer baju aku..haaa hambek kau! Sepanjang perjalanan orang pandang aku sambil telan air liur! Famous mak nyahhh!! Awwww!!! (T______T)










Sampai stesen KTM Shah Alam, naik teksi nak ke kelas. Yang BERTUAHNYA aku kena ceramah….atau aku boleh kata kena MARAH teruk dengan pak cik driver teksi tu. Dia membicarakan soal politik. Dah la aku duduk di sit depan. Terkebil-kebil je la aku kena bentak. Aku tak cakap apa-apa pun. Masuk teksi, bagi salam, bagitahu arah tuju dan aku duduk diam-diam. Takde pun aku suruh dia tukar chanel Klasik Nasional dia tu kepada Hot FM. Betulll…aku tak buat macam tu… Tapi dia terus bersuara dengan lantang dan semakin lantang dan semakin lantang macam Menteri yang duduk sebelah dia. Nak jer aku cakap “Pak cik jangan lah marah saya…saya tak cakap apa-apa pun..saya tak cakap pun saya sokong parti mana…Daftar sebagai pengundi pun saya belum lagi pakcik..(T________T)” …tapi tidak berdaya berkata begitu kerana teringat pesan ibunda “jangan kurang ajar dengan orang tua, nanti orang benci sampai bila-bila” ..ARRGGGHHHHH!!!!! DOWN LAGI!!!






Beberapa ketika yang mengharukan kemudian aku sampai ke UiTM.






YEAAAYYYYYY!!!!!! BERJAYA SAMPAI!!!!! RASA WAKTU TU MACAM BERKUMANDANG LAGU “U ARE THE CHAMPION”….=D






Pergi bilik air, tengok baju..Ya Allah….tiada lah dapat ber Yahoo lagi..Google pun tiada apakan lagi Firefox! Akibat aku mendapati rupanya makin teruk kesan kotoran pada baju aku yang aku cuba cuci tadi. Malunyaaaa nak masuk kelas!!!!!!! Disebabkan aku berpegang pada prinsip genggam bara api biar sampai jadi Blackberry, aku menggagahkan juga diri untuk masuk ke kelas.






Sekian cerita bahagia saya untuk hari ini. Kita berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama dalam rancangan “Anizzz di mana???? Anizzzz di sini…..Sempoiiiiii….”





tutop muka bajet orang tak kenal..maluuu (T_____T)






Nota dahi : Kursus motivasi yang lalu banyak impactnya kepada aku. Membuka persepsi berbeza di mata aku tentang banyak benda. Salah satu yang di ajar, bila sesuatu yang buruk berlaku, jangan cepat marah-marah sehingga menjadikannya duauatu, tigauatu, atau empatuatu lagi buruk. Sebaliknya istigfar dan cuba muhasabah diri. Mungkin semalam sembahyang lewat, mungkin tak solat sunat, mungkin tak mengaji itu yang Allah uji. So think wisely before you act. Everything happen for a reason. Kalau tak marah, hati tak sakit dan kesannya tak lama. Pendek kata [senyum….tak perlu kata apa-apa] yiiihaaaa!!! =D


 


Wednesday, February 16, 2011

entry yang sepatutnya di post malam tadi tapi gagal kerana tertido, jadi post pagi ni

Hari ini rasanya telah menjadi budak yang sangat baik..*OKEY..OKEY…tak payah sentap..i know im not a budak anymore ..soo what?? =p

Mungkin sebab hari ni pun adalah hari yang baik, jadi aura kebaikan itu ada lah kot…


Mari muhasabah apa yang telah berlaku sepanjang hari

-Bagun pagi, senyum =D


-Masuk bilik air, gosok gigi, dan dengan tidak semena-mena telah menrajinkan diri untuk men sental bilik air… mensental sehingga tiada kotoran degil.. mensental sehingga ada bunyi *ting! ting!* -anggap jer bunyi kilatan- 


-Selepas bilik air berbau harum, terus mengharumkan diri pula…aka Mandi..


-Next masuk baju dalam mesin basuh dan masak nasi pakai periuk karen, BUKAN mesin basuh.


-Kemudian, masak nasi goreng lepas tu makan dengan tekun dan senyap *ini biasa


-Siap makan, jemur baju di ampaian *terlihat ke balkoni di blok bertentangan,  seorang makcik sedang mengangkat jemurannya…untuk mensedapkan hati, aku berkata “ohh bukan aku lewat, mungkin dia basuh baju malam tadi”..(T______T)


-Mengemas rumah


-Membuat assignment dengan TEKUN…kenapa TEKUN kena huruf besar?? Sebab jarang aku buat assignment dengan TEKUN..selalu mesti berselang dengan kartun, tapi hari ni punya TEKUN sampai tak buka TV langsung…sekarang faham kan kenapa TEKUN kena huruf besar…hakhakhak *gelak durjana


-SIAP buat assignment terus angkat baju yang dah kering di ampaian, hari pun nak hujan. Kenapa SIAP tu huruf besar???? Cer teka…cer teka….hahahahaa 


-Sambil mensaksikan pemandangan hari hujan dari sliding door yang menghadap ke balkoni, lipat baju yang telah kering tadi


-Susun baju dalam almari


-Kemas bilik…mensimpan bantal yang banyak bersepah-sepah..nak tido sorang, bantalnya kemain banyak lagi..memang dah lama patut simpan pun supaya pagi-pagi tak perlu berminit-minit nak susun bantal macam ada 60 orang tido…haisshhhh


-Siap kemas bilik, dah magrib….


-Tengok TV cerita Yang Terpuji di TV3


-Hapdet blog


-Ngantuk




Amacam???? Ada baikk kah????
 
Nampak mana-mana aktiviti tidak bermoral di situ???? Tiada bukan??
Tak hisap rokok….tak tido siang….tak mengeluh boring  16 kali…tak cakap sorang-sorang… tak cakap dengan orang yang tidak dikenali…tak cakap bohong…*apa kahh?? haha

Alhamdulillah…kan dah kata hari ni hari baik..jadi aura kebaikan itu ada…

Yang rasa paling best ialah aku rasa sangat tenang hari ni..tiada satu pun keluhan, tiada sedetik pun rasa bosan..setiap minit masa aku terisi..Walaupun aku tinggal berseorangan dalam rumah kecil ni, tapi aku tak rasa sunyi walaupun siang hari tadi tak buka TV langsung..

Subhanallah…hebat perasaan ni…datang lah selalu wahai perasaan supaya aku sentiasa tenang seperti hari ini…=D



Nota kecil : bermula esok pagi, aku akan menjalani kursus motivasi selama 3 hari di Port Dickson…semoga semua berjalan dengan lancar..=D

[hari ni = semalam]
[esok pagi = pagi ini]

ya ampun...habis bercelaru..

got to go...
bye bye bye....=D


Tuesday, February 15, 2011

aniz : the handsome baby sitter

TIADA+DAPAT+MEMIKIRKAN+TAJUK+LAIN+YANG+LEBIH+MANIZ =((


8 Februari 2011



Menjadi baby sitter sementara kepada Aisya Humaira kerana ayah dia = bos saya outstation, mama dia pula balik kerja pukul 6 lebih. Selalu bos yang ambil Humaira dari taska di tingkat 1 bangunan pejabat aku, disebabkan dia outstation, seseorang perlu jaga Humaira sementara mama dia balik sebab taska tak boleh jaga lebih dari waktu yang sepatutnya.

Jadi


Aku dan Kak Yana dipertanggungjawabkan untuk menjaga Humaira. Humaira ni tak mahu dengan orang yang dia tak kenal. Kalau cuba dekat, nanti dia nangis nyaring-nyaring. Mula-mula takut juga kalau-kalau dia menangis waktu aku dengan Kak Yana nak ambil dia dari taska. Lagi takut kalau dia menjerit "PENNNCCCUULIKKK!!!! PPEENNNCCUULLLIKKKK!!!!".. *tipu saja..Tapi....alhamdulillah dia okey..



Kesudahannya














see!!! see!!! ngeeee =D you rock bebeh!!! hahaha


Humaira yang comel dan Aniz yang comot! muka penat.bedak pun tak pakai.tak sempat, kerja banyak..tidak mengapa, bukankah kalau make up pun memang kekal comot juga...jadi biarkan begitu saja...(T________T)
  
auuucchakkk!!!...hakhak



Humaira menjadi seorang budak yang sangat behave sehingga lah mama dia datang pukul 6 petang. Yeayyyyyy!!!!!!! aku berhati girang melayan dia. Humaira berhati senang makan biskut...erkkk..Syukurrrr dia tak reject aku, kalau tidak, balik rumah dengan rela hati menterjunkan diri dari balkoni tingkat 7..=O




nota kaki : disebabkan rasa boring menular tatkala duduk sorang-sorang di rumah petang ni, mari lah kita mengkeluarkan segala-galanya yang dah berhabuk di dalam draf blog ini...*kasihannn budak ini, tiada aktiviti menarik di hari cuti (T____T)

Wednesday, February 9, 2011

You are sweet Blogger like candy




Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Jonni kerana bermurah hati mentag saya sekaligus membolehkan saya untuk menerima award ni. *kali pertama dapat award, ucapan panjang sikit yer ..

kepada Emak dan Abah di kampung, terima kasih kerana telah membesarkan saya hingga menjadi sebesar ini..Kepada kawan-kawan yang tersayang, terima kasih atas sokongan anda pada saya selama ini..Kepada cikgu sekolah tadika KEMAS saya dulu, terima kasih sebab ajar saya menulis dan membaca, kalau tidak saya takkan boleh mengeblog seperti sekarang....*sila lempang saya!~

SUDAH!! SEKIAN!!


untuk mendapatkan award ini sila klik SINI ya ibu-ibu, bapak-bapak..


Dengan sukacitanya saya mentag 3 orang rakan blogger lain yang bunyi namanya sama seperti saya...*apa kah??? oOooo tiada motif terselindung..hanya suka-suka..

Cik Hanis tuan tanah blog Cik Hanis Suke Carot

Cik Anis  tuan tanah blog Complicated vs Simple

Cik Anis Izatie tuan tanah blog Living In The Future





nota bahu : sebenarnya saya rasa saya tak cukup sweet untuk menerima award ini sebab selalu blogwalking dan jumpa blogger yang jauh lebih sweet-sweet sangat sampai jerit kuat-kuat "KENAPALAH KAMU SWEET SANGGAAAATTTTTTTT!!!!!!"...Encik Jonni, saya harap anda tidak menyesal..hakhak


nota penting : sila lawati blog Encik Jonni dan follow blog dia..
saya jamin tidak akan wujud penyesalan. Jika tidak, wang anda 
akan dikembalikan....ngeeeeee =D

Saturday, February 5, 2011

setelah sekian lama kami dapat berkumpul kembali

Malam semalam this sweet Cik Nora Farhana roger tetibe cakap nak jumpa bersekali dengan Cik Ana dan Cik Adhwa. i can say that its sound some kind like a small reunion for four of us. Kami berkawan baik dari ingkatan 1. tapi selepas tingkatan 3, dah berpecah sebab ada yang masuk SMKA. Sooooo setelah rancangan diatur, petang tadi kami keluar. OMG rasa macam nak menjerit dapat berkumpul semula. Sangat RINDU. Banyak sangat yang nak dikongsikan. Waktu tengah lepak minum, tiba-tiba datang lagi 3 orang classmate yang kebetulan ada kat mall tu. Lagilah heaven wa cakap lu!!!!! bukan senang nak jumpa. ada yang dah kerja, tengah cari kerja, masih belajar, dah habis belajar, haissshhhh pendek kata BUKAN-BUDAK-BUDAK-SEKOLAH-YANG-HANYA-PERGI-BALIK-SEKOLAH-BAWAK-BEG-SANDANG-LAGI..

we going to be 23rd this year..wwaAAAaaaaa sangat mahu mengurangkan nombor itu. Disebabkan terlalu sibuk bercerita, sampai terlupa nak snap gambar masa ramai-ramai tu. Lepas minum, 3 orang classmate tadi minta diri nak balik, tinggal la kami berempat *macam dulu-dulu asyik berkepit ...

Minta mereka teman pergi cari sepasang kasut untuk emak terchinta. Lepas beli kasut yang cantik dan berpatutan harganya *perlu juga mention ini kah?? haha Cik Nora ajak pergi karaoke....



kemudian.......












inilah yang terjadi




Nora Da Explorer n Aniz da ....erkkk i dunno...haha

with Adhwa Da Gentle Swan

Ad jangan lentok-lentok, nanti orang pandang serong..ahaks!


Cik Adhwa yang malu-malu di belakang..dia memang sangat pemalu pun..huhu

hahhaha hambik kau!!! keluar dah sore Ahmad Jais...hehehe jangan marah Ad..ikhlas wei sore kau sedap dari aku..(T_____T)


Cik Ana Da Loyal Lover memang terkenal dengan lontaran vokal yang mantap..ppheeewwiittt!!!

seperti biasa, di mana saja budak tudung peach tu ada, kerja dia adalah membuat kacau..yyiihaaaa!!!

tengok la tu!! orang nak nyanyi pun tak fokus..haha


guarddddd!!!! tolong halau budak tudung peach tu!!!! nngeeeeee~

yang aku pelik, budak ni dulu bukan main menjauhi mic lagi, sekarang dia la Quenn of Karok..apa dah jadi??? cerr citerr...cer citerrr...hehe










sebelum balik........














Gambar lagi buat kenang-kenangan kenang daku dalam doamu..........

















h.e.p.p.i.e


Cik Nora, bawah sikit la kamera tu....hadooiiii...hehe

gambar cover album wajib ada ...


 
Cik Ad...saya suka warna selendang anda..=))


K.A.M.I

entah bila lagi dapat berkumpul...aku akan rindu kalian..ingat!!!!! jangan cuba-cuba nak lost contact lagi tau!!!!! Persahabatan takkan mati okey...





*Once Upon A Time*

 
korang ingat lagi tak dulu masa sekolah, hari-hari lepas habis sekolah pukul 3.00 petang, kita 4 orang akan lepak kat pokok kelapa tepi gate sekolah. Kita akan ambil mana-mana buah kelapa yang jatuh, tak kisah lah tua muda, aku dengan Nora akan berusaha hentak buah kelapa tu kat batu sampai pecah lepas tu kita kongsi-kongsi minum air kelapa yang sikit tu walaupun tak sedap sangat. Lepas puas dapat pecahkan buah kelapa dan minum air tu, kita pun balik naik bas Apek. Hampir setiap hari kita buat macam tu. Bila cikgu lalu selalu Ana yang cover line..itu antara kenangan kita yang aku takkan pernah lupa...



-the end-



nota kaki : mood tidak berapa elok pula sekarang sebab esok dah nak balik. Rasa macam baru setengah hari duduk di kampung. Masa....kenapa jalan laju sangat.....aniz tak boleh kejar.....(T__________T)




nota kaki lagi : nak siapkan tag sebelum april...ngeeeee~




 


Wednesday, February 2, 2011

25 Random Facts About Me Myself and I!

Mak aiii lama betul nak siapkan entri ni..dah rasa macam tak kenal diri sendiri pun ada..erkkk



Tanpa melengahkan masa yang da hampir ke pukul 12 tengah malam ni, saya listkan senarai barang-barang dapur yang dah habis 25 perkara berkenaan seperti yang diminta bagi tidak menghampakan sahabat yang men’tag’ itu



(1) Anak sulung dari 4 beradik, 3 perempuan 1 lelaki.


(2) Melebihkan keluarga dalam segala aspek


(3) Sudah bekerja dan sedang menyambung pelajaran secara part time


(4) Berdikari *satu satunya pujian yang aku tak segan untuk bagi pada diri sendiri kerana hanya aku yang rasa betapa pahit dulu dan hampir manis sekarang..ngeeee =D


(5) Suka kanak-kanak..alhamdulillah tak pernah lagi ada budak reject aku setakat ni..kanak-kanak cinta saya sebab saya cinta mereka. Cinta ku tidak bertepuk sebelah tangan..yeaahhh baby!!!! (0_*)v


(6) Keburukan : selalu mementingkan perasaan orang lain sampai mengabaikan hati sendiri yang SAKIT (T____T)


(7) Kawan yang baik *mereka kata..=D


(8) I love cooking ..weeeeeee~


(9) Coklat buat saya pening so I don’t eat chocolate =)) *nak ngorat tak payah pos coklat yek ;)


(10) Satay buat saya muntah ..*kawan-kawan selalu cakap hilang nikmat dunia (T____T) tak mengapalah…what to do…waaAAaaaaaa


(11) Tidak makan kambing dan tidak dimakan oleh kambing..erkkk


(12) Pernah bercinta dan pernah terluka *ini menunjukkan yang saya gadis biasa =))


(13) Habit yang buruk – setiap pagi ketika bersiap nak ke pejabat, waktu nak ikat rambut, pasti akan bergaduh dengan diri sendiri dan barang-barang di sekeliling kerana tidak dapat menjumpai getah ikat rambut yang pada akhirnya saya akan dapati ia ada di pergelangan tangan saya. Habit yang SANGAT buruk dan ia berlaku SETIAP pagi yer adik-adik. Walaupun sebelum tidur dah pesan kat diri sendiri ‘esok cari getah dekat tangan dulu’, tapi ia TETAP berulang…sangat kasihan….. (T______T)


(14) Saya rabun


(15) Saya pakai cermin mata bila perlu


(16) Dan saya suka huru hara mencari-cari cermin mata saya yang kerap hilang…TIDAK…sebenarnya ia tidak hilang…ia ada di mata saya..Cuma saya tidak perasan..bukankah SAYA MANUSIA BIASA..=p


(17) Suka senyum…tapi bukan senyum sorang-sorang..itu GILA…


(18) Suka kucing…kucing yang KECIL…namun sangat mentakuti kucing dewasa yang bersaiz besar..


(19) Tidak suka menonton rancangan BERSAMAMU..kalau tengok nanti nangis..pengacara tu umumkan rancangan dah nak habis pun nangis..rancangan dah habis pun nangis..cerita melayu selepas itu dah start pun nangis..nak tido pun masih nangis..episod BERSAMAMU yang seterusnya nak start pun tak berhenti nangis..takut empangan pecah.. *abaikan..abaikan..


(20) Pernah menyimpan hasrat nak ambil lesen bawak superbike…tapi hasrat tinggal hasrat..nak bawak basikal pun tak lepas lagi..(T________T)


(21) Aktiviti lasak kegemaran saya…*ayat da tunggang terbalik


(22) Pernah accident waktu nak SPM..kesannya, tangan kiriku tidak berapa kuat..*tolong jangan minta diskaun untuk hantaran plisssssss =p


(23) “makcik doakan anak berjaya dunia akhirat..aminnnnnn” kerap mendapat doa dari warga tua yang pada dasarnya saya tak kenal mereka. Kadang-kadang tengah duduk ambil angin saje-saje, berhenti solat dekat masjid, atau hisap rokok di tepi tembok, ada makcik datang pegang tangan dan pipi lalu mendoakan saya seperti ayat itu. Wahai makcik makcik yang pernah mendoakan saya, saya juga mendoakan kalian..walaupun saya pelik, tapi saya menghargainya…dan saya amat terharu sampai terduduk katas katil tekup muka dengan bantal…mudah-mudahan doa kalian itu makbul…sobb sobbb…


(24) I love you *sebenarnya aku dah kehabisan idea..maaf


(25) Saya bahagia sebab dapat jawab tag ni sebelum Oktober (T_____________T)


YAAAHHHOOOOOOOOO!!!!!!!!! DAH HABISSSS!!!!!!!


-SEKIAN-



nota kaki : alhamdulillah dah selamat sampai ke kampung tershantek dan terchenta petang tadi...mood=bahagia..malam ni tido senyum nampak gusi =D