CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 28, 2009

HIDUP OHH HIDUP…

Dalam kehidupan seharian, kita sering menyaksikan pelbagai drama yang tanpa kita sedari,apa yang disaksikan itu sebenarnya berlaku dalam realiti kehidupan yang sebenar. Bagaimana seorang anak boleh menderhakai ibu yang melahirkannya, seorang bapa boleh ‘makan’ anak sendiri, seorang miskin menjadi hartawan, si kaya pula sekelip mata menjadi pengemis... teringat sebaris ayat dalam lagu kumpulan nasyid Raihan, ”iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa..ia tak dapat dijual beli, ia tiada ditepian pantai”..seorang anak ustaz, belum tentu tahfiz quran, anak pensyarah belum terjamin dapat belajar sampai universiti…aku yang jahil dan tersangat cetek ilmu ni, selalu pula dihujani dengan pelbagai persoalan yang timbul kesan daripada drama-drama menyentuh hati tersebut..soalan-soalan yang timbul, ‘kenapa…? Macam mana dia sanggup…? Patutkah dia…? Sepatutnya bla bla bla bla….’ Apapun kita tidak dilahirkan untuk menghakimi setiap perbuatan yang kita saksikan, sebaliknya belajar dari apa yang berlaku agar kejahilan tidak berterusan. Manusia tidak dinilai dari rupa dan jasadnya, sebaliknya dari ilmu dan jiwanya...jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik bukan bermakna hebat dari pandangan mata dunia, sebaliknya nilai diri di hadapan Tuhan. Betapa ceteknya ilmu, betapa nipisnya iman sehingga syaitan tidak perlu bekerja keras untuk menembusinya. Betapa kerdil aku rasa di hadapan Maha Pencipta. Cuba berlagak hebat, sedangkan diri hanya menumpang di dunia Tuhan, teramat taksub harta dunia, sedangkan jasad itu juga sebenarnya milik Tuhan. Apa yang dimiliki itu tanpa disedari hanya dipinjam dari Yang Maha Kaya.. Sampai bila nak mendongak sedangkan diri sebenarnya sangat miskin tanpa Tuhan.....

Thursday, November 26, 2009

22 November

ahad lepas, perancangan aku untuk ikut kak ernie g kenduri kawen kat Lanchang tu jadi jugak..pagi tu aku bangun awal ckit sebab seronok sangat nak pergi jalan nih.kak ernie janji pukul 10.30pagi.so dengan perasaan excited aku mempersiapkan diri secomelnya.kol 10 pagi aku da siap da.aku lepak dulu sambil layan rancangan wipeout kat chanel axn.kol 10.45 pagi, kak ernie masih x kelihatan.dalam hati berkata 'janji melayu..biasa la'..aku menunggu lagi dengan cool yang x seberapa.kol 11.00 kak ernie message aku bgtau dia g isi minyak.x lama lagi sampai la dia.aku tunggu punya tunggu punya tunggu dia x sampai2.hingga jarum jam menunjukkan pukul 11.30 pagi baru la dia sampai.aku berjalan menuju ke kereta wira kepunyaan kak ernie sambil berkata di dalam hati 'kak ernie g tuang minyak kat melaka ke apa..lama sangat gamaknya...'huhuhu. sepanjang perjalanan tu, aku dok layan perasaan je la pandang kiri kanan jalan.x banyak bual coz agak malu malu hamster dengan suami kak ernie.kami pergi bertiga jer.faizal tak jadi ikut.last minute dia message bagitau dia demam lak.kalau bagitau awal2 malas gak aku nak pegi sebab malu dengan husband kak ernie. tapi memandangkan kak ernie da on da way nak ke rumah aku, so x tergamak aku nak cancel.layan je laa..kol 2.10 petang akhirnya kami sampai juga ke destinasi cinta...ehhh destinasi yang dituju..hehe..alhamdulillah perjalanan ke Lanchang ok je.jalan x jem, kereta x banyak, jiwa pun x kacau..tenang tenang air di laut jer..sampai rumah pengantin, tengok2 pengantin da selesai sanding pun.pengantin tengah salam bersalaman dengan ahli keluarga rombongan pengantin lelaki yang nak berangkat balik..(aku gak jer sbb diorg bawa hantaran)..kitaorg x jumpa pengantin dulu, sebaliknya terus menuju ke dewan makan.kak ernie kata lapar sangat..(perasaan yang sama seperti aku rasa)..kami pun makan..aku rasa kelainan ckit dengan majlis kawen tu.yela selalu kat tempat aku, pukul 2 baru nak bersanding, mereka pukul 2 da siap sanding.para jemputan pun da ramai yang beransur pulang ke rumah masing-masing.da tak ramai orang. aku rasa yang tinggal tu pun mungkin saudara mara pengantin jer. lauk yang dihidangkan untuk para tetamu adalah rendang daging, gulai nenas, daging masak kari (aku agak jer sbb nmpak mcm kari), ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman.agak berbeza dengan tempat aku, yang mana nasi baryani tu akan jadi hidangan utama. selesai makan, kami pegi la jumpa pengantin. snap beberapa keping gambar dan minta diri untuk berangkat pulang ke KL semula. sebelum balik, pengantin ada bagi cenderahati perkahwinan mereka berupa senaskah surah yasin dan sebungkus gula2..sepanjang perjalanan balik aku tido jer. al maklumlah tadi pegi mata da letih tengok kiri kanan, perut lak da kenyang, cuaca redup jer lagi mudah aku lelap.sampai rumah pukul 5 lebih.aku rilex2 jap, badan pun taklah rasa penat sangat. malam tu aku kuar g tengok wayang citer 2012.tiket da siap beli awal2 lagi sebab sabtu malam tu pegi tiket abis.best gak la cite tu.seram sejuk tengok kehancuran bumi.rasa insaf pun ada gak.tapi yang aku rasa cam kelakar, boleh lak diorg buat kapal nak selamat dari kehancuran dunia.wakakakaka...dah kiamat tu, kiamat gak la..xder 1 apapun yang boleh lari dari menghadapi hari kiamat..tapi tak kisah la.yang buat citer tu pun bukan orang islam.dari 5, aku bagi 3 setengah bintang utk citer tu.kat cni aku buh beberapa keping gambar yang aku ambil dengan menggunakan hp yang x seberapa canggihnya. so hasilnya pun x seberapa gak la.boleh laaa dari takder.

jalan masuk ke rumah pengantin


kak ernie dan pengantin pompuan yang ayu
di hari bahagianya
pelamin yang cantik



nyum..nyum....

Tuesday, November 17, 2009

hari yang gelap

arini ntah da brape kali aku g toilet...mana tak nya, da bergelen minum air.suka x suka kene minum air kosong gak..bibir aku kering, sampai mengelupas kulit lalu berdarah..iskh iskh iskh..penat asyik ulang alik toilet jer..yeler musim2 ujan yang sejuk ni, nak rasa haus pun susah..dah baper malam ni susah tol nak lelap mata.tido pun asyik terjaga je..sampai aku da jadik penat tido jage tido jaga..bila jaga, tengok jam, 1.45 am..haaaa!!!! baru beberapa minit tido da jaga..mak aaaiiii letih gila aku..g keje pagi muka cam x cukup vitamin..aiyark!! entah apa yg tak kene sampai payah sangat nak tido pun xtau la.sejuk gila opis aku ni..ari2 aku rasa camni..da penat aku suh abg tecnician tu slowkan aircond..dia buat x layan jer..last2 aku cakap kat dia..dialognya macam ni..
aku: bang, leh tanya ckit?
abg tu: apa?
aku: suhu aircond ni leh pegi sampai tahap ni je ke?
abg tu:????
aku: slow sgt ni bang..kuatkan la ckit aircond ni..bagi cepat ckit proses pereputan tulang kitaorg berlaku..kitorg mmg suka suasana sejuk tahap beku mayat nih..elok untuk kesihatan...
abg tu:%$#@^%$#@^%$#$#

tapi masih xder apa2 pun selepas program bicara petang kami tu..masih sama..makin sejuk lagi ada.padan muka aku dan kengkawan!!!!huhuhu

Thursday, November 12, 2009

jalan jalan carik pasal soon!!!!

tadi berbual dengan ofismate aku..entah macam mana boleh terstory pasal kenduri kawin di negeri masing2..dia kata kalau kat lanchang, pahang slalunya kenduri kawin ada gulai kerbau...waaaa.. tetiber teringin lak..teringin nak tengok adat perkahwinan kat sana dan nak makan daging kobau! hahaha dia kata 22 hb ni dia balik kampung sbb ada classmate dia kawin..aku apa lagi, dgn slumbernyer ofer diri nak ikut..hehehe (ter x malu lak)..dia pun ok jer..so insyaallah kalau xder aral melintang, 22 hb ni aku ke Lanchang la gamaknya...yippie!!!

note: malam tadi dapat ros merah..wawawa ;)

Wednesday, November 11, 2009

cinta terakhir...

da lama aku cari lagu aiman ni..dapat gak akhirnya..yippie!
aiman ni juara akademi nasyid rupanya..aku baru tau...wawawa
bersungguh-sungguh cari lagu ni coz dis song di dedicate can oleh seseorg pada aku..jeng jeng jeng! pas dengar, cam cedih lak lagu nie...xpela..layanzzzzz...

aiman-cinta terakhir

http://www.mediafire.com/?mv0jkoinxme

Tuesday, November 10, 2009

yang pertama

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
at last wujudnya blog ni.
terima kasih kat faizal yang memberi tutorial secara bersungguh dan membantu saya yang rabun IT ni..jasamu dikenang encik faizal...

-sekian-