CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 24, 2011

Demi sebuah kepastian

Kini aku benar-benar pasti tentang rasa hati kami. "Hidup mati jodoh pertemuan itu bukan urusan kita"...aku faham. Aku redha. Takdir telah menetapkan begitu. Aku tenang. Selepas 4 bulan kami bercakap semula. Merungkai segala yang dah lama terpendam. Segala yang tak pernah dibincang. Segala yang tak dimengerti dengan jelas. Berbicara sebagai sahabat. Jauh dari soal segumpal darah bernama hati, sekelumit rasa bernama cinta. Jauh sekali. Perjalanan dari A ke Z mungkin tidak mudah seperti yang kami sangka atau lebih tepat, seperti yang kami MAHU. Andai ia terhenti di M atau T atau X yang hampir-hampir nak mendekati Z sekalipun, itu bukan urusan kami. Hidup mesti diteruskan. Nafas masih tetap dihela. Yang berubah hanya rasa. Kami cari keberkatan dalam doa untuk satu sama lain. Doa ikhlas dari ruang hati paling dalam yang boleh kami titipkan. Bukankah DIA lebih tahu tentang yang terbaik buat hamba-hambanya. Janganlah kita yang hina mempersoalkan suatu ketentuan bernama takdir. Semoga kita akan bertemu dengan sinar bahagia yang baru, yang jelas, yang benar-benar bergemerlapan. Seindah matahari terbit, ia tetap akan terbenam pada senjanya. Aku tidak perlu bersedih. Kerana esok, ia akan terbit semula, bersama hari baru, sinar baru, kehidupan baru yang menandakan bermulanya perjalanan dengan langkah yang menanti untuk diatur.

Tuesday, June 21, 2011

ini cerita Sabtu lepas


Awal-awal pagi Sabtu, aku telah dipaksa berjaga dari mimpi yang tak sudah. Memang sungguh-sunguh mimpi yang tak sudah. Dah lah tak sudah, ngeri pulak tu. Aku mimpi aku pergi berjalan-jalan ke Jalan TAR, lepas tu nampak orang ukir inai, aku bayar RM10 hengget dan tangan aku siap berukir inai selepas 15 minit, lepas tu ada orang melamar, lepas tu sarung cincin, lepas tu aku menjerit AAAAAaaaaaAAAAAAAAaaAAAa!!!!!!!!!!!!!!!!, lepas tu berbungkas bangun lelaju, lepas tu cubit peha kiri, lepas tu peha kanan pun terasa *watevalah aniz... Memanglah aku kena betul-betul bergagah bangun awal di hari minggu tu kerana mimpi itu tersangatlah sesuatu yang gggrrrrrrrrrrr..duh!

Selepas terbangun secara seram-seram sejuk, aku pun bersiap sepantas mungkin. Jam 8.00 pagi gerak ke rumah Kak Nori. Sampai Taman Wetland pada jam 8.15. *tiba-tiba perenggan ni macam takde kena mengena dengan perenggan di atas..tukar topil ler tu....haha

Kawan-kawan lain belum sampai. Aku berjoging dulu ala-ala gadis berstamina tinggi. Yer...tersangat la ala-ala alalaaaaaaa sampai perlu berhenti setiap sepuluh langkah. Gara-gara sikap malas bersenam semenjak dua menjak ni, jangankan berjoging, berjalan laju sedikit pun aku semput...-DUH 

Program yang dirancang sepanjang minggu lepas akhirnya menjadi kenyataan. Kami melakukan aktiviti berkayak pada pagi itu. BERKAYAK adalah sesuatu yang asing sebab aku tak pernah lagi cuba try test melakukan aktiviti itu sebelum ini. Pengalaman yang sangat KELAKAR sebab kayak tu maju ke hadapan, semakin lama semakin menjauh dari tepian, namun MALANGNYA kayak itu bergerak secara berpusing pusing. ITS OKEY! ITS OKEY BEBEH! asalkan ia bergerak walaupun kena gelak orang keliling 
T___________T

OK FINE kau orang nak gelak secara berguling ker, nak snap picture aku lepas tu post kat FB ker, nak rakam video pastu upload kat utube ke, apa ada hal...sekurang-kurangnya aku berani. kau hado??? =p

muka cover semput lepas jogging

maisara dengan parents dia naik paddle boat

came on der..yiihaaaa!!! hahaha

weewit!

mereka ni macam pro..kesana sini secara bebas dan bersuka ria..tak pusing-pusing macam kayak aku (T_T)

menahan panas yang terik

Afina pun ada

 Balik ke rumah, terus masak bubur sebab lapar. Boleh makan bubur saja selama beberapa hari sebab lelangit dalam mulut aku ni sakit macam bengkak yang tak berapa nak bengkak. Namun, memang sakit..sakit sakit sakit...makan nasi pun kena sebijik-sebijik kalau tak meleleh air mata menahan sakit. Kalaulah aku makan sesenduk nasi, tapi nasi itu dimakan secara sebijik-sebijik, agak-agak bila aku nak siap makan??? duh! Sebab tu kena makan bubur.

Lepas makan bubur, lepak atas sofa sambil tengok tv. Lepas tu terlayan cerita hindustan yang bertajuk BABUL kat TV2..lepas tu nak dekat ending cerita, aku TERmengalirkan air mata. Sangat WTH!!!! hek elehhhh anizzz....tengok cerita hindustan menangis siottttt...gila hati tisu!!!!! WATEVA! 

Seingat aku kali terakhir aku menangis time tengok TV adalah lebih kurang 10 tahun yang lepas..macam "entah apa-apa" sangat aku rasa...hahahahancus


Disebabkan terlalu penat, mimpi ngeri, bangun awal, berjoging, berkayak, menangis tengok cerita hindustan lagi, aku terlena jugak petang tu. Hampir maghrib baru aku terjaga. Bangun dari tidur, Zu ajak pergi KL. Dia mengidam nak makan Fish n Chips dekat Chop N Steak Kampung Baru. Terkebil-kebil aku dengar selera mengidam dia. Bukan masalah Chicken Chop ke Fish n Chips ke, Chip n Dale ke, masalahnya AKU TAK TAHU JALAN. Memandangkan sesat dan aku sangat sebati, aku layankan jugak memberanikan diri memandu ke KL. Selepas hampir 1 jam 30 minit mencari jalan, akhirnya sampai ke destinasi yang dicari. fiuhhhhh~ *tiup dahi..
Syukur alhamdulillah..cari Kampung Baru 1 jam setengah, kalau pergi PD pun dah lama sampai bai!..Nak buat macam mana, Zu tak berani bawak kereta dalam KL, aku lah yang kena bertabah drive malam tu..huhu 

orang mengidam

orang yang tak dikenali

orang lelaki yang pandang aku senyum-senyum lepas tu tiba-tiba nyanyi lagu KEKASIH HALAL dari WALI BAND yang liriknya berbunyi "Dia gadis bertudung merah Hatiku tergoda tergugah Tak cuma parasnya yang indah Dia baik dia soleha"...lepas tu Zu cakap, "Aniz aniz! dia tengok aniz!"..ada aku kesah...tak payah nak perasan sangat kot....lalalalalalala

orang yang pakai tudung merah tapi tak perasan..weewiit!!!

-Cik Zu, lain kali kita pergi CNS Seri Kembangan jer yer...pliissssss jangan mengidam yang dekat Kampung Baru lagi........wink! >_<

Aku kena migrain yang agak teruk malam tu. Doktor tak saran aku drive waktu malam sebab aku rabun, silau tinggi, bila terdedah kepada terlalu banyak lighting, aku akan kena migrain. Tapi aku kan degil dan gila berlagak. Jadi aku selalu jer merayau waktu malam, lepas tu sakit kepala guling-guling dalam bilik sambil cubit peha kiri, peha kanan terasa..wateva!

Sampai je rumah, basuh muka, basuh kaki, tukar baju, makan ubat, tidur tak sedar diri sampai pagi. fiuhhhh~

-berakhirlah kisah sabtu-















Wednesday, June 15, 2011

entry pertama dalam usia 23 tahun

Motif engkau sebenarnya apa Aniz bubuh tajuk entry gitu??? Lantaklah! Lantaklah!




 Macam biasa ramai yang wish pada 9-11 haribulan hari tu. Ada yang wish awal, ada yang wish on that day, dan ada juga yang wish belated. Ada nak jadi yang pertama, ada nak jadi yang terakhir. Tak mengapa-ngapalah. Bila pun kamu semua nak wish, aku tetap bahagia, kerana ada orang yang ingat tarikh lahir aku. Kalau sebenarnya kamu lupa, tapi ada orang lain tolong ingatkan lepas tu kamu cakap "ehhh terlupa laaa...heppie besday anizz!!!! Muah Muah Muah"....pun aku redha.Tambah-tambah bahagia bila tahun ni ramai rakan-rakan blogger yang wish. Alhamdulillah...kurnia bahagia Tuhan beri sekali lagi. Sehari sebelum hari lahir, aku dapat message bahagia.....


Selamat Harijadi! nikmati panggilan suara Maxis ke Maxis PERCUMA pada 10/06/11. Ganjaran Hotlink untuk pelanggan setia kami. Caj biasa dikenakan untuk servis lain.



 Terima kasih MAXIS...(T_________T)  *konon-konon terharu


Tapi kan Maxis, disebabkan message kamu juga la aku terganggu. Dah jadi satu kerja pula aku terfikir-fikir siapa je lah yang aku nak call secara free 1 hari ni. Malam 10 haribulan tu, aku nak tidur awal sebab tiada kerja lagi yang perlu dilakukan. *macam best giler bunyinya, tapi percayalah, tak best pun bila tak tahu nak buat apa di hari lahir.  Akhirnya, ketika bergolek-golek atas katil sambil nyanyi lagu Twinkle-Twinkle Little Star, aku tergerak hati nak memanfaatkan hadiah dari MAXIS dengan meng-call Abah. *Ceh! konon tergerak..mengaku je lah Aniz yang sebenarnya engkau nak call emak TAPI engkau tak mahu. Konon-konon merajuk dengan emak sebab tahun ni pertama kali seumur hidup emak tak wish birthday engkau kan? kan? kan?? SHUT UP!!!

Malangnya, tak dapat juga cakap dngan Emak sebab Abah kata emak pergi kenduri. Lama aku berbual dengan Abah. Bukan senang nak dapat cakap dengan Abah. Aku rindu Abah. Abah adalah orang yang paling senang aku nak rindu dalam dunia ni. Even kalau balik dari kampung hari Ahad, malam Ahad tu aku dah boleh tidur menangis ingat dia. Apa ada hal! hahaha 

Aku rasa perbuatan paling mengannoyingkan pada 10 Jun bersamaan birthday aku hari tu adalah sebelum aku letak phone lepas cakap dengan Abah, aku sempat suruh Abah panggil Adik Ucu. Yang "tak boleh blah" kata bebudak zaman sekarang ni adalah aku sempat pesan kat Adik Ucu 


Dengan nada rajuk berbackground muzik "Bila Kekasih Mula Merajuk"


Aniz : Dik, hari ni Hari Lahir Kak Long tau!

Ucu : Ok. Heppie Besday *gila takde perasaan adik aku

Aniz : Emak lupa birthday Kak Long!
 
Ucu : Hahahahahahahahaha * memang sah perasaan engkau ni kejam ucu  (T________T)

Aniz : Cakap kat emak, kenapa lupa???? Assalamualaikum! bai!. Pangggg!!!!! (konon-konon bunyi letak ganggang. padahal pakai handphone. Gila drama.)


Keesokan harinya Emak call

Aniz : Haaaa tak payah pujuk! tak payah pujuk! Orang cakap awal-awal ni tak payah pujuk! *masakan Emak boleh lupa tarikh manusia pertama yang dilahirkannya selepas 9 bulan dikandung ini??? gila ego!

Emak : Hahahahaha emak minta maaf sayang. Emak lupa. sibuk dengan kenduri rumah sedara kita tu. 

Aniz : *mula cair 50%

Emak : Selamat Hari Lahir.... Emak doakan panjang umur, murah rezeki bla bla bla bla bla......jodoh.....bla bla bla

Aniz : Terima kasih emak. *kerak nasi kalau di bubuh air, lama-lama cair. Okey..cakap dekat diri sendiri! hahaha



hadiah dari Zu di subuh hari sebelum aku mandi lagi..hahaha

Aniz  + Kak Yana = berantakan!

Disebabkan aku tak makan kek krim krim ni..CC kat tempat aku sudah berbaik hati membuatkan kek oren yang sedap..Thank u CC..muah muah...

aku buat roti jala pagi tu, bawa ke ofis makan dengang kawan-kawan. Kak Ernie bawak nasi goreng..CC bawak karipap..makan ramai-ramai..heaven!




OKEY sekian aku sudahkan cerita hari lahir setakat ni saja. 
Lepas ni mula Chapter lain, 
cerita yang baru. 
>_<



"Ya Allah..aku bersyukur dengan nikmat usia yang Engkau beri..Semoga peningkatan usiaku selari dengan kematangan dan kewarasan fikiran. Jadikanlah aku hambaMu yang beriman, Manusia yang bijaksana, Wanita yang lembut, Anak yang solehah, Isteri yang taat, Ibu yang mithali dan Insan yang sentiasa dicintai..Kurniakanlah aku seorang lelaki yang mencintaiMu lebih dari dia mencintaiku...Berikanlah aku hidayah agar aku tidak terus menzalimi diriku wahai Kekasihku...aminnn ya rabbal alamin...."




nota siku : ada kawan tegur "aku tengok mata engkau makin lama makin kecil sampai tak nampak dah wei!" haiyoooo haiyooo.....nak wat guano tu!
   

Thursday, June 9, 2011

Wishlist Birthday 2011

Mood : Happy 50% jer
Halwa Telinga : Tahajjud Cinta-Tok Ti


Masih tinggal lebih kurang 11 jam sebelum 12 tengah malam. Sempat lagi untuk 
aku berangan buat wishlist birthday tahun ni. Antara yang aku NAK ialah..............


Mimpi la kau aniz ada orang nak bagi hadiah ni...nan hado!



Microwave warna purple




Buku ni



Meja belajar warna PURPLE bukan PINK



Frame gambar ikan koi, kalau dapat exactly macam ni, mau menangis gumbira aku...hohoho



Tiket konsert BUNKFACE!!!! aku tak suka muzik bising-bising tapi aku tak tahu macam mana dengan kumpulan yang satu ni aku boleh layan...sabo je la Pak Jabid!



Munge...wink!



Kalau ada yang bercadang nak bagi hadiah emas ketul-ketul ni, aku sumpah tak mintak dah hadiah yang lain-lain tadi tu..wakakakakaaka


Nama pun berangan...takde maknanya nak dapat semua ni....takde sape hingin nak bagi derrr.....Setiap tahun aku akan beli hadiah untuk hari lahir aku sendiri sebagai penghargaan pada diri sendiri. Hadiah yang aku beli tu bergantung pada berapa banyak perkara baik yang aku dah buat sepanjang tahun tu. Lebih-lebih lagi kalau result exam boleh tahan, memang aku akan berhabis beli hadiah aku sendiri supaya aku dapat rasa betul-betul gembira. Sebab dari dulu lagi aku selalu didik diri aku

"Kalau aku buat baik, aku MESTI dapat  reward. 
Kalau aku buat jahat, aku WAJIB dapat punishment" 


Tapi untuk tahun ni aku tak beli hadiah untuk diri sendiri atas sebab-sebab tertentu. Result exam okey..cuma......aku ada perasaan tak puas hati dengan diri sendiri.*gila kejam!

PADAN LA MUKA ENGKAU ANIZ! 
TU LAAAA SAPE SURUH TAK PERFORM, KAN DAH TAK DAPAT HADIAH....
PADANLAH! PADANLAH! PADANLAH MUKA ENGKAU!
(T__________T)
sob...sob...sob....

seperti tahun-tahun sudah, aku menantikan siapakah yang bakal menjadi manusia pertama yang wish birthday aku...Emak kah...Ana kah...Bekas pengetua aku kah..Ketua Jawatankuasa Rukun Tetangga kampung aku kah...*memang takde kaitan...hahahahaaa

Malam ni aku dah ada plan untuk sambut birthday aku. Aku akan membawa diri ke tempat yang aku suka pergi...duduk situ hirup udara segar dan tenangkan diri setenang-tenangnya air dilaut jangan disangka tiada buaya. i just want to be alone...>_<


aniz rindu abah..........



Sekian

Wednesday, June 8, 2011

AKU JUGA WANITA SEPERTI YANG LAINNYA



Aku sedih…aku tertanya-tanya…bagaimana sesuatu boleh berubah dalam sesaat…sama ada aku tak mengenali atau tak dikenali, tidak dapat punca sebenar…betul kata orang,


“wanita itu aneh…sesaat kamu rasa kamu sudah mengenali mereka, lazimnya mereka berubah pada saat keduanya”


Sekarang aku faham…

AKU JUGA WANITA SEPERTI YANG LAINNYA…

Jangan salahi aku sekiranya sebentar aku memilih ungu, seketika nanti  aku mengatakan biru lebih menawan…

Jangan salahi aku sekiranya sebentar aku mahu ditinggal bersendiri, seketika nanti aku mengatakan aku sedang merindui…

Jangan salahi aku sekiranya sebentar aku mahu beradu, seketika nanti aku ajukan pelbagai soalan kepadamu…

Bukankah AKU JUGA WANITA SEPERTI YANG LAINNYA


Sayangi aku… Pujuklah aku… Bimbingi aku
Supaya aku tidak jemu untuk bercinta, merajuk dan bercinta semula denganmu…

Wednesday, June 1, 2011

Nasi Ayam Penyet


Weekend lepas aku secara tiba-tiba telah mengidam Ayam Penyet kalah orang mengandung 16 bulan. Lalu aku telah pergi ke Wong Solo di Bandar Baru Bangi untuk melempiaskan
nafsu makan terhadap Nasi Ayam Penyet tersebut.. yummieee!!! 
Merah mata menahan pedas yop!


Nasi Ayam Penyet yang terbaikkkk dari ladang..mmuahhh!!!

Nasi Ayam Penyet ni sejenis makanan Orang Indonesia atau Orang Jawa yang popular selain dari bakso..Hidangannya termasuk Nasi Putih yang dimakan bersama Ayam Penyet bukan ayam lenyek motokar, sambal kicap, sambal-merah-yang-aku-tak-tahu-nama-tu, Terung Balado, Tauhu dan Tempe goreng..cuba sekali pasti nak lagi....*melelehhh air liur bila terkenang wa cakap lu. 

manakan tidak...ada orang tu kan..1st time try ayam penyet 3 hari 3 malam duk sebut-sebut sampai kalau boleh nak buat kenduri kawen hidang nasi ayam penyet...wakakakakaka

Selang beberapi hari iaitu hari semalam aku telah secara tiba-tiba terasa nak masak itu Terung Balado yang aku cintai..lalu dengan bantuan Encik Google, aku cari resepi…





TADAAAA!!!!!

Aku siap masak terung ni pada jam 6.30pm. Di makan bersama nasi putih dan ayam yang digoreng dengan tepung gorengan Adabi sambil menyaksikan cerita Upin & Ipin di TV9 dekat di hati...terbaeekkkkk!!!
aiyark!! yang mana ayam yang mana terung daaa...haha
Penangan Wong Solo punya pasal, lepas ayam siap digoreng, aku telah melenyek ayam tersebut dengan motokar! ..bukan! bukan!....TIPU SAJA..aku telah mengketuk ayam goreng tersebut dengan menggunakan parang besar..hahahaha bajet boleh dapat feeling makan Nasi Ayam Penyet kat Wong Solo la konon…wateva..wateva….


Kepada yang dah pernah try, sila angkat kening sambil senyum-senyum...kepada yang belum lagi, silalah cuba yer... dijamin memuaskan hati dan nafsu makan..walllah!


Sekian.