CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 25, 2010

what is love- part 1

cinta itu buta atau mereka yang bercinta itu buta???


Ada seorang wanita buta. Semua orang membenci dia, kecuali kekasihnya. Wanita itu selalu berkata, “Saya akan menikahimu saat saya bisa melihat.” Suatu hari, ada orang mendermakan mata kepada wanita itu. Akhirnya wanita itu dapat melihat.

Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, ketika dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut karena kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah kamu menikah denganku sekarang?” Tanpa sebuah alasan, wanita itu menolak. Kekasihnyapun tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”.

**************************** 

Wednesday, November 24, 2010

pemberian

Emak telah membagi dua helai tudung kepada saya ketika pulang ke kampung hari tu.  *seperti ayat budak darjah 1 gamaknya. Sehelai warna hitam dan sehelai lagi berwarna biru. Cantik…macam selalu, emak memang pandai memilih. Semua yang saya pakai yang datangnya dari emak, pasti dapat pujian. Kalau pakai baju yang bukan dari emak, tak pernah dapat pujian. Nampak sangat 

yang cantik itu baju, yang indah itu tudung
padah muka haku, hati telah tersinggung (T______T)

tapi  tidak mengapa, saya tidak akan berdukacita apatah lagi berduka lara, saya akan bersuka ria sahaja kerana saya rasa saya cantik tanpa perlu dipuji kamu (ayat untuk menunjukkan saya pandai memotivate diri dalam rasa tersinggung  yang menebal) (T___T)

saya dah pakai yang warna hitam jer, yang warna biru belum lagi sebab ..sebab..sebab… belum ada sebab nak pakai. Jadi mari kita mengayakan tudung yang diberi  emak.. heh heh heh

itu dia.....kiri kanan tengah depan belakang..yeeaahaaa!!!









pandangan dari atas bumbung rumah

dari kaca mata john abraham..*muntah!
terima kasih emak. saya suka..suka sangat..lain kali bagi lagi banyak-banyak yer.. merujuk kepada gambarajah di atas, saya mendapati pipi  telah menjadi seperti kuih pau disebabkan terlalu melebih-lebih seperti jakun makan ketupat raya hari tu. macam dah 19 tahun tak sambut raya. tapi bukankah kita harus bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan..*masih mahu membela diri. tidak mengapa-ngapa. selepas ini kita buleh mengurangkan makan dan mula berdiet lagi. *sambil memandang iklan KFC yang baru..  (T______T)

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidiladha

hari ni masih di office. bukan ke sepatutnya sekarang ni tengah mengayam ketupat??? melagakan periuk belanga di dapur??? mengacau sambal kacang di dapur??? tidak la nampaknya sebab sekarang masih dengan pc, officemate, kertas bla bla bla... malam tadi dah telefon bonda, katanya hari ni nak buat roti jala, esok baru nak masak-masak raya..emm tapi tak hairan pun sebab yang nak makan pun kami berenam jer dan keenam-enamnya ni bukan kisah sangat pasal makan-makan ni. yang penting mak yang masak..kalau along yang masak, sila ajak abah ke kedai kat simpang jalan yer..jangan sesekali membahayakan kesihatan..bunuh diri tu haram tahu!! =p malam ni baru nak gerak balik batu pahat. itu pun tak tahu pukul berapa nak mulakan perjalanan.entah pukul berapa pulak nak sampai rumah. macam biasa la kan. itulah ANIZ. kalau budak si ANIZ ni mula 'merancang perjalanan', sila rasa dahi dia tak pun sila mula sediakan rancangan bagaimana nak suruh dia ubah harta dia atas nama kalian sebab itu tandanya dia tak normal..erkk tak sabar nak balik kampung, nak syiom mak, nak peluk adik, nak tido atas katil haku yang selesa, nak kena marah dengan mak, nak kena marah dengan mak lagi, dan akhir sekali nak kena marah juga dengan mak. nampak tidak apa yang saya paling rindu??? nak kena marah dan bebel dengan bonda lah..huhu sebab...bila dia marah, dia akan buat muka chumel macam hello kitty, suara dia akan bertukar chumel macam mama sin chan, body language dia akan lebih smooth daripada pergerakan angelina jolie dalam movie 'wanted'..caya lah mak!!! you're the best lah!! macam mana la bonda ni buleh chumel sangat??? suka nak buat saya kagum banyak-banyak tau. asyik mak jer, selit sikit pasal abah, kecik hati lak dia nanti. rindu sangat nak pandang muka abah sebab muka dia lebih tenang dari pantai Pulau Kapas, senyuman dia lagi manis dari dodol durian, dia lah semangat saya. abah...tunggu along balik tau. nanti along boleh teman abah makan sambil ajukan soalan yang sama banyak-banyak kali sampai abah gelak-gelak kecil sebab nak taknak kena juga jawab soalan saya banyak-banyak kali juga. takpe lah, kalau saya takde, takde siapa nak kacau abah kan?? hehe..ohh rumah ku di kampung..nantikan kepulangan puteri aniz yer..huhuhu

Ya Allah...selamatkan lah perjalanan ku dan saudara-saudaraku yang akan pulang ke kampung..kurniakan lah keberkatan dalam Aidiladha kami ya Allah..aminnnn...

Monday, November 15, 2010

Rahsia Cinta Si Dia Di sebalik Cara Makan

Bagaimana cara makan, begitulah cintanya " Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya." Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti! 

SUMBER DARI : PUSAT SUMBER SEKOLAH ADIK UCU 


nota poket : ehem..ehemmm...sesiapa yang "Serius ketika makan" sila mengurat saya sekarang! =p

Friday, November 12, 2010

10.14pm

dan aku masih di office...(T____T)
sesiapa tolong datang sini, lempang sikit suruh balik boleh????


saya sangat penat..sangat mahu mandi sebab dah pakai baju yang sama dari jam 6.30 pagi tadi..
saya nak balik, tapi....tapi....*arrhhhh kamu memang suka mencari alasan.. 


waktu-waktu tengah penat sangat macam ni, perlukan bahan untuk terseyum dan tersengih-sengih dan tergelak sorang-sorang depan pc supaya leher ni tak lah rasa tegang sangat, bahu ni taklah rasa berat sangat, muka ni takdelah ketat sangat dan mata ni takde lah layu sangat...


antara cara-cara untuk mendapatkan bahan tersebut adalah membaca catatan abang jonni..seronok..hilang rasa ketegangan di seluruh anggota badan..thank u so much sebab selalu menjadi 'bahan' saya..teruslah memposting agar hari saya tidak suram..*harap-harap dia tak baca post ni supaya seluar dia tak kembang =p


-the end-

ada apa dengan nama

Tadi tangan telah tergatal tergoogle maksud nama-nama dalam islam..lalu terlihat 1 nama iaitu ‘TIHANI’ yang bermaksud ‘BAHAGIA, BERKAT’..lalu tangan tergatal lagi untuk mengubah nama di profile menjadi ANIZ TIHANI..ANIZ adalah nama aku dan TIHANI adalah bukan nama aku tetapi boleh diketegorikan sebagai ‘perkataan’ yang aku tambah kepada nama aku.. Bukan dok bubuh nama tu saja-saja, tapi ini adalah perbuatan dengan niat..ANIZ  TIHANI membawa makna ANIZ BAHAGIA DAN BERKAT..terdetik di hati kecil aku, mudah-mudahan kalau ada lah orang yang tanggannya tergatal dan terclick ke blog ni lalu tersebut ANIZ TIHANI tu, ianya akan dimakbulkan..bukan ke kata-kata itu adalah doa???..jadi kalau 1 orang sebut ANIZ TIHANI, insyaallah aku bahagia..2 orang sebut, aku bahagia kali 2..3 orang sebut, aku bahagia kali 3..kalau 1000000000 orang sebut, WOW!!! Bahagia dan berkat hidup aku..hehe  harap-haraplah dengan izin-Nya.. ;)

Thursday, November 11, 2010

Bila Cinta - Gio

 Bila Cinta - Gio

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
 

kusebut namamu

disetiap doaku

bangkitkan setiap 

kenangan tentangmu

yangku dapat 

hanyalah bayangmu


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

 
 Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

.....

Dalam harapan ...


nota kaki : bila dengar lagu ni, pasti diam...diam sediam diamnya...kosong.....itu tandanya...aku FAHAM....

Wednesday, November 10, 2010

selamat ulang tahun sayang

SEMANIZ CUPCAKES DAH BERUSIA SETAHUN!!!! =)



TO MY BELOVED BLOG : SEMOGA PANJANG UMUR DAN JADI BLOG YANG BAIK YER..NANAK NOTY2 TAHU! TERUSLAH MENJADI RUANG YANG SETIA KEPADA AKU UNTUK MELUAH RASA, BERKONGSI SUKA DUKA DAN RASA CINTA DALAM MENYEMADIKAN SEGALA MEMORI TERCIPTA.

TO ME : TERUSLAH BERCERITA..BUKAN UNTUK SESIAPA TAPI UNTUK KEABADIAN SEGALA RASA YANG BERBEZA-BEZA SETIAP MASA. SEMOGA SEGALA CERITERA DAPAT DI JADIKAN IMBASAN YANG MENGGAMIT BAHAGIA BILA TUA.

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
semaniz cupcakes setahun bertapak
menjadi ruang meluah perasaan

pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga 
bukan hari-hari cerita ku hebah
hanya ku titip yang bermakna saja

tarik papan sorong papan
buah keranji dalam perahu
cara cerita mungkin tak sopan
tapi si pencerita manis tahu!



hehehehehe...


nota kaki : jika ada yang berminat nak menampal komen, anda digalakkan untuk menyampaikannya dengan cara berpantun juga. ini bagi menghidupkan budaya melayu agar tak luput dek arus kemodenan. *psstt..pstttt.. macam ada cita-cita nak join gadis melayu jer..hehehe

Tuesday, November 9, 2010

am i a skunk??? erkk

LOOK UP YOUR BIRTHDAY AND SEE WHAT YOU ARE…
January 01 - 09 ~ Bird
January 10 - 24 ~ Slug
January 25 - 31 ~ Cockroach
February 01 - 05 ~ Parasite
February 06 - 14 ~ Bullfrog
February 15 - 21 ~ Skunk
February 22 - 28 ~ Snake
March 01 - 12 ~ Ape
March 13 - 15 ~ Cockroach
March 16 - 23 ~ Slug
March 24 - 31 ~ Parasite
April 01 - 03 ~ Bird
April 04 - 14 ~ Snake
April 15 - 26 ~ Slug
April 27 - 30 ~ Skunk
May 01 - 13 ~ Slug
May 14 - 21 ~ Bullfrog
May 22 - 31 ~ Cockroach
June 01 - 03 ~ Slug
June 04 - 14 ~ Skunk
June 15 - 20 ~ Bird
June 21 - 24 ~ Ape
June 25 - 30 ~ Parasite
July 01 - 09 ~ Slug
July 10 - 15 ~ Bird
July 16 - 26 ~ Bullfrog
July 27 - 31 ~ Parasite
August 01 - 15 ~ Ape
August 16 - 25 ~ Slug
August 26 - 31 ~ Skunk
September 01 - 14 ~ Bullfrog
September 15 - 27 ~ Parasite
September 28 - 30 ~ Bird
October 01 - 15 ~ Ape
October 16 - 27 ~ Skunk
October 28 - 31 ~ Snake
November 01 - 16 ~ Cockroach
November 17 - 30 ~ Parasite
December 01 - 16 ~ Bird
December 17 - 25 ~ Ape
December 26 - 31 ~ Bullfrog

If you are a Bird
: A very loyal and sweet person. Your loyalty can never be doubted. You are quite honest and sincere when it comes to your attitude towards working. You are a very simple person, indeed. Absolutely hassle free, humble and down-to-earth!! That explains the reason why your friends cling on to you! You have a good taste for clothes. If your wardrobe is not updated with what is trendy, you sure are depressed. Popular and easy-going. You have a little group of dignified friends, all of th em being quality-personified.

If you are a
Slug
: Always up to some sort of a mischief! The mischievous gleam in your eyes is what makes you so cute and attractive to everyone. You are an extremely fun-to-be-with kind of person. No wonder people seek for your company and look forward to include you for all get-together's. However, you are sensitive which is a drawback. People need to select their words while talking to you. If someone tries to fiddle around and play with words while dealing with you, it is enough to invite your wrath. God bless the person then!

If you are a
Cockroach
: Quite contradictory to your name, you are a peace loving person.. You best try to avoid a situation wherein you are required to fight.. An outdoor person, you disl ike sitting at one place for a long duration. You are a born leader, and have it in you how to tactfully derive work from people. You love being loved, and when you receive your share of limelight from someone, you are all theirs!!!! Well, well... Hence some people could even take an advantage, flatter you to the maximum and get their work done. So be careful.....

If you are a
Parasite
: An extremely lovable, adorable person, sometimes shy, with a passion for quick wit. At times, you prefer quietness. You love exploring various things and going into depth of each thing. Under normal circumstances you're cool but when given a reason to, you are like a volcano waiting to erupt. You're a fashion bird. People look forward to you as an icon associated with fashion. Basically, you mingle along freely but don't like talking much to strangers. People feel very easy in your company. You observe care in choosing your friends.

If you are a Skunk
: You are near to perfect and nice at heart. The examples of your kindness are always circulated in groups of people. You, too, love peace. You wouldn't like to retaliate even to a person who is in the wrong. You are loved due to this. You do not wish to talk behind one's back. People love the way you always treat them. You can give, give and give love, and the best part is that you do not expect it back in return. You are generous enough. Seeing things in a practical light is what remains the best trait of you guys.

If you are a
Bullfrog
: You symbolize a very happy-go-lucky approach in life. Whatever the surroundings may be, grim or cheerful, you remain unaffected. In fact, you spread cheer wherever you go. You are the leader of your group of friends and good at consoling people in their times of need. You dislike hypocrisy and tend to shirk away from hypocrites. They can never be in your good books, no matter what. You are very methodical and organized in your work. No amount of mess, hence, can ever encompass you. Beware; it is easy for you to fall in love....

If you are a Snake
: You are mysterious. You are someone who can handle pressure with ease, and can handle any atmosphere without going berserk. You can be mean at times, and love to gossip with your selected group. Very prim and proper. You like all situations and things to be in the way you desire, which, sometimes is not possible. As a result, you may lose out in some relationships. But otherwise, you love to help people out from difficult and tight spots when they really need you.

If you are a Ape
: Very impatient and hyper!!! You want things to be done as quick as possible. At heart, you are quite simple and love if you are the centre of attraction. That way, you people are unique. You would like to keep yourself safe from all the angles. Shall your name be dragged or featured in any sort of a controversy, you then go all panicky. Therefore, you take your precautions from the very beginning. When you foresee anything wrong, your sixth sense is what saves you from falling in traps. Quite a money minded bunch you people are!! 


nota kaki : skunk pun skunk lah.. yang penting i like da ciri-ciri of skunk..huhuhu da best part is  "You do not wish to talk behind one's back. People love the way you always treat them. You can give, give and give love, and the best part is that you do not expect it back in return." ..haa nampak tidak yang best tu??? tak suka mengata orang, selalu memberi kasih sayang tetapi tidak pernah mengharap balasan..hahaha entah iya entah idak..apapun yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri..*dah macam ayat penutup ceramah agama pulak..ahaks!

p/s : saya skunk..kamu pula bagaimana???? *xyah nak pilih hewan yang best2 jer yer!!!

Monday, November 8, 2010

merdeka sudah

Macam ada 17 ketul batu blok, 25 kampit simen + beberapa lesung batu yang baru saja di alihkan dari bahu saya..mak haihhh jenuh nak menghabiskan semester 4 ni. Seminggu cuti berkasih sayang dengan buku-bukuan. Semalam tamatlah sudah exam untuk last paper..leganya...bestnya..syok ooo...*saja je nak jeleskan pok cek limau yang baru nak start exam =D..*all the best to you by da way..hari jumaat malam, mak, abah and adik aji datang..jadi semalam pergi exam dapat salam mak abah..bahagia!..walaupun semester ni macam tak berapa nak best sebab macam ala-ala heavy sangat la kununnya, tapi Tuhan tu Maha Pemurah lagi Maha Adil..dalam semester yang katanya payah sangat ni, adanya kesempatan saya pergi kelas bersalaman dengan mak buat pertama kali, dan ada peluang buat saya bersalaman memohon ampun dari kedua ayahanda dan bonda sebelum pergi exam..nampak tidak hikmah dan kebahagiaan di situ?? *tak nampak??? Get out!..=p

Next

Mak dengan abah ni bukan main beriya lagi kata nak duduk lama sampai sebulan la, berminggu-minggu la, tup tup tadi call bagitahu nak balik hari ni juga..boring la tu. Mentang-mentang rumah anakanda tiada ternakan, cepat bosan yer..permohonan anakanda untuk menternak gajah masih belum diluluskan oleh PERHILITAN bonda..maaf yer..setelah puas ku pujuk-pujuk, akhirnya berkat ayat power dari seorang anak yang sweet macam saya, mereka akur untuk mengubah fikiran. tak jadi balik hari ni, balik esok..yea! yeaa!! Syayanggg dia..mmuahh!!
Abah masih belum sihat lagi..tangan dia masih tak ok. Even datang ke sini pun sebab nak berubat. Mudah-mudahan abah kuat untuk hadapi ujian ni. Bila abah dengan mak murung fikirkan ujian yang menimpa, saya dengan gaya berani berani takut bersama muka seposen dan senyum kambing ni akan menghampiri mereka dan cakap ”mak dengan abah jangan lah risau sangat. Biasa lah hidup mana yang tak ada dugaan. Kalau ada pun, mesti hidup yang macam tu tak best kan abah. Tuhan tu Maha Penyayang. Insyaallah...semuanya akan baik semula. Banyakkan berdoa”..okey tak?? Hahaha. dulu, bila saya mula nak sedih-sedih kalau ada masalah, mak dengan abah selalu cakap macam tu. Sekarang ni giliran saya pula jadi sailormoon mereka. *Terima kasih Ya Allah kerana bagi hamba peluang untuk dengar masalah mak abah, terima kasih izinkan hamba tanggung beban mereka, terima kasih juga izinkan hamba tolong selesaikan semua masalah-masalah mereka, ianya 1 nikmat. Tiada kebahagiaan yang lebih bernilai selain dapat menggembirakan hati keduanya. Sayang Allah!..=D

So, apa aktiviti kita selepas habisnya peperiksaan?? Harus lah tengok wayang dulu kan. Tapi semalam nak pergi tak boleh sebab nak teman mak dengan abah. Isnin hingga jumaat ni pun tak boleh sebab Goku outstation. Jumaat ni pulak mungkin balik kampung sebab nak pergi tengok rumah yang nak dibeli tu *macam sayur jer. Erkk kelihatan seperti tiada waktu lapang di situ. Next week la kot. Takpe lah, takkan lari wayang dikejar, tak gitu cek senah??. sebagai langkah permulaan menikmati masa selepas peperiksaan tamat ni ialah, menyertai semula aktiviti Kelab Pemain Badminton Amatur pada setiap hari selasa malam. *Please welcome me guys..lama giler tak join kamu.(walaupun kehadiranku cuma membisingkan gelanggang)waka waka..