CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label WHAT iS LOVE. Show all posts
Showing posts with label WHAT iS LOVE. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Dear kamu....

Dear kamu….

(Hei! Kamu la…Yer kamu yang tengah baca tu…bakpo nyo kerut dahi gitu!)

Kamu…

saya nak minta maaf pada kamu ni..

Bukan niat saya mahu merahsiakan kewujudan DUNIA INI...

Apatah lagi untuk membelakangkan kamu...

Tapi….…..saya buat macam tu sebab saya malu…

Malu mahu bagi kamu baca tulisan-tulisan saya yang buruk ni..

Malu jika kamu tahu ada orang yang dengan manis muka dan suci hati sudi follow blog saya yang tak kelas langsung macam rancangan Kelas Kau Maria tu…

Malu jika kamu tahu yang kadangkala saya juga menghadapi hari derita tanpa kamu sedari..

Maafkan saya tau…(angguk sikit plzzzz……)



Kamu…

Saya sedar saya  tak manis macam Siti…

Saya sedar saya tak bijak macam Khadijah…

Saya sedar saya tak lembut macam Mariam…

Saya sedar saya tak ramping macam Husna…

Saya sedar saya tak pandai masak macam Cik Puan Jamilah…

Saya sedar keburukan saya selalu bercakap waktu tidur (walaupun saya tak pernah mengaku)…

Saya sedar saya sentiasa menumpahkan makanan ketika makan dan akan selalu begitu…

Tapi saya janji…waktu Siti, Khadijah, Mariam dan Husna pergi, saya akan tetap ada disebelah kamu…

Saya akan cuba jadi wanita, sahabat, isteri, ibu dan teman tengok bola yang paling baik untuk kamu…

(Lagipun saya memang baca surat khabar dari belakang…tokse risau deh…)

Kamu sudi terima saya seadanya????



Kamu…

Bos saya dah pandang lain macam angkat-angkat kening tu…

(Saya membalas sambil kenyit mata…oppsss!!!!) YIIIIIHHHHHAAA

Saya kena sambung buat kerja ni…

Nanti saya tulis untuk kamu lagi yer…

Maafkan saya tau…



Akhir kata dari saya…

Pen merah pen biru,
Kamu marah saya buntu.

Pecah kaca pecah gelas,
Percayalah kamu, saya ikhlas

Sorong papan tarik papan
Arrgghhhhh!!!! Malas nak pikir pasal papan.


Wassalam…


Yang benar,
   -SAYA-






Friday, June 24, 2011

Demi sebuah kepastian

Kini aku benar-benar pasti tentang rasa hati kami. "Hidup mati jodoh pertemuan itu bukan urusan kita"...aku faham. Aku redha. Takdir telah menetapkan begitu. Aku tenang. Selepas 4 bulan kami bercakap semula. Merungkai segala yang dah lama terpendam. Segala yang tak pernah dibincang. Segala yang tak dimengerti dengan jelas. Berbicara sebagai sahabat. Jauh dari soal segumpal darah bernama hati, sekelumit rasa bernama cinta. Jauh sekali. Perjalanan dari A ke Z mungkin tidak mudah seperti yang kami sangka atau lebih tepat, seperti yang kami MAHU. Andai ia terhenti di M atau T atau X yang hampir-hampir nak mendekati Z sekalipun, itu bukan urusan kami. Hidup mesti diteruskan. Nafas masih tetap dihela. Yang berubah hanya rasa. Kami cari keberkatan dalam doa untuk satu sama lain. Doa ikhlas dari ruang hati paling dalam yang boleh kami titipkan. Bukankah DIA lebih tahu tentang yang terbaik buat hamba-hambanya. Janganlah kita yang hina mempersoalkan suatu ketentuan bernama takdir. Semoga kita akan bertemu dengan sinar bahagia yang baru, yang jelas, yang benar-benar bergemerlapan. Seindah matahari terbit, ia tetap akan terbenam pada senjanya. Aku tidak perlu bersedih. Kerana esok, ia akan terbit semula, bersama hari baru, sinar baru, kehidupan baru yang menandakan bermulanya perjalanan dengan langkah yang menanti untuk diatur.

Wednesday, June 8, 2011

AKU JUGA WANITA SEPERTI YANG LAINNYA



Aku sedih…aku tertanya-tanya…bagaimana sesuatu boleh berubah dalam sesaat…sama ada aku tak mengenali atau tak dikenali, tidak dapat punca sebenar…betul kata orang,


“wanita itu aneh…sesaat kamu rasa kamu sudah mengenali mereka, lazimnya mereka berubah pada saat keduanya”


Sekarang aku faham…

AKU JUGA WANITA SEPERTI YANG LAINNYA…

Jangan salahi aku sekiranya sebentar aku memilih ungu, seketika nanti  aku mengatakan biru lebih menawan…

Jangan salahi aku sekiranya sebentar aku mahu ditinggal bersendiri, seketika nanti aku mengatakan aku sedang merindui…

Jangan salahi aku sekiranya sebentar aku mahu beradu, seketika nanti aku ajukan pelbagai soalan kepadamu…

Bukankah AKU JUGA WANITA SEPERTI YANG LAINNYA


Sayangi aku… Pujuklah aku… Bimbingi aku
Supaya aku tidak jemu untuk bercinta, merajuk dan bercinta semula denganmu…

Thursday, November 25, 2010

what is love- part 1

cinta itu buta atau mereka yang bercinta itu buta???


Ada seorang wanita buta. Semua orang membenci dia, kecuali kekasihnya. Wanita itu selalu berkata, “Saya akan menikahimu saat saya bisa melihat.” Suatu hari, ada orang mendermakan mata kepada wanita itu. Akhirnya wanita itu dapat melihat.

Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, ketika dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut karena kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah kamu menikah denganku sekarang?” Tanpa sebuah alasan, wanita itu menolak. Kekasihnyapun tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”.

****************************