CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 28, 2011

ini entry ke 100

bukankah malam ini ada bola Malaysia VS Singapura

tetapi aku bukan di depan TV

bukan juga di stadium pakai baju kuning pasukan Malaysia

apatah lagi memakai baju kuning yang ada tertera agenda BERSIH..sigh!

sebaliknya aku berada di negeri bersejarah Melaka kerana bekerja (T_____________T)

bekerja dan tidak berupaya menonton TV

APAKAHHHHHHH??????!!!!!!!!


AKU SUPER FRUSTRATED KOTTTTT!!!!


much love for pasukan HARIMAU MALAYA..i pray for our team!!!


MALAYSIA BOLEH!!!!!! *tiba-tiba

Thursday, July 21, 2011

in pertama kali aku nak jumpa Optometrist

aku sihat

tapi mata tak sihat

hari tu dia tak sihat

sekarang pun dia masih tidak sihat

mata coklat ini tidak sejernih dulu

penglihatan juga menjadi kabur

melintas jalan adalah perbuatan yang amat memakan masa dalam keadaan begini

tapi memandu kesana kesini tidak tentu hala, aku gagah!

aku mula bitter

semalam petang pergi klinik kesihatan lagi dan lagi

Doktor bagi referral letter ke hospital untuk ketemu sama Optometrist yang arif tentang mata 

mata sahaja..kalau tanya tentang mata hati, dia bagi pelempang dekat engkau tahu!

kalau dia handsome, tidak apa-apa..tanya saja..tidak rugi mencuba..*tiba-tiba



sepatutnya aku ke hospital pagi ini untuk dapatkan tarikh appointment

tapi itu tidak perlu

kerana Cik Puan Mama yang baik hati telah melakukan itu semua untuk aku

semua sudah diatur dan diurus

tinggal pakai cantik-cantik dan jalan berlenggang masuk ke dalam hospital sambil menyanyi lagu 'joget kasih tak sudah' sahaja *dasarlah engkau aniz!  

terima kasih Cik Puan Mama kerana sudi tolong mengaturkan semua untuk saya..i love u muahh muahh lah!

tarikh appoinment aku bertemu optometrist telah ditetapkan pada ESOK pagi..*duh

guarantee letter juga sudah awal-awal aku sediakan atas nasihat orang-yang-sayang-aku


bila Cik Puan Mama dah aturkan semua sampai direct call Optometrist yang akan merawat aku

yang bagusnya, tidak perlu tunggu berminggu-minggu untuk tarikh appointment *sampai mata dah nak baik pun tarikh appointment lambat lagi

yang tidak bagusnya, aku mula rasa doktor itu tidak takutkan aku..atau lebih tepat lagi, aku takutkan doktor itu..*wateva!

semoga mata ini akan baik-baik saja

thats all-

Friday, July 15, 2011

ini adalah entry yeayy!!!



Minggu ini aku MC 2 hari, kerja cuma 3 hari saja..yeay!!!!

Dah boring MC dua hari bertapa di dalam rumah, mujur masih ada yang sayang *bajet warga emas belanja makan sedap-sedap, kenyang-kenyang hari selasa hari tu..yeayy!!!

Kerja adalah menseronokkan juga..yeayyyy!!!!

Bilik adalah dalam keadaan bersih dan teratur..yeayyy!!!

Assignment adalah banyak dan belum dibuat..yeayy!!! (motif kau suka????)

Hari ini dah jumaat…yeayyy!!!

Esok dah cuti semula..yeayyyy yeayy yeayyy!!!!

Bolehkah abiskan macam ni saja????? Hahaha

bye!









Tuesday, July 12, 2011

semalam cuti, hari ni pun cuti

status : mata aku merah lagi pedih 
lokasi : McDee
halwa telinga : aku-tak-tahu-lagu-merepek-apa-McD-ni-pasang




Malam Sabtu yang lepas aku pergi memancing...no no...pembetulan....duduk-tepi-kolam-tengok-orang-mancing....


kolam mancing..bukan kolam renang 

ni pertama  kali aku tengok udang hidup yang tergedik-gedik depan mata...gila kesian kat diri sendiri...




Lanjutan daripada aktiviti itu, aku telah terpaksa paksa rela MC 2 hari iaitu semalam dan hari ni...sebab...pada ketika aktiviti memancing itu sedang berlangsung, aku iaini Aniz, seorang orang yang manis lagi bijaksana *muntah hijau dengan selamba badak air bermain cak-cak-baa dengan udang di dalam bekas tersebut (rujuk gambarajah di atas)...selang beberapa minit kemudian, mata aku terasa gatal dan mula berair dan mula merah dan mula kabur dan mula berdarah *yang ni tipu. Bila itu berlaku, aku mula menjadi panik dan ajak orang sebelah menjadi panik sekali dan ajak orang sebelah kepada orang sebelah menjadi panik sekali sampai dia cakap 


"pergi klinik, buang je mata tuuuuuuuuu...................."

T_____________T


Hambek kau!...sentap mak nyah! gila stylo lagi ganas statement kau..boleh mendatangkan penyakit radang jantung tahap 4 tahu...


Pada awalnya aku ingatkan alergik yang gila drama sebab aku memang alergik dengan udang, tapi aku bukan makan pun udang tu sebab aku tak makan udang idup..tengok je kot..takkan la tengok pun tak boleh..agak-agak la bai!.. Jadi, balik rumah, tidur sambil memasang harapan esok pagi eloklah mata tu..Sayangnyaaaaaa hari ahad mata aku masih sakit. Jadi aku pergi klinik dan doktor cakap

"Omaigod!.....it must be so painful right...your eyes is sooo red lah..your face too..this is the symptom of alergic lah dear..i'll give u MC and take a rest okay"

*mujur aku baik hari tu..kalau tak aku dah jawab..tak sakit lah doktor..im just visiting u here lah..how's your business lately????? sigh!

Jadi dah MC dua hari ni..memang mati akal la aku duduk rumah..semalam aku basuh semua baju, sarung bantal, cadar, tuala, kasut, bilik air, bilik dapur, bilik stor, bilik jiran..memang keje aku membasuh jerrrrrrrrrrr.....hari ni bangun pagi, buat pertama kalinya tengok bakul baju kotor dengan perasaan KESAL sebab bakul itu kosong....bermakna tiada apa yang mahu dibasuh lagi..gila berlagak bagus sey!...oleh kerana itu lah aku membawa diri ke McD sekarang, seorang diri dengan harapan ada orang datang duduk sebelah dan cakap "jom kita berbual tentang masa depan"...hahaha

tidaklah mahu menunjukkan mata yang merah itu...bye!

Thursday, July 7, 2011

ini belog saya, tapi saya suka buat-buat macam saya takde belog

hai!

Kenapa lah aku ini sangat malas mengupdate belog. Seperti kejam membiarkan si belog bersawang tak terjaga. Namun apakan daya, terlalu banyak rencana yang perlu dilaksanakan. Sangat banyak..Contohnya seperti bekerja, belajar, berjalan, bermakan, bertido, berbeli blah, berfoya-foya, berangan, bernonton CSI, bersakit dan bermacam-macam lagi...*fiuhhhhhh-tiup dahi


Aku ada macam-macam cerita untuk diceritakan, cuma aku tiada macam macam masa mahu mengupdate blog. Bahkan ketika menyediakan entry ini juga aku seperti tiada minat mahu menaip. Tidak hairan lah jika entry ini menjadi entry terpaling boring sekali. *macamlah entry lain tak boring..sigh!

Semalam aku memberanikan diri untuk membuat permohonan bagi program Cros Fertilization atau dalam bahasa jawanya Program Pertukaran Silang. Pegawai yang terpilih akan bertugas di bahagian lain selama 3 bulan dengan matlamat mahu menimba banyak ilmu dalam bidang tugas yang berbeza. Aku berdebar menanti keputusan. Boleh jadi diterima, dan boleh jadi juga ditolak. Siapa lah aku di mata mereka. *meluatnya ayat ni .Tapi tak mahu diingat-ingat perkara yang macam ngeri-ngeri best. Bukankah berfikiran yang manis-manis itu lebih baik. Dan bukankah aku juga yang secara sukahati dan sukarela isi borang permohonan tu. Jadi, tidak perlulah rasanya menyalahkan udang disebalik batu, apatah lagi telur di hujung tanduk. Tiada kene mengena situasi ini dengan udang atau telur..*ehh apalah aku merepek!

Sebelum kemalasan membuahkan lebih banyak ke-merepek-kan, ada baiknya aku pergi main jauh-jauh..

Sekian.