CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

Tahniah MALAYSIA!!!!

Semalam ada meeting bermula jam 8.30am. Pada awalnya tak kena  join meeting tu tapi tiba-tiba bos cakap meeting extend  selepas pukul 5 dan saya kena join. Sangat frust. Punya la excited nak pergi tengok bola dengan budak-budak comel semua ni, boleh pulak nak kene join meeting.. macam nak nangis laju-laju…tapi..’AGI IDUP AGI NGELABAN!!”..”TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!!” yeaaahhaaaa!!!! *maaf..budak Aniz ni buta peribahasa gamaknya

Kemudian,

Saya telah membuat 1 plan. Pukul 5 larikan diri sebentar dari bos, balik rumah dan tukar baju. (maaf bos..jangan marah yer..MALAYSIA BOLEH!!!) hakhak..sampai rumah, sepantas kilat mandi dan bersiap *tipu..mana boleh lagi laju dari kilat. Lepas tu patah balik office sebab kena join meeting semula. Dalam meeting haku sorang jer pakai baju kasual...malu..tapi tak mengapa, yang penting ialah B.O.L.A..Habis meeting pukul 7.20pm..lepas kemas-kemas, pukul 7.45pm baru keluar dari office. Punya la haru nak kejar masa pasal game nak start tak lama je lagi. Nasib baik jalan tak jem sangat dan senang nak cari parking. Pergi bertiga, dengan Kak Noriy and Ijam which is her nephew. Kak Yana and Geng-geng Wonderpets yang lain dah tunggu kat sana. Sampai je dataran, game dah start 17 minit..(T_______T) tetap bersemangat..semangat sepanjang masa..semangat sampai tertumpahkan air atas seluar sendiri..semangat sampai lompat lepas tu pijak kaki sendiri..semangat sampai tudung senget..semangat sampai hilang suara..semangat sampai Maisara ternganga tengok Acik Aniz dia meroyan..*maafkan acik yer Sara..semangat sampai phewitt phewitt kat lelaki kacak yang ramai..aauuwwww!


gelap
sara dengan ibu pun gelap..hakhak
mula-mula duduk elok jer...
lepas menang..gini la gamaknya..
ish ishh ishhhh...YAHOOOO haku pun join!
 
P.E.A.C.E
keluarga Maisara =D
 

we proud to be MALAYSIAN..cewahhh!
 

Maisara sangat cinta Acik Aniz dia..kalau jumpa jer Acik Aniz, dah tak pandang kiri kanan terus meroyan..manja ya amat..layannnzzz..Acik pun cinta Sara..=D

tengok la tu..
nak balik dah
okey..okey..muka haku jer yang kena kabur..(T____T)
 

dia pun nak juga pakai benda tu..hmmm sara..sara..
sebenarnya Laser ahad lepas datang dari mata haku.haku baru tau.maaf Markus..hakhakhak
budak ini..


apapun sangat bangga dengan kejayaan team Malaysia. rasa nak sorak sampai esok..WooHHAHAAAaa!!!! TAHNIAH kepada team Malaysia yang dah berusaha keras..kejayaan anda amat disanjung sampaikan esok 1 Malaysia dapat cuti..Terima kasih banyak-banyak kerana bagi kami nikmat cuti walaupun cuma tolong sorak kuat-kuat dari jauh jer..huhuhuhu

TAHNIAH Raja Gopal..
  TAHNIAH Safee Sali..
    TAHNIAH kepada semua player..

Teruskan usaha anda membawa nama bola sepak Malaysia ke mata dunia..wwOooHHahaaa!!!

Tuesday, December 28, 2010

SAYA SUKA DIA- part 1




sekian sahaja segmen menghias blog dengan gambar yang cantik. =)

Thursday, December 23, 2010

Gunung Nuang

Kenapa aniz beli baju hujan?? Dia pergi kerja naik motor kah? atau dia memang suka pakai baju hujan dalam bas bila hari hujan kah? atau dia nak hadiahkan kepada kawan dia yang akan menamatkan riwayat zaman bujang pada hujung minggu ini kah???

TIDAK!

Bukan kerana sebab-sebab di atas. Salah sama sekali. Cik Aniz beli baju hujan pada hari Sabtu lepas sebab hari Ahad lepas Cik Aniz pergi Trekking dengan kawan-kawan di Gunung Nuang. Jadi bila kita pergi Trekking, kita perlu ubah peribahasa "sediakan payung sebelum hujan"  kepada "sediakan baju hujan sebelum hujan"..

Kenapa???

sebab.. pernah tak nampak orang pakai payung dalam hutan??? Haaa kalau jawapan anda pernah, bermakna anda juga spesis yang sama waktu dengannya..lalala Cik Aniz pergi berempat sahaja bersama En. Hairi, En. Faizal dan Encik Padil. Ehh nampak macam Cik Aniz saorang sahaja perempuan di situ?? Tepat sekali. Memang Cik Aniz sahaja ahli perempuan yang turut serta pada hari kejadian kerana wanita-wanita lain sibuk menghadiri majlis kenduri kahwin, cukur jambul, balik kampung, jaga jiran selsema, pakwe gastrik, kucing hilang, kambing muntah darah dan sebagainya. Dengan gaya berani-berani hamster, saya pun ikut la tiga orang budak ini mendaki gunung..Sila rujuk gambarajah di bawah...

baru sampai..excuse me Encik Padil,nak bersilat kerrr???
pengembaraan Geng Upin Ipin akan bermula -9.50am
nampak ituuuu....hohoho
checkpoint pertama..3 orang budak hitam sedang bersenang-senang di situ.haku pula sedang bertabah menapak ke pondok yang ku rasa jauh ya amat ketika itu (T_________T)
Dalam hati berkata "come on aniz...sikit lagi!" (T_______T) sob..sob...
terserempak dengan beberapa orang yang baru balik beli baju hujan dekat Jusco dah nak turun..ehh cik aniz macam jauh di depan jer..haha dah kena seru gamaknya..=)
excuse me..ini BUKAN nenek kebayan yer..ini adalah seorang gadis yang sangat bertabah mendaki gunung..uhuk..uhukkk batuk bangga
YEAAA!!! dah sampai ke kem pertama iaitu Kem Lolo Bawah..3 checkpoint sudah dilepasi..jam menunjukkan pukul 11.35am
Encik Hairi decide perjalanan diteruskan lagi..beg yang dia bawa sangat besar dan berat yer sebab ia berbentuk seperti Latihan-Angkat-Beban-Sambil-Mendaki sebelum dia follow pendakian ke Gunung Yong Belar, the 3rd highest peak in peninsular Malaysia next month..Gud Luck bro
ohh..ohh...sila abaikan yang depan itu..lihat yang belakang sahaja..cantiknya air terjun itu..hilang 20% penat haku..=)
nampak tidak kelibat beg biru yang jauh di hadapan itu?? haa jangan nak cakap saya jauh ketinggalan di belakang..saya cuma nak bagi mereka jalan dulu jer..buweeekkk!! =p
at last sampai di Kem Lolo Atas..puas! berbaloi! best!!

muka penat yang puas..tetap tersenyum =)
3 orang ahli persatuan bulan sabit merah yang mengiringi pendakian aku..hakhakhak
cayalah!


Yang best tentang pendakian ini :

1. sebagai terapi menghilangkan 1001 stress saya yang terpendam lama

2. sepanjang perjalanan sejuk mata memandang segala yang hijau..tengok-tengok juga kalau ada pokok warna purple..hmm tiada pula..

3. dapat kenalan baru - Encik Padil

4. jumpa air terjun..bestnyerrrrr!!!! berbaloi *maaf entry ini sangat banyak perkataan berbaloi =)

5. mengeluarkan peluh dalam kuantiti yang banyak =)

6. menjadikan daku lebih 'fit'

7. membolehkan daku mendapat gelaran Orang-Yang-Pernah-Daki-Gunung-Nuang =)

8. aku belajar tentang bagaimana apa yang ada di minda memungkinkan segala yang disangka mustahil. sedang kaki sangat sakit, tapi minda kata boleh..akhirnya berjaya =)


Yang kurang best tentang pendakian ini :

1. kurang buat latihan meguatkan stamina sebelum pergi menjadikan daku cepat letih dan sering ketinggalan (T____________T)

2. hampir 116 kali haku tanya mereka "jauh lagi ke nak sampai"..ia menunjukkan yang daku penat..(T__________T) sebolehnya mahu mengelakkan soalan itu dalam pendakian seterusnya.

3. bawa beg yang agak berat. maklum lah perempuan namanya. kalau boleh 1 almari nak di bawa mendaki..ahaks! ada beberapa barang yang patut ditinggalkan sebenarnya.

4. plizz i need some girl-friend after this untuk bincang pasal gossip artis masa depan Malaysia ketika mendaki =)

5. thats all..yang best perlu lagi banyak dari yang tak best untuk menunjukkan yang ia berbaloi-baloi..=)


Nota kaki: hari ni sangat rajin mengeluarkan segala yang ada di draft blog ini..1 hari sampai 2 entry..layan je ler...

rainking da raincoat

Belilah baju hujan jenama RAINKING kerana ia terdapat dalam pelbagai saiz yang pasti salah satunya bersesuaian dengan saiz badan anda. Selain itu, ia juga murah dan terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik seperti merah hati, hijau paru-paru, kuning buah pinggang dan biru urat tangan. Baju Hujan RAINKING ini boleh didapati di mana-mana cawangan Jusco berdekatan anda..Amat selesa di pakai dan sesuai untuk diperagakan dalam majlis-majlis rasmi syarikat, kenduri kahwin sepupu dan open house jiran tetangga malahan boleh juga dipakai ketika makan malam bersama si dia..[maaf budak aniz ni dah dapat tekanan perasaan agaknya..maaf]

tulung jangan kutuk (T____T) layan je la....
dah rupa orang sasau haku kat tengah-tengah Jusco tu

Nota kaki: Patut tak minta payment dari syarikat pengeluar baju hujan ni sebab dah tolong promote..lalalala

Monday, December 20, 2010

2 x 5

Petang semalam Mak Usu dah daftar masuk wad sebab hari ni adalah tarikh operation dia bagi mengeluarkan baby nya yang ke-4. Malam semalam Pak Usu, Nenek dan tiga orang budak kecik bernama Nur Umairah Athirah, Muhammad Amin Nur Rasyid dan Muhammad Alim Irsyad telah hadir bagi menggegarkan dinding rumahku. Mereka akan tinggal di rumahku sehingga Mak Usu discharge dari Hospital. 

Tiba-tiba...

Malam tadi ketika semua orang tengah tekun menonton cerekarama 'Kepok dan Nisan' di saluran TV3, terjadilah sebuah perbualan antara adik beradik ini..

Amin  :  Kakak, jom kita buka laptop
Alim  :  Nak butak laptop (pelat!)
Athirah  :  Kenapa Amin nak buka laptop?
Amin  :  Amin nak tengok 'pa-ce-bok'
Athirah  :  Ishh Amin ni..berapa kali kakak nak ajar..bukan 'PA-CE-BOK' la..sebut betul-betul macam kakak ni "FAAA-SI-BUKK"!

Aku, Nenek dan Pak Usu saling berpandangan. Dalam hatiku berkata.."ERKK...OKEY....FINE!....."

Nur Umairah Athirah-watak utama

Muhammad Amin Nur Rasyid-watak utama

Muhammad Alim Irsyad-watak sampingan

Nota kaki : Susah sangat ke nak sebut 'FACE-BOOK'???

Thursday, December 16, 2010

Kisah 10 Muharram

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".


gambar hiasan
nota kaki: semoga dosa-dosa kau dan aku yang nakal ini akan diampunkan sebelum 10 Muharram yang akan datang (takut-takut tahun depan kiamat) =D

Wednesday, December 15, 2010

@ melaka

PESANAN PENAJA:
"disebabkan terlalu malas untuk berstory dan mengeblog, cerita diringkaskan seringkas ringkasnya dalam bahasa yang amat mudah untuk difahami"


Tarikh                  : 11.12.2010
Tempat                : Rumahku Syurgaku
Waktu kejadian : 8.00am
Kejadian ngeri   : masak mee rebus pagi-pagi buta aka kejiranan kerajinan yang tidak kena pada tempatnya
Part yang ngeri  : masak 1 periuk besar gaya teror sangat buat Mee Rebus dan macam ada 10 orang tinggal kat rumah tu. sangat berlagak teror perlakuan ini.

tadaaaaaa!!!!!!!!!!!

Tarikh                    : Hari yang sama
Tempat                  : Bukit Rambai, Melaka
Kejadian tak ngeri  : Perkahwinan Kak Ayin, my ex-housemate merangkap kawan tidurku yang dulu sekarang dia curang tido dengan orang lain..lelaki lak tu (T__________T)
Part yang tak ngeri : bersiap macam kilat sebaik saja siap buat mee rebus untuk memulakan perjalanan ke Melaka
Part yang ngeri sikit: sampai-sampai majlis dah nak habis, orang dah ramai balik..malu...nasib baik makanan banyak..huhuhu



wan & ayin
 
me with kak efa aka my ex-housemate juga


 Tarikh                      : 12.12.2010
Tempat                     : Ayer Keroh, Melaka
Waktu kejadian        : 10.00am
Kejadian tak ngeri   : Family Day Polis Melaka.                      
Part yang ngeri        : Buat pertama kalinya dalam hidup dikelilingi polis yang sangat ramai. takut-takut berani. baju tak bawa jadi pakai jer apa yang ada. P jalan-jalan pakai t-shirt jer..(T____T) nasib baik Family Day ditengah panas. Tidak lah diriku malu-malu hamster.

Pertandingan mewarna tak sempat masuk sebab sampai lambat..had umur 12 tahun..nasib baik umurku baru 11 tahun..
panas ya amat woo..




Kesimpulan : weekend lepas adalah sangat bermakna untuk 1 peringkat dalam hidup saya..=D