CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 16, 2011

saya nak balik kampung..nak ikut tak???

mood : teruja + risau
halwa telinga : syair si pari-pari




Status : Baru lepas basuh SEMUA baju kotor...sebakul...malu kalau tau dek mertua...mujur takde lagi..fiuuhhhhh~ *tiup dahi




Esok pukul 8.30 pagi aku akan bergerak balik ke teratak terchinta di Johor..rumah yang dipenuhi dengan orang-orang kesayangan..tempat yang penuh dengan kasih sayang..i just cant wait!..*sound over sweet??..i dont mind!


Dari Putrajaya ke Melaka aku akan diiringi oleh Kak Ernie, Kak Noriy dan kawan-kawan lain yang nak ke Tanjung Keling, Melaka untuk menghadiri kenduri kawin di rumah Abang Hairi. Aku tak buat keputusan lagi samada nak pergi kenduri dulu atau teruskan perjalanan ke Johor. Esok pagi baru decide..keputusan last minit..yaaa its me...blablabla


Petang tadi call emak tersayang, masak tahap hangit aku kena ceramah... dia super risau aku nak balik Johor naik kereta sorang-sorang okey..Buat pertama kalinya aku memandu sendirian dalam jarak yang agak jauh..no no, i think tak payah letak 'agak'..bagi aku, memang jauh..merentasi 2 negeri..ffiiuuhhhhh~ *tiup dahi...emak pesan sebelum mulakan perjalanan, mesti baca itu, perlu baca ini, [pendek kata khatam mengaji dulu baru boleh gerak]...dia sangat yang teramat risau..Abah juga..tapi nak buat macam mana, anak yang satu ini degilnya tiada berubat...*sigh!


Dalam hati sekarang, sangat lah berdebar tiada terluah..dup dap dup dap...macam-macam kemungkinan negatif yang aku bayangkan, tapi tak mahu sebut kat sini..no no...tak mahu sebut...Memandu sendirian dalam jarak sejauh itu buat pertama kalinya...bunyi agak merisaukan bukan????? Tidak???? fine!


Baju sudah siap di pack..tinggal buku-bukuan saja yang belum dikemas untuk dibawa balik ke kampung tapi tak baca langsung sampai 5 minit sebelum balik Putrajaya semula. Semoga perjalanan aku selamat..Semoga perjalanan aku dijauhkan dari segala musibah..Semoga perjalanan aku dilindungi...Semoga perjalanan aku akan dipermudahkan..Semoga aku selamat sampai...aminnnnn....








p/s : doakan saya yer...sayang kamooo...XOXO!



Thursday, April 14, 2011

Contest Santai: Cerita Kelakar Anda- Pemenang Saguhati

mood : happy
halwa telinga : mawar putih untuk mama




Disebabkan owner blog tak cukup masa nak update blog setiap hari sebab sibuk baca buku sambil lentok kat kepala katil keluar air liur tak hengat dunia, maka entry kali ni akan jadi sempit tahap koma sebab semua cerita pun nak sumbat dalam 1 entry....




PERTAMA


Ingat tak Contest Santai Cerita Kelakar itu???Kisah Pak Cik dan Persona??? haaaa alhamdulillah memang murah rezeki aku nak dapat merasa pegang crochet chumel idaman hati tu..bukan takat merasa, memakai, mencium, mentenung, menlawa, mensimpan dan macam-macam lagi..sebab sekarang sudah dapat itu crochet sebagai hadiah untuk pemenang hadiah saguhati..terima kasih kepada cik penganjur iaitu Mawaddah and the geng yang telah memilih saya sebagai salah seorang pemenang bertuah ayam nampak dikaki, tuah aku nampak di crochet..wwoohaaaa...hadiah dah lama sampai, dah pakai dah pun, tapi tak sempat nak update blog sebab sibuk dengan kempen di Sarawak...eehhhh bukan..sibuk dengan persediaan untuk exam...uhuk uhuk...exam!!!!!! [pengsan 6 minit]..tak boleh sebut itu perkataan kuat-kuat sikalang...sshhhhhh




chumel kan..yang coklat tu klip rambut, yang merah itu butang..=D

saguhati ke saguparu ke sagulimpa ke sagugendang ke aku tak kesah..yang penting aku dapat juga crochet..kau ado???  [kejilah statement]






KEDUA




Alhamdulillah hal kemalangan aku dengan kereta merah hari itu sudah hampir selesai..selesai dengan cara baik juga..takde ketuk pintu lepas tu hempuk kepala dengan anak lesung derr.....nak baling cat kat pintu rumah aku pun takderr.....cara baik Okey....bagi salam settle elok-elok punya..*tu pun sebab jiran sebelah blok sendiri,selamat aku....wwoohaaa!!!..


semalam tengahari aku dah hantar kereta yang aku langgar dengan jayanya itu ke bengkel Angah..*bukan angah adik aku...angah pomen kereta lah!...Angah kata hari Isnin dah boleh ambil...banyak juga nak kena buat..1 pintu tu bai..tetap bersyukur sebab mujur aku langgar 1 pintu, cuba imagine kalau aku langgar empat-empat pintu???? cer pikir....cer pikirr......tak ke 11 hari aku makan maggie..*nangis


Ni haa aku ada snap gambar kereta mangsa....*yang snap ni pemangsanya...bersyukur lah Kakak punya kereta Charade oiii sebab 3 lagi pintu kereta Kakak selamat..agagaggagaaa










Amacam????? *nanges laju-laju...




KETIGA




Takde cerita pun...nak enterprem sikit jer....boleh kan???? tak boleh????? ada aku kesah..huahuahuahuahua [kejinya statement]




dah langgar kereta orang pun masih berani buat muka macam ni..memang nak kena penampo cap Che'gu Senah..[motif eja cikgu macam tu???] hahaha

hai Farid Kamil..bila nak ajak saya dating??? wwoohaaaa

Kak Ernie - Aku - Kak Ti...[motif letak link blog sendiri] *sigh

Okey..Okey...ni last...
Babai!



Sunday, April 10, 2011

morning glory

bangun pukul 6.00 pagi...basuh baju dan sidai di ampaian..


bancuh segelas coffee...duduk di sofa menonton filem LOVE di astro prima sambil menghirup udara segar yang masuk dari balkoni...


sempurna.........




"terima kasih KEKASIHKU kerana memberikan aku detik ini untuk terus bernafas...semoga hari ini akan sesempurna paginya"




SELAMAT PAGI DUNIA!!!!!!!


Friday, April 8, 2011

Sudah jatuh ditimpa tangga tergolek masuk ke longkang

Bangun pagi ternampak setimbun baju yang aku basuh semalam  tak berlipat lagi…semak pandangan..dengan muka 5 sen, mulut busuk dan tahi mata, aku lipat baju-baju itu laju-laju..terus susun dalam almari..

Lepas tu iron baju

Lepas tu mandi

Lepas tu solat subuh

Lepas tu bersiap dengan slow motion..*demam la katakan……..

Lepas tu isi air dalam botol air 1500ml macam biasa buat bekalan ke pejabat…

Lepas tu turun ke tempat parking panaskan enjin kereta….

Lepas tu message Kak Nori suruh dia tunggu kat lobi rumah dia sebab aku dah nak gerak…

Lepas tu reverse kereta..

Lepas tu bersin…

Lepas tu tertekan pedal minyak..

Lepas tu terlanggar kereta yang parking kat belakang..

Lepas tu badan makin menggigil…

Lepas tu park tepi call Kak Nori suruh dia datang laju-laju...

Lepas tu duduk diam-diam dalam kereta dengan muka merah…

Lepas tu dah terbayang muka Emak…gggrrrrrrrrr

Lepas tu Kak Nori sampai tengok kereta bercalar “sikit jer ni, tak perlu ketuk, polish je ok dah ni” dia cakap…

Lepas tu terus duduk sit sebelah driver..duduk diam-diam saja…

Lepas tu rasa badan semakin menggigil…

Lepas tu sampai office…

Lepas tu rasa balik ni nak cari owner kereta keluaran tahun 80an berwarna merah kusam itu untuk minta maaf dan bayar ganti rugi jika diminta...*sudah lah engkau langgar kereta dia, engkau kata pula kereta dia kereta lama..keji!..

Lepas tu kata dalam hati, “mujur tak langgar Honda Accord atau Mazda RX3..kalau tidak 6 bulan aku makan meggie pasal nak menabung bayar ganti rugi”…ffiiiuuhhh~ tiup dahi

Lepas tu susah hati…

Lepas tu hapdate blog..

Lepas tu…………..takde dah….nak sambung susah hati..

Babai!



Nota kaki : Sesiapa tahu bengkel kereta servis baik punyerrrrrr dengan harga berpatutan area Selangor @ KL?????? Me totally blank right now…(T___________T)