CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 19, 2011

AKU SUMPAH ENGKAU JADI PETI AIS LG LEPAS TU AKU BUANG KE SUNGEI !!!!!!

Mood : Weak
Lokasi : McD Damansara Damai


Astaqfirullahalazimmm.......bawak mengucap Aniz oiii...


Hari ini aku MC. Malam tadi aku telah dimarahi, dimaki dan hampir ditampar oleh seorang lelaki gila. bukankah tidak baik mengatakan orang lain gila??? TAK PEDULIK!!!! nak cakap jugak. hanya dengan satu sebab aku memblok kereta, aku turun, bagi salam, meminta maaf sambil menundukkan kepala pada semua orang. Tiba-tiba entah dari mana datang seorang lelaki gila terpacak dihadapan aku dan memaki dengan perkataan PUKIMAK menggunakan volume 389...tak termasuk perkataan-perkataan @#$%^%$#@$%^&*&^%$#@#@  yang dilemparkan kepada aku. Malah aku sendiri juga tidak pernah diajar emak menyebut perkataan begitu. Memang super kuat suaranya. Terdiam kaku aku di atas tanah itu. This is my first experience  kena maki sepanjang 23 tahun aku hidup. 


i cant sleep for the whole night. 


Pergi klinik doktor cakap tekanan darah rendah dan incident itu telah mengganggu aku tahap kritikal. She told me that it was a big traumatic to me and thats why im sick.


HEY LELAKI JAHANAM! ENGKAU ORANG PERTAMA YANG MAKI AKU DAN ENGKAU JUGA ORANG PERTAMA YANG AKU AKAN MAKI. CONGRATS FOR THE AWARD!


ENGKAU MEMARAHI AKU YANG DATANG DALAM KEADAAN BAIK DAN MENUNDUKKAN KEPALA. ENGKAU MAKI AKU SAMBIL MENDONGAK KE LANGIT SEPERTINYA ENGKAU LEBIH BESAR DARI TUHAN. ENGKAU MEMAKAI KOPIAH DAN BAJU MELAYU LAGAKNYA MAHU KE MASJID, SEDANG ENGKAU GEMBIRA MEMAKI SESAMA UMAT. ENGKAU TIDAK LAYAK DIPANGGIL MANUSIA. SATU MAKI ENGKAU BAGI AKU, TIGA MAKI TUHAN AKAN BALAS PADA ENGKAU. DEPAN 10 ORANG ENGKAU JATUHKAN MARUAH AKU, SATU KAUM AKAN MEMULAUKAN ENGKAU. INGATLAH LELAKI, ZAMAN SEKARANG TUHAN BAYAR CASH! JANGAN ENGKAU MENDONGAK KALAU ENGKAU TAK TAHU LETAK DUDUK DARJAT ENGKAU DISISI TUHAN. PERGI JAHANAM! DASAR MANUSIA PEMIKIRAN KELAS F!!!


Aku sakit. Masih dalam trauma. Masih tidak boleh duduk berseorangan walau di dalam bilik sendiri. Manakan tidak, aku seorang yang lembut dan selalu menjadi kesayangan. Mendengar orang bercakap dengan suara sedikit tinggi juga sudah membuat aku jatuh demam, inikan pula orang menjerit hingga tegang urat leher. Mujur ada insan baik-baik disekeliling yang memujuk.


Akibatnya aku bungkus pakaian, buku, laptop, stokin belang-belang, seluar tidur kesukaan aku dan tuala comel ke dalam beg. Aku memandu keluar. Pergi jauh-jauh dari kawasan itu. Lagaknya seperti mahu lari dari rumah. Hakikatnya mungkin saja aku tidak akan kemana-mana, mungkin saja aku akan pulang ke rumah sebentar lagi. Namun aku puas..sangat puas apabila dapat memuaskan amarah sendiri.Berlakon konon-konon mahu lari dari rumah adalah perkara terpaling memuaskan hati saat ini. Bunyinya kelakar, tapi aku yang rasa. Aku hanya ada 1 rumah disini, kemana mahu lari. Aku akan naikkan balik semangat yang lemah sejak semalam. Aku akan kuat.  Sekurang-kurangnya kuat untuk balik ke rumah. Aku takkan mengalah dengan sorang lelaki hantu. 




Good night world. Do pray for me. Sweet dream.







Friday, August 12, 2011

setelah 12 hari berpuasa

Pagi ini aku telah secara tiba-tiba berasa rindu yang amat sangat untuk berpuasa ala family-family. Apalah maksud ‘ala family-family’ ??? lantaklah!. Aku rindu mahu bangun sahur dikejut manusia. Ya..MANUSIA..bukan lagu Melly Goeslow yang berkumandang dari telefon bimbit aku. Aku rindu ibu jari kaki aku ditarik Abah ketika mahu mengejut aku dan adik-adik bangun. Aku rindu mahu mendengar teriakan suara Emak yang sibuk memasak dengan periuk belanga yang menghasilkan bunyi pang pong pang pong didapur tetapi mulut tidak berhenti juga membebel. Aku rindu mahu duduk di meja makan menongkat dagu akibat menahan mata dari terpejam. Aku rindu mahu berebutkan bahagian-bahagian ayam goreng dengan adik-adik. Aku amat rindu secara drastik sebenar-benarnya bersahur nasi. Nasi dan lauk pauk yang dimasak dan kemudian dimakan secara berjemaah, bukan beseorangan seperti orang kekurangan kasih sayang. 


Aku jemu bersahur epal. Aku jemu bersahur sambil mendengar suara-suara yang datang dari TV. Bukan saja setengah, malah suku dari bahagian epal itu juga lambat-lambat aku habiskan. Akhirnya AKU KALAH.   Terasa seperti seorang LOOSER. Masuk ke bilik, bersolat dan kadangkala tidur semula selepas mengaji sebaris dua. TAHNIAH EMOSI. ANDA PEMENANG, SAYA PENGALAH. Pergi jahanam! Aku benci perasaan ni.


Tahukah kamu bagaimana rasanya berjauh dari keluarga??? TAHUKAH??? Rasanya seperti SEPI. Aku bukan seorang yang suka hidup tanpa kawalan. Aku bukan seorang yang suka memaksa diri memasak untuk makan. Aku bukan seorang penggemar fast food secara tegar. Aku bukan seorang yang suka bercakap dengan tiang yang mengeluarkan suara, kemudian secara magik makanan akan keluar dari tingkap kaca (penjelasan aku bagi drive thru).  Aku adalah pencinta nasi. Nasi dan lauk yang dimasak oleh orang-orang yang aku kenali. Tetapi mak cik di café office atau di gerai berdekatan rumah yang suka bertegur sapa, aku TAK maksudkan.


Aku tiada mood mahu menconteng lagi. Biarkan aku melayan sisa sebak yang menghentam dada secara keras ini. Status sekarang adalah demotivate diri sendiri. Tidak bagus bukan? TAK PEDULIK! TAK PEDULIK!


Bersurai sekarang. 




Wednesday, August 10, 2011

Majlis Berbuka Puasa K.A.M.I 2011




telur goreng dengan sayur yang dalam tupperware tu saya la yang masak..ehem..ehem


punyalah pemalas nak terbalikkan gambar ni..haishhh

ni namanya SHILTOX! tak beri peluang! lichin..haha


punyalah buruk perangai dak si aniz nak manipulate gambar, sian Dhia dah tinggal separuh

Baby Dhia yang bolat


yang ni tak kenal..sape ntah! ahaks

Hish! macam innocent je muka engkau ni lahai...


Thats all for today..selamat berbuka puasa =))








Friday, August 5, 2011

Ramadhan datang lagi =)


Ramadhan datang lagi…Syukur Alhamdulillah aku masih diberi keizinan olehNya untuk menikmati Ramadhan tahun ini sehingga hari ke 5 Ramadhan ni..

tiada apa yang berbeza tentang rutin seharian dalam Ramadhan kali ini berbanding tahun lepas..

hanya selalu sebak sebak sedih waktu sahur dan berbuka teringat keluarga terchenta..

selalu nak soal kenapa perlu begini, kenapa perlu begitu.huh! dasarlah kau aniz..

juadah sahur selalunya roti, epal, air suam bergelas-gelas..nasi? belum pernah bersahur nasi lagi setakat ni..

Makan berseorangan, kurang seronok rasanya nak menjamah nasi..mula dah nak emo nih! Argghhh

Juadah berbuka pun belum ada yang berlebih-lebihan dengan menu macam-nak-buka-stall-lepas-terawih lagi..Bazar ramadhan pun aku belum jejak..sangat pelik di situ yer bila kaki shopping dan kaki makan tidak ke bazaar ramadhan sedangkan ini sudah hari ke 5 berpuasa..peliklah..peliklah…

Selalu hanya beli kuih RM2.00 dekat mak cik yang jual kuih muih di ground floor rumah aku..hmm makan sorang-sorang juga..jimat dan SEDIH..eee ehhh kenapa ada SEDIH di situ???? 

Aku sangat rindu masakan emak…(T___________T)

Nak balik kampung tak boleh sebab ada kelas Ahad ni…then i need to remember about pengorbanan..again and again..hmmmm

tidak meriah lah entry tanpa gambar bukan???? those picture was taken while i'm at one of the hotel at Melaka last week...





 till then...selamat berbuka puasa....=))