CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label TAG bukan nametag. Show all posts
Showing posts with label TAG bukan nametag. Show all posts

Friday, March 4, 2011

CONTEST AKSI SI KECIL SYOK TIDUR




Sekali lagi saya telah di tag. Kali ini oleh Cik Mawaddah yang comel... Untuk itu, harus mempertaruhkan gambar si kecil yang syok tidur..sebenarnya berat hati nak letak gambar kekasih hati...tapi tak mengapa, demi tag ini saya berkorban..ececehhh...=p













 oleh yang demikian....dipersembahkan kepada semua...
















tadaaaa!!!!!
my boypren yang tengah asyik tidur akibat kepenatan selepas pulang dari sekolah pada hari pertama persekolahannya hari tu...kononnya pakcik dekat Kampung Pisang yang pergi menoreh pukul 6 pagi sampai ke tengahari punya kerja pun tidak sepenat dia..huh! sangat drama baby!














Actually he is my close friends son merangkap anak angkat saya...i love when that cutey lips call me mummy! mummy! mummy! for thousand time..i love u sooooooo much darling..more than everything...you are my sunshine Muhammad Huzaifa...i love that picture because dia tidur dengan teddy pemberian saya pada hari lahirnya yang lepas.....weeeeeee~.....=D




-untuk maklumat lanjut pasal contest ni, sila ke  SINI-









Cik Aniz nak tag 



Daddydian  - daddy, owner, penjaga, kekasih hati, kawan, lawan, dan semualah kepada seorang Dian yang chumel...gerammmm tengok dia rasa nak cubit-cubit..ggrrrrrrrr


Kak Rosaliza - yang juga ada anak comel-comel...kakak ni memang suka memasak masakan sedap sedap yang berjaya membuatkan saya gigit lengan baju sampai berlubang setiap kali baca entry dia pasal masakan...(T_______T) *kasihan...




-sekian-



NOTA KAKI : INI CONTEST PERTAMA YANG SAYA JOIN..WEEEE~

Wednesday, February 9, 2011

You are sweet Blogger like candy




Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Jonni kerana bermurah hati mentag saya sekaligus membolehkan saya untuk menerima award ni. *kali pertama dapat award, ucapan panjang sikit yer ..

kepada Emak dan Abah di kampung, terima kasih kerana telah membesarkan saya hingga menjadi sebesar ini..Kepada kawan-kawan yang tersayang, terima kasih atas sokongan anda pada saya selama ini..Kepada cikgu sekolah tadika KEMAS saya dulu, terima kasih sebab ajar saya menulis dan membaca, kalau tidak saya takkan boleh mengeblog seperti sekarang....*sila lempang saya!~

SUDAH!! SEKIAN!!


untuk mendapatkan award ini sila klik SINI ya ibu-ibu, bapak-bapak..


Dengan sukacitanya saya mentag 3 orang rakan blogger lain yang bunyi namanya sama seperti saya...*apa kah??? oOooo tiada motif terselindung..hanya suka-suka..

Cik Hanis tuan tanah blog Cik Hanis Suke Carot

Cik Anis  tuan tanah blog Complicated vs Simple

Cik Anis Izatie tuan tanah blog Living In The Future





nota bahu : sebenarnya saya rasa saya tak cukup sweet untuk menerima award ini sebab selalu blogwalking dan jumpa blogger yang jauh lebih sweet-sweet sangat sampai jerit kuat-kuat "KENAPALAH KAMU SWEET SANGGAAAATTTTTTTT!!!!!!"...Encik Jonni, saya harap anda tidak menyesal..hakhak


nota penting : sila lawati blog Encik Jonni dan follow blog dia..
saya jamin tidak akan wujud penyesalan. Jika tidak, wang anda 
akan dikembalikan....ngeeeeee =D

Wednesday, February 2, 2011

25 Random Facts About Me Myself and I!

Mak aiii lama betul nak siapkan entri ni..dah rasa macam tak kenal diri sendiri pun ada..erkkk



Tanpa melengahkan masa yang da hampir ke pukul 12 tengah malam ni, saya listkan senarai barang-barang dapur yang dah habis 25 perkara berkenaan seperti yang diminta bagi tidak menghampakan sahabat yang men’tag’ itu



(1) Anak sulung dari 4 beradik, 3 perempuan 1 lelaki.


(2) Melebihkan keluarga dalam segala aspek


(3) Sudah bekerja dan sedang menyambung pelajaran secara part time


(4) Berdikari *satu satunya pujian yang aku tak segan untuk bagi pada diri sendiri kerana hanya aku yang rasa betapa pahit dulu dan hampir manis sekarang..ngeeee =D


(5) Suka kanak-kanak..alhamdulillah tak pernah lagi ada budak reject aku setakat ni..kanak-kanak cinta saya sebab saya cinta mereka. Cinta ku tidak bertepuk sebelah tangan..yeaahhh baby!!!! (0_*)v


(6) Keburukan : selalu mementingkan perasaan orang lain sampai mengabaikan hati sendiri yang SAKIT (T____T)


(7) Kawan yang baik *mereka kata..=D


(8) I love cooking ..weeeeeee~


(9) Coklat buat saya pening so I don’t eat chocolate =)) *nak ngorat tak payah pos coklat yek ;)


(10) Satay buat saya muntah ..*kawan-kawan selalu cakap hilang nikmat dunia (T____T) tak mengapalah…what to do…waaAAaaaaaa


(11) Tidak makan kambing dan tidak dimakan oleh kambing..erkkk


(12) Pernah bercinta dan pernah terluka *ini menunjukkan yang saya gadis biasa =))


(13) Habit yang buruk – setiap pagi ketika bersiap nak ke pejabat, waktu nak ikat rambut, pasti akan bergaduh dengan diri sendiri dan barang-barang di sekeliling kerana tidak dapat menjumpai getah ikat rambut yang pada akhirnya saya akan dapati ia ada di pergelangan tangan saya. Habit yang SANGAT buruk dan ia berlaku SETIAP pagi yer adik-adik. Walaupun sebelum tidur dah pesan kat diri sendiri ‘esok cari getah dekat tangan dulu’, tapi ia TETAP berulang…sangat kasihan….. (T______T)


(14) Saya rabun


(15) Saya pakai cermin mata bila perlu


(16) Dan saya suka huru hara mencari-cari cermin mata saya yang kerap hilang…TIDAK…sebenarnya ia tidak hilang…ia ada di mata saya..Cuma saya tidak perasan..bukankah SAYA MANUSIA BIASA..=p


(17) Suka senyum…tapi bukan senyum sorang-sorang..itu GILA…


(18) Suka kucing…kucing yang KECIL…namun sangat mentakuti kucing dewasa yang bersaiz besar..


(19) Tidak suka menonton rancangan BERSAMAMU..kalau tengok nanti nangis..pengacara tu umumkan rancangan dah nak habis pun nangis..rancangan dah habis pun nangis..cerita melayu selepas itu dah start pun nangis..nak tido pun masih nangis..episod BERSAMAMU yang seterusnya nak start pun tak berhenti nangis..takut empangan pecah.. *abaikan..abaikan..


(20) Pernah menyimpan hasrat nak ambil lesen bawak superbike…tapi hasrat tinggal hasrat..nak bawak basikal pun tak lepas lagi..(T________T)


(21) Aktiviti lasak kegemaran saya…*ayat da tunggang terbalik


(22) Pernah accident waktu nak SPM..kesannya, tangan kiriku tidak berapa kuat..*tolong jangan minta diskaun untuk hantaran plisssssss =p


(23) “makcik doakan anak berjaya dunia akhirat..aminnnnnn” kerap mendapat doa dari warga tua yang pada dasarnya saya tak kenal mereka. Kadang-kadang tengah duduk ambil angin saje-saje, berhenti solat dekat masjid, atau hisap rokok di tepi tembok, ada makcik datang pegang tangan dan pipi lalu mendoakan saya seperti ayat itu. Wahai makcik makcik yang pernah mendoakan saya, saya juga mendoakan kalian..walaupun saya pelik, tapi saya menghargainya…dan saya amat terharu sampai terduduk katas katil tekup muka dengan bantal…mudah-mudahan doa kalian itu makbul…sobb sobbb…


(24) I love you *sebenarnya aku dah kehabisan idea..maaf


(25) Saya bahagia sebab dapat jawab tag ni sebelum Oktober (T_____________T)


YAAAHHHOOOOOOOOO!!!!!!!!! DAH HABISSSS!!!!!!!


-SEKIAN-



nota kaki : alhamdulillah dah selamat sampai ke kampung tershantek dan terchenta petang tadi...mood=bahagia..malam ni tido senyum nampak gusi =D