CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 7, 2011

TO FORGET AND FORGIVE

Mood - ..........
Halwa telinga - Someone like you by Adele



Lama blog ini AKU biarkan sepi. Tidak mengapa, tidak membawa makna apatah impak dalam hidup sesiapa. AKU yang diambang kejatuhan semangat dan dihempap dugaan demi dugaan, seperti sudah tidak kuat untuk menghela nafas dalam-dalam. Kalau ada pun AKU buat begitu, nafas balas yang AKU hembus pasti terasa sesak di paru-paru dan pahit di tekak. Sakit…semua ini menyakitkan. Seperti selalu semenjak duapulohtiga tahun yang lalu, AKU acap kali mampu menangani ujian yang datang. Bukan kerana aku kuat. Tapi kerana kemuliaan DIA yang tidak akan menurunkan dugaan yang tidak mampu dihadap oleh seseorang hamba. AKU sudah tidak menangis. AKU menanti hikmah yang bakal menyusul sebagai balas kepada kedukaan ini.  AKU muhasabah. JAUH….sangat jauh aku tinggalkan senyuman dan gelak tawa yang benar datangnya dari hati. JAUH….


AKU bersyukur disamping orang yang sentiasa faham
AKU bersyukur ditemani kawan-kawan yang sungguh menghiburkan
AKU bersyukur didampingi keluarga yang sungguh menyayangi


BETUL mereka langsung tidak tahu tentang air mata yang mengalir..SUNGGUH…
Kerana itu yang aku mahu..
Biar mereka tidak tahu supaya tiada ayat semangat..
Biar mereka tidak tahu supaya tiada belas kasihan..
Biar mereka tidak tahu supaya aku terus dapat merasa suasana seperti BIASA…bahagia..


AKU berdoa untuk emosi ini berubah tenang..AKU akan kekal berharap untuk itu…pasti…