CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 28, 2010

pakej peperiksaan bersekali ujian

Minggu peperiksaan dah bermula.bukan saja aku kene hadapi peperiksaan akhir UITM, tapi ‘peperiksaan’ dari-Nya juga..

24.10.10

lepas maghrib mak call bagitahu abah tengah packing barang sebab kena kursus 4 hari di seremban. Nada suara mak = excited. Suka dengar dia gelak-gelak, happy giler bercerita macam-macam.

25.10.10

awal pagi - mak call lagi. Kali ni bagitahu abah jatuh waktu tengah iron baju. Masa tu mak tengah solat subuh. Abah kata tangan dia sakit lepas jatuh tu tapi tetap berdegil nak pergi kursus jugak. Nada suara mak = sayu. Menahan sebak. Dia cuba sorok, tapi dengan magic yang aku ada, aku tahu. Tak boleh sorok apa-apa. Mak suruh pergi tengok abah dekat seremban sebab dia takut tangan abah tu something-something lepas jatuh seketika tadi.

tengahari - call abah tanya tangan dia macam mana, jawapan yang diterima ialah OKEY..sakit sikit-sikit jer.

Petang – call abah masih dengan jawapan yang sama.

Maghrib – abah call. Nada = lain macam. Suruh dia pergi klinik check tangan dia. Dia kata takde orang nak bawak atau dalam erti kata lain, dia susah sangat nak minta tolong dengan kawan-kawan dia hantarkan ke klinik. Aku mula rasa tak sedap hati.

Malam – jam 8.30pm aku gerak ke seremban. Sampai tempat abah berkursus aku nampak abah kena pimpin dengan beberapa orang lelaki yang aku tak kenal. Aku jadi kaget takut tiba-tiba. Turun kereta terus terpa abah. Kawan dia bagitahu dia pengsan waktu tengah dengar taklimat. Aku cakap “takpe pakcik biar saya bawa dia pegi hospital. Saya anak dia”. Aku kat Hospital Tuanku Jaafar dari pukul 10 sampai pukul 12 lebih. Abah masih dalam keadaan separa sedar. Tulang bahu abah teralih dari tempatnya. *sorry im not a doctor beside biology failed. Tak tahu nama kecederaan tu. Cerita ikut faham haku jer. Aku tanya doctor macam-macam sebab panic punya pasal. Macam mana dengan abah? Nak kena admitted ke? Tangan dia boleh sembuh ke? Kenapa abah separa sedar?? Bla bla bla..sepanjang tempoh doc rawat abah, aku berdiri betul-betul depan pintu wad kecemasan tu. Orang lalu lalang aku tak peduli. Dah macam patung pun ada aku rasa. Aku taknak berganjak dari situ sebab aku takut nanti doc susah nak cari aku. Sebenarnya boleh jer duduk sebab kerusi tak sampai 50 meter dari pintu wad tu pun, cuma haku degil takmo duduk. Aku ikut je mana mereka bawa abah. Pergi tempat x-ray, ct scan, x-ray lagi skali, balik semula ke wad kecemasan. “Sampai MA tu cakap tak penat ke berdiri dari tadi. Pergi lah duduk. Nanti apa-apa saya cari”. How nice. Thanks but no thanks. Saya nak ikut mana kamu bawa abah saya yer. Lepas segala jenis scan dan x-ray selesai, doc panggil. Bagitahu abah tak perlu ditahan di wad sebab tangan yang ‘teralih’ dah diletak semula di tempat asal. *buruknya bahasa. Tu la dulu belajar bioglogy main-main. Beside doc faham situasi aku yang awal-awal aku dah bagi tahu “we have no one beside no place right here. If my dad need to stay, I want to transfer him to Hospital Batu Pahat. My family was there”..dia kata abah tak perlu ditahan di wad cuma kena buat pemeriksaan lanjut di Hospital Batu Pahat. Boleh ambil surat yang dia buat dan bawa abah balik. sampai Putrajaya pukul 2 pagi.

26.10.10

Seharian jaga abah di rumah. Dia masih lemah. Pukul 8.30pm gerak ke Batu Pahat hantar abah balik. kalau boleh taknak hantar abah, aku nak jaga dia, tapi mak suruh hantar juga. Dia nak abah ada depan mata dia. Lagipun keesokan harinya aku exam. Nanti aku pegi exam takde orang yang akan jaga abah kat rumah. Tak boleh tinggalkan abah sorang-sorang dalam keadaan dia macam tu. Mak tak bagi dan aku pun tak mahu letak abah dalam apa-apa situasi bahaya. Terpaksa, tapi perlu hantar abah balik supaya ada banyak mata yang boleh melihat dia berbanding dua biji mata haku ni yang sebenarnya rabun..(T___T). sampai Batu Pahat pukul 11. Duduk kat rumah sekejap jer. Minum air secawan terus salam-salam nak balik. dah macam datang beraya. Pukul 11.45 gerak balik Putrajaya semula. Sampai Putrajaya pukul 3 pagi. Nampak tidak yang Putrajaya- Batu Pahat saya perlu buat-buat macam Ampang- Puchong jer. Nak buat macam mana. Kadang-kadang hidup tak beri banyak pilihan. Walau sampai dah pukul 3 pagi tapi mata tak mahu juga lelap sebab teringat kat abah. Air mata yang nak terjatuh aku tahan setahan tahannya. Tak mahu nangis, nanti melarat sampai esok-esok. Peringatan – esok nak exam tau.

27.10.10

Awal pagi dah bangun. Dapatlah tidur yang tak seberapa lenanya lebih kurang 2 jam. Celik je mata terus rasa nak nangis sangat-sangat. Nak menjerit kuat-kuat tapi takut mak jah sebelah baling lesung batu pulak. Nak nangis tapi air mata tak keluar. Tegar sungguh aku. Aku duduk dalam bilik, termenung sorang-sorang. Rasa patah semangat, taknak pergi exam. aku rasa lemah, terlalu lemah. Aku tak kuat untuk jawab exam dalam keadaan emosi aku tengah bercelaru sekarang ni. Aku perlukan teman saat-saat macam ni untuk bisikkan semangat kat telinga aku. Aku keluar bilik, pandang sekeliling setiap sudut dalam ruang rumah aku, yang aku nampak cuma aku. Aku takde pilihan. Perlu berseorangan. Rasa nak call mak, kak nori, kak yana, encik para-para untuk minta semangat. Tapi aku tak tahu nak cakap apa kat mereka. Rasa nak call Zu suruh dia balik time tu juga temankan aku. Tapi tak boleh juga susahkan dia. Aku takde pilihan langsung selain cuba terima hakikat yang aku memang kena hadapi hari ni SEORANG DIRI. Sampai ke tengahari aku masih duduk termenung dalam bilik dengan pandangan yang betul-betul kosong sekosong-kosongnya atau dalam kata ringkas ‘blank’. Waktu tangan belek-belek handphone tanpa sedar entah apa-apa benda yang aku buka, tiba-tiba mata terbaca satu message. “MAGIC IS U N ALWAYS U”..mata terasa panas tanda sense nak nangis dah datang. Tapi tak jadi. Aku tahan semampunya. Terus mandi dan bersiap. Sepanjang perjalanan ke dewan exam dada terasa berat sangat, kepala terasa sempit, badan terasa menggigil. Macam mana aku nak jawab exam dalam keadaan macam ni. Tapi aku tak boleh patah balik. masuk dewan, dapat kertas soalan rasa nak lari keluar, tak boleh buat sebab asyik teringat mak abah. Talk to myself ‘macam mana cara sekalipun, walaupun terpaksa menangis teresak-esak dalam dewan ni, tetap kena jawab exam. dah melangkah..tak boleh patah balik’..jam 5.15 pm exam selesai. Aku tak boleh nak bercakap langsung. Keluar dewan terus masuk kereta. Tak bercakap, tak senyum, betul-betul kosong. Alhamdulillah, dalam kepayahan DIA mengizinkan aku jawab exam ni sampai habis..Alhamdulillah…

28.10.10

Masuk office. Aku masih rasa kosong. Lemah. Takut. Berdebar-debar. Pada zahirnya aku mampu senyum pada semua orang. Tapi air mata yang aku tahan, masih aku tahan. Aku bukan pari-pari. Aku manusia biasa yang ada rasa lemah. oleh sebab itu aku menggunakan gelaran “AKU” untuk entry ni. Bukan ‘SAYA’. sebab..aku bukan nak minta simpati. Aku cuma…entah..mungkin meluahkan. Yang penting aku bukan nak minta simpati. Sebab aku tak mahu 1 hari nanti bila aku baca semula entry ni aku perlu baca dengan rasa kasihan pada diri sendiri. Biarlah perasaan yang ada waktu tu ialah perasaan bangga menjadi diri aku sekarang. Ya Allah..berikan aku kekuatan. Aku masih percaya dengan janji-Mu. “Tidak rugi bagi orang-orang yang bersabar”

-out-

Friday, October 22, 2010

BURIED

Synopsis: Paul Conroy (Ryan Reynolds) is not ready to die. But when he wakes up 6 feet underground with no idea of who put him there or why, the life for the truck driver and family man instantly becomes a hellish struggle for survival. Buried with only a cell phone and a lighter, his contact with the outside world and ability to piece together clues that could help him discover his location are maddeningly limited. Poor reception, a rapidly draining battery, and a dwindling oxygen supply become his worst enemies in a tightly confined race against time - fighting panic, despair and delirium, Paul has only 90 minutes to be rescued before his worst nightmare comes true.

(Source: Cinema Online)
*********


Semalam tersaksikan iklan movie ni kat tv..macam best..nak jadikan juadah lepas exam juga..*uisshhh exam start pun tak lagi, dah banyak aktiviti diatur..lebih nampak!..haha takpa buat pembakar semangat nak pergi exam..so..i’ve got two movie on the list, CCC and BURIED..rasanya ada lagi yang bakal menyusul kot..wink! ;)

-out-



Thursday, October 21, 2010

haruskah

its 7.22pm and im still at d office..
sangat penat...
(T____T)

Wednesday, October 20, 2010

im alive

Malam tadi ada study secara berpasangan group yang memfokuskan kepada subjek ekonomi. Ada kak ila, abang jamal dan abang wan. Kak hatiah tak dapat join sebab dia outstation. Waktu-waktu puncak dekat sangat dengan tarikh exam ni kena outstation..huh sungguh mengganggu..kesian kak hatiah. But no worries kak. Sebarang perkembangan saya akan update dari semasa ke semasa yer. Kalau lulus sama-sama, kalau gagal sorang-sorang yer..hakhakhaktui sem ni adalah sem yang sangat mendebarkan. Bukan sebab ambil 5 paper iaitu lebih 1 dari biasa, tapi sebab sem ni selalu buat saya rasa perasaan yang bukan-bukan. Takut tahap ya amat sampai diserang insomnia, selalu mimpi duk dalam dewan exam berpeluh-peluh, berdebar tahap pelik semacam *betul semacam..sampai tengah gelak-gelak tiba-tiba boleh diam, jantung berdegup kuat dan terus rasa nak baca buku, terganggu selera makan, selalu migrin, pendek kata cukup menyeksakan. Semester-semester lepas takda pun rasa pelik-pelik macam ni. Berdebar bila nak dekat exam tu normal laa..tapi semester ni, bukan kata nak dekat exam, dari mula semester sampai la sekarang tak sudah debarannya. Sampai saya rasa LEMAS tahap rasa nak berhenti belajar lah..isshhh serius tak dapat nak gambarkan perasaan seram-seram tu kat sini. Lebih-lebih lagi untuk paper ekonomi. Sangat tak confident nak pergi exam. Sampai rasa nak ambil MC 7 haribulan ni. Tapi malam tadi sesuatu telah terjadi..buat pertama kalinya untuk semester ni saya anjurkan study group untuk paper ekonomi yang saya rasa sangat susah *yang rasa terror dalam subjek ekonomi sila main jauh-jauh yer.malu saya..entry ni untuk budak baru belajar macam saya jer..=p .. sementara nak tunggu abang wan dan abang jamal datang, saya dengan kak ila pura-pura terror dengan gaya gah dan beraninya buat soalan tutorial. Saya buat tutorial 4 soalan nombor 5. Dengan ilmu yang langsung tiada di dada *sebab selalu baca buku bukan faham sangat pun, saya buat jugak soalan tu dengan gaya seorang pahlawan. *Sungguh poyo..tanpa merujuk buku langsung.100% buat menggunakan logic akal sukahati mak jah jiran sebelah jer..saya ulangi..tanpa merujuk buku langsung..supaya di akhir cerita mesej dapat disampaikan dengan jayanya..OK sambung..saya buat soalan-soalan tu sampai siap. Selang setengah jam kemudian abang wan dengan abang jamal pun sampai. No no..mereka bukan baru sampai. Mereka dah lama sampai tapi kami telah duduk sebumbung 1 tempat yang sama Cuma ruang berbeza. Mereka ingat saya dengan kak ila belum sampai, kami pulak ingat mereka yang belum sampai. Elok sangat la tu. Sampai kesudah kami saling ingat mengingat.

OK balik pada topic soalan tutorial yang saya buat tadi.

Bila abang wan datang, saya suruh dia semak jawapan-jawapan saya. saya kata “saya hentam jer abang wan. Bukan tengok buku pun. Main buat jer. Graf tu pun saya lakar ikut apa yang saya faham jer”. Abang wan meneliti jawapan saya dengan dahi berkerut. Saya dah agak abang wan mesti nak kata jawapan saya salah. Mana mungkin betul. Saya buat ikut logic, bukan buku. Tapi abang wan kata “HAH! BETUL LA NI”..whatss!!!! rasa nak melompat.betul??? isshh susah nak percaya ni. Saya boleh buat soalan ekonomi??. Point penting disini, saya bukan nak war-war kan yang saya ni seorang yang sangat bijak sampai boleh pergi exam tanpa baca buku, boleh dapat master tanpa pergi kelas, atau boleh jadi usahawan macam adi putra..bukan….apa yang saya cuba nak bagitahu ialah saya rasa yang otak saya ni lebih cenderung kepada perkara-perkara yang LOGIK. Seperti yang saya bagitahu awal-awal tadi, say a buat ikut logic, bukan buku. sepanjang perjalanan balik saya terfikir sebenarnya saya boleh buat..Cuma saya ni malas kurang rajin jer. Kalau usaha lebih sikit, insyaallah boleh lulus. Dan saya pun rasa macam semangat pahlawan melayu meresap di jiwa. Semangat nak study ekonomi. Rasa nak lupakan terus pasal ambik MC. Mana boleh menyerah sebelum berlawan. Tu namanya pengecut!. Kena usaha lebih. Mesti boleh buat. *poyonya minah ni..baru dapat buat 1 soalan..haha tapi soalan tu la yang bangkitkan semula semangat saya ibarat FK datang menyeru di telinga..ahaks! kalau lulus lah subjek ekonomi ni, saya nak kizz soalan tutorial 4..*mengaruts!..hakhakhaktui

jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan,

jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu..lalala

-out-

Tuesday, October 19, 2010

CUTI-CUTI CINTA

Filem yang akan ditayangkan pada 21 Oktober tahun 2010 bukan tahun depan atau tahun lepas. Saya nak minta Goku belanja tiket dengan popcorn dengan air. Tapi kalau tak suruh dia belanja pun, dia pasti belanja jugak sebab memang selalu pun dia yang belanja bukan saya belanja..sebab Goku baik sangat..*menanam tebu di tepi bibir sikit .. Sebab dia tak mau muncung saya panjang macam ampai mak cik jah sebelah. Mana boleh tak pergi tengok cerita Ahmad Idham. Emmm sebenarnya saya cuba menipu disini dengan menggunakan nama tuan director tersebut..erkk sebenarnya…. sebenarnya….. sebenarnya……Mana boleh tak pergi tengok movie yang ada FARID KAMIL.


Haaa kantoi suda..huhuhuruhara..Saya kan wife farid kamil wannabe..*eeiii perasan la aniz ni..takmo kawan dia..banned dia! =p saya suka Farid Kamil, dia pun suka saya. dah 4 tahun setengah kami menjalinkan hubungan cinta yang direstui keluarga..*pergi muntah hijau sekarang..Maaf saya cuba membuat onar disini. OK serius. Saya memang minat FK sejak zaman rempah ratus adabi mula diperkenalkan lagi. Nampak tidak tempoh yang lama disitu??? *adabi establish tahun bila ek??erkk. Semua movie dia mesti tonton. lagi-lagi kalau cerita cintan cintun dan ada The Adorable Lisa Surihani. Dan Cuti-Cuti Cinta mesti tonton tidak lama lagi walaupun takde Lisa tapi Nora Danish punya cute pun sama waktu dengannya. Point yang penting disini adalah bukan sebelum exam tamat. No No Nooo nanti kene marah dengan Goku. Filem ni akan dijadikan juadah utama bagi meraikan tamatnya peperiksaan bagi semester ni nanti. Harus booking tiket awal-awal or else luka lama berdarah kembali. plan beriya nak tengok movie, sampai-sampai tiket habis. Kesudahannya hilang mood, muncung lagi panjang dari hidung pinochio yang menipu ibunya..bukan-bukan..ayahnya. Jadi Goku..adalah menjadi tanggungjawab awak untuk booking tiket awal-awal tahu. Kalau tidak, saya bilang sama mak saya..1 2 3 4..lalala juz cant wait for CCC soon!!!!

-out-