CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 25, 2011

Pergi ke pasar membeli sayur, membeli sayur bersama abah..sila sambung pantun ni..=p

Mood : happy walaupun sakit tekak
Halwa telinga : ungu-percaya padaku


Hari ahad lepas emak telah membuat kenduri doa selamat jadi aku balik kampung lepas kerja hari Jumaat. Pagi-pagi sabtu aku telah merajinkan diri mengikut Abah ke pasar untuk  membeli seekor lembu…TIDAK..saya tipu sahaja..beli sayur..bukan lembu…kalau beli seekor lembu itu bermakna nak buat kenduri kawen saya..YABEDABEDUUUU!!!!! *gewdiks la engkau aniz

Entah kenapa setelah sekian lama tak keluar awal pagi di tempat kelahiran sendiri sebab selama ni balik kampung pun duduk terperap kat rumah 24 jam, aku rasa perasaan yang sangat berbeza. Rasa sangat bahagia..haaa gila kau, pergi pasar rasa bahagia..meroyan mak noks!

Kami pergi bertiga..Aniz, Abah dan Adik Ucu…Emak tak ikut..haaa belanja untuk kenduri, dan EMAK TAK IKUT! Gila berlagak kau…dah lah 3 orang yang pergi ni BUTA PASAR!...tahu tak apa tu????

BUTA PASAR  tu ialah tidak dapat membezakan sesuatu barang di pasar secara normal..sebagai contoh ikan kembung boleh jadi ikan selar, ikan tenggiri serupa dengan ikan keli….MA SA A LAH………..*geleng-geleng kepala …kami nak beli apa pun semua nak kena tanya penjual  tu..contohnya…


“Mak cik, emak saya nak masak 60 ekor ayam, jadi berapa kilo lengkuas saya nak kena beli yer???”

Beberapa saat kemudian, duit dan lengkuas bertukar tangan..

Setibanya di rumah……..

“MAKKKKKKKKK AAAiiiiiiiiiiii……. Berapa ekor lembu kita nak masak ni sayang ooiiiiiiii…..sampai 1 beg plastic besar awak beli lengkuas ni!”

“Laaaaaa mana la along tahu…mak cik tu kata banyak ni, along beli la banyak ni..nanti tak cukup emak marah”

“Laaaa kamu tanya dekat dia, kalau boleh 1 bakul dia suruh kamu beli..dia tu menjual..”

“lalalalalalaalalallalalaaaa…..” *muka innocent

Begitulah ceritanya……….





Abah dan Adik Ucu


kopi itu sesuatu keperluan asas yang sangat perlu bagi keluarga kami

saya telah terpikat dengan seutas jam berwarna purple yang saya nampak di kedai ini lalu terus membelinya dengan harga RM9.90 sahaja..*heppie!


Mak cik ini peramah


Eee Ehhh...Mak cik ini lagi..glamer la mak cik oiii..hihi

Abah ajak lepak kat Momamed Ali punya kedai..

Sedap wooo...RM1.00 jerr...boleh makan banyak-banyak...

sepanjang lepak di kedai Mohamed Ali..jam saya kena bahan dengan Abah..

"apa laa beli jam 9 hengget..90 hengget takpe juga..hahahahahaha"


(T_______________T)  
nanges laju-laju
Tak mengapa...saya bukan banyak duit nak beli jam mahal-mahal macam kamu semua...tapi saya ada wawasan!...ahaks....


Aarrgghhhhh ada aku kesah...biarlah 9 hengget pun..asalkan ia purple...sekurang-kuurangnya kalau jam itu rosak esok pun, saya tak lah terkilan macam orang yang pakai jam 1,600 hengget...buweeekkkkk!!!!!! =p


Gambar waktu kenduri tak sempat ambil sebab busy gilerrrrrrr dengan tetamu mencecah 300 orang...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....syukur...

Pengajaran baru - 


"Kadangkala perkara-perkara kecil yang kita nikmati dengan hati yang besar, boleh jadi sesuatu yang amat bermakna dalam satu bahagian kehidupan..-Aniz,2011"



nota kaki - saya harap saya ada DSLR....(-___-)



Monday, May 16, 2011

Setelah sekian lama tidak mengupdate blog

haa hambik ko..giler glamor aku buh gambar saiz A3 ni..=p


Macam-macam yang sudah terjadi..sumpah acik aniz ni tak tahu nak mula dari mana….wwooohaaaa


Berdirinya saya disini adalah untuk mengajak tuan-tuan dan puan-puan sekalian…erkkkk  ciss!!! Politik…….politik……….pengaruh betul!



Back to da story….

Lama menghilang bukan kene sorok dengan Hantu Kopek..jauh sekali Hantu Kak Limah..bukan juga  terpikat dengan jejaka Lombok lalu ikut mereka pulang ke kampung…jejaka KL boleh jadi…bukan juga buat keputusan nak stop berblogging bajet dah diva ada 17 ribu ratus juta follower yang pegi sana sini ada orang minta sain….BUKAN sama sekali..


Tapi aku sangat sibuk…

Menguruskan diri yang tak juga terurus-urus…

Sibuk dengan final exam..

Sibuk kerja..

Sibuk ronda-ronda kampung bajet nak ganti Sarip Dol..

Sibuk berkasihan… abaikan! abaikan!    >_<

Setiap hari terdetik nak mengupdate blog…malangnya itu cuma datang sedetik dua..bukan SEDETIK LEBIH macam lagu Abang Nuar..sob sobb....


SEKARANG

Alhamdulillah…

Exam dah habis..aku menghabiskan setiap detik yang ada dalam cuti semester atau lebih tepat Cuti-Dari-Baca-Buku-Atau-Hafal-Formula-Subjek-Mikroekonomi yang tak berapa nak lama ni dengan aktiviti-aktiviti yang digemari..

Contohnya:-

Beeeeerrrrrcccccuuuuuuttttiiiiiii di tempat bersuhu rendah…maaf letak huruf banyak-banyak sebab over happy nyah!





Selain daripada itu, aku juga menghabiskan masa terluang dengan meronda-ronda kampung sambil main permainan sesat-sesat….syok oooo… siapa sesat dulu, dia kena berhenti tanya orang, lepas tu siapa dah tanya orang tapi tak jumpa jalan juga sebab tak faham bahasa punya spesis, dia kena nangis esak-esak dalam kereta menginsafi dosa silam….best kan??? (T___________T)

Selalu aku tanya

“ex kus semangat encik, tumpang tanya, macam mana saya nak balik rumah dari sini???”

Atau

“tumpang tanya mak cik, mak cik ada anak lelaki single yang muka macam Remy Ishak tak??? Kalau ada saya nak tanya sikit ni..kalau takde saya nak pergi tanya orang lain..sebab saya dah sesat nak ke Petaling Jaya tadi tiba-tiba nampak sign board 500 METER PLAZA TOL KAMPUNG PISANG

Nampak tak? Nampak tak???? Betapa stylonya pertanyaan aku..lepas tanya mesti semua orang pun nak buat muka pelik-pelik…untuk mensedapkan hati, anggap je laa dorang tengah fikir “eeiiii chumelnya budak niiii”….wooohaaaa!!!!

Tidak dilupakan juga, aktiviti terpaling digemari iaitu mentonton cerita CSI, Hawai Five-O, House episode sama 18 belas ratus ribu kali…aku sangat setia dengan itu Chanel 701..lebih dari aku setia dengan Kopi cap Kapal Api…Aku OBSES dengan CSI!!!!!!!!!! 

bila awak nak datang Malaysia makan cendol dengan saya??? Oppsss saya tak makan cendol..hahahaha


dah kering idea...nanti ada masa i update lagi...lagi lagi lagipun kan....bila dah lama tak update blog ni, datang pula rasa janggal pada kepintaran mengolah ayat...hahahahampeh...

-sekian-


nota kaki : aku nak ucapkan 88 ribu ratus kali terima kasih kepada insan-insan yang rajin nak follow blog ni walaupun dalam tempoh yang lama aku tak update blog, tapi angka follower itu kelihatan bertambah...syukur masih ada yang sayang...*bajet warga emas kurang kasih sayang..hahaha...macam biasa..u follow me, i folloowww u back..fair okey...88 ribu ratus kali terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang rajin nak singgah sahur kat sini walaupun takde entry baru..walaupun i tak sempat berblog walking kat blog u ollsss...(T____T) maaf yer....thank u soo much from the deeeeeepeeeer side of my heart....mmmuuaaahhh!!! korang memang terbaeekkkkk wwookkkkk!