CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA (tiba-tiba)

Rindu dekat belog ini. Kasihan dia lama ditinggal. Maaf lah belog, aku ada bermacam-macam hal yang super penting, lebih penting dari isi engkau dengan entry baru. Bermacam-macam hal yang dah terjadi sampai aku rasa kalau aku mengarang disini, pasti akan jadi seperti buku yang terkoyak beberapa helai mukasurat sebab cerita tak lengkap dan banyak potong-potong.

Bermacam-macam hal yang terjadi, yang best, yang tak best, masuk hospital, ulang alik hospital, ulang alik klinik kesihatan, check hitu, check hini..haihh Pendek cerita, aku tak sihat. Buat masa sekarang, aku langsung tak berminat nak berbelog, membaca belog apatah lagi menghadap PC. Dalam keadaan aku yang serabai, tak berapa nak terurus dan sangat pemalas sekarang, buka belog adalah sesuatu yang memualkan. Nampak tidak???? MEMUALKAN…Bukan buka belog sahaja, malah buat apa-apa juga adalah selalu memualkan termasuk MAKAN. Ye, sudah lama aku tidak lalu makan. MAKAN adalah sangat mengambil masa sekarang ini tahu. Setengah senduk nasi bersamaan setengah jam makan, kadang-kadang lebih. Tiada lagi makanan kegemaran termasuk AYAM-GORENG-YANG-TERCHINTA dulu dalam kamus hidup aku. Gila engkau aku boleh tidak minat ayam goreng!!! Jangan kata ayam goreng, ayam masak kicap, ayam masak sambal, engkau umpanlah ayam masak apa sekalipun, sungguh aku takkan sentuh. Berapa ramai tokey ayam bankrup sebab aku dah tak makan ayam..HAHA Berat badan aku juga sudah hilang 6 kg. Sangat tidak bagus. Kenapa??? Nanti lah belog, kalau ada masa aku bercerita pada engkau yer. 

Tinggal sehari je lagi umat islam berpuasa, lepas tu raya. Raya tahun ni sangat tidak bersemangat. Apa nak jadi sekalipun, lantak. Aku malas, sangat malas. Baju raya, sepasang pun takde. Kuih raya ke apa raya ke aku dah tak kisah. Sangat tak macam tahun-tahun sudah. Satu-satunya persiapan yang aku buat untuk raya kali ini adalah menyediakan duit raya untuk budak-budak. Itu adalah wajib kerana dalam rezeki aku ada bahagian orang lain yang mesti dibahagi-bahagi. tapi itupun last minit punya kerja. Takde bank dah nak terima duit aku untuk tukar. Penyudahnya minta tolong mak usu. Tak pernah-pernah macam ini..haihhh

Tahun ini juga buat pertama kalinya beraya di Bandar, bukan di tempat selalu. Orang balik kampung, aku balik Bandar. 


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN.


TAQOBBALALLAHU THOA’TAKUM (Semoga Allah Menerima Ketaatan Yang Telah Dipersembahkan),

TAQOBBALALLAHU MINNA WAMINKUM SOLEHAL A'MAL (Semoga Allah Menerima Segala Amal Baik Dari Kami Dan Anda Semua).

 “Adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW apabila menjelangnya hari raya mereka saling berkata antara satu sama lain dengan doa TAQOBBALLAHU MINNA WAMINKUM”

 MINAL A'IDIN WALFAIZIN, KULLU A'M WAANTUM BIKHAIR…