Rindu dekat belog ini. Kasihan
dia lama ditinggal. Maaf lah belog, aku ada bermacam-macam hal yang super
penting, lebih penting dari isi engkau dengan entry baru. Bermacam-macam hal
yang dah terjadi sampai aku rasa kalau aku mengarang disini, pasti akan jadi
seperti buku yang terkoyak beberapa helai mukasurat sebab cerita tak lengkap
dan banyak potong-potong.
Bermacam-macam hal yang terjadi,
yang best, yang tak best, masuk hospital, ulang alik hospital, ulang alik
klinik kesihatan, check hitu, check hini..haihh Pendek cerita, aku tak sihat.
Buat masa sekarang, aku langsung tak berminat nak berbelog, membaca belog
apatah lagi menghadap PC. Dalam keadaan aku yang serabai, tak berapa nak
terurus dan sangat pemalas sekarang, buka belog adalah sesuatu yang memualkan. Nampak
tidak???? MEMUALKAN…Bukan buka belog sahaja, malah buat apa-apa juga adalah
selalu memualkan termasuk MAKAN. Ye, sudah lama aku tidak lalu makan. MAKAN
adalah sangat mengambil masa sekarang ini tahu. Setengah senduk nasi bersamaan
setengah jam makan, kadang-kadang lebih. Tiada lagi makanan kegemaran termasuk
AYAM-GORENG-YANG-TERCHINTA dulu dalam kamus hidup aku. Gila engkau aku boleh
tidak minat ayam goreng!!! Jangan kata ayam goreng, ayam masak kicap, ayam
masak sambal, engkau umpanlah ayam masak apa sekalipun, sungguh aku takkan
sentuh. Berapa ramai tokey ayam bankrup sebab aku dah tak makan ayam..HAHA Berat
badan aku juga sudah hilang 6 kg. Sangat tidak bagus. Kenapa??? Nanti lah
belog, kalau ada masa aku bercerita pada engkau yer.
Tinggal sehari je lagi umat islam
berpuasa, lepas tu raya. Raya tahun ni sangat tidak bersemangat. Apa nak jadi
sekalipun, lantak. Aku malas, sangat malas. Baju raya, sepasang pun takde. Kuih
raya ke apa raya ke aku dah tak kisah. Sangat tak macam tahun-tahun sudah. Satu-satunya
persiapan yang aku buat untuk raya kali ini adalah menyediakan duit raya untuk
budak-budak. Itu adalah wajib kerana dalam rezeki aku ada bahagian orang lain
yang mesti dibahagi-bahagi. tapi itupun last minit punya kerja. Takde bank dah
nak terima duit aku untuk tukar. Penyudahnya minta tolong mak usu. Tak pernah-pernah
macam ini..haihhh
Tahun ini juga buat pertama
kalinya beraya di Bandar, bukan di tempat selalu. Orang balik kampung, aku
balik Bandar.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN.
TAQOBBALALLAHU THOA’TAKUM (Semoga
Allah Menerima Ketaatan Yang Telah Dipersembahkan),
TAQOBBALALLAHU MINNA WAMINKUM
SOLEHAL A'MAL (Semoga Allah Menerima Segala Amal Baik Dari Kami Dan Anda
Semua).
“Adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW apabila
menjelangnya hari raya mereka saling berkata antara satu sama lain dengan doa
TAQOBBALLAHU MINNA WAMINKUM”
MINAL A'IDIN WALFAIZIN, KULLU A'M WAANTUM
BIKHAIR…