CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 21, 2011

ini cerita Sabtu lepas


Awal-awal pagi Sabtu, aku telah dipaksa berjaga dari mimpi yang tak sudah. Memang sungguh-sunguh mimpi yang tak sudah. Dah lah tak sudah, ngeri pulak tu. Aku mimpi aku pergi berjalan-jalan ke Jalan TAR, lepas tu nampak orang ukir inai, aku bayar RM10 hengget dan tangan aku siap berukir inai selepas 15 minit, lepas tu ada orang melamar, lepas tu sarung cincin, lepas tu aku menjerit AAAAAaaaaaAAAAAAAAaaAAAa!!!!!!!!!!!!!!!!, lepas tu berbungkas bangun lelaju, lepas tu cubit peha kiri, lepas tu peha kanan pun terasa *watevalah aniz... Memanglah aku kena betul-betul bergagah bangun awal di hari minggu tu kerana mimpi itu tersangatlah sesuatu yang gggrrrrrrrrrrr..duh!

Selepas terbangun secara seram-seram sejuk, aku pun bersiap sepantas mungkin. Jam 8.00 pagi gerak ke rumah Kak Nori. Sampai Taman Wetland pada jam 8.15. *tiba-tiba perenggan ni macam takde kena mengena dengan perenggan di atas..tukar topil ler tu....haha

Kawan-kawan lain belum sampai. Aku berjoging dulu ala-ala gadis berstamina tinggi. Yer...tersangat la ala-ala alalaaaaaaa sampai perlu berhenti setiap sepuluh langkah. Gara-gara sikap malas bersenam semenjak dua menjak ni, jangankan berjoging, berjalan laju sedikit pun aku semput...-DUH 

Program yang dirancang sepanjang minggu lepas akhirnya menjadi kenyataan. Kami melakukan aktiviti berkayak pada pagi itu. BERKAYAK adalah sesuatu yang asing sebab aku tak pernah lagi cuba try test melakukan aktiviti itu sebelum ini. Pengalaman yang sangat KELAKAR sebab kayak tu maju ke hadapan, semakin lama semakin menjauh dari tepian, namun MALANGNYA kayak itu bergerak secara berpusing pusing. ITS OKEY! ITS OKEY BEBEH! asalkan ia bergerak walaupun kena gelak orang keliling 
T___________T

OK FINE kau orang nak gelak secara berguling ker, nak snap picture aku lepas tu post kat FB ker, nak rakam video pastu upload kat utube ke, apa ada hal...sekurang-kurangnya aku berani. kau hado??? =p

muka cover semput lepas jogging

maisara dengan parents dia naik paddle boat

came on der..yiihaaaa!!! hahaha

weewit!

mereka ni macam pro..kesana sini secara bebas dan bersuka ria..tak pusing-pusing macam kayak aku (T_T)

menahan panas yang terik

Afina pun ada

 Balik ke rumah, terus masak bubur sebab lapar. Boleh makan bubur saja selama beberapa hari sebab lelangit dalam mulut aku ni sakit macam bengkak yang tak berapa nak bengkak. Namun, memang sakit..sakit sakit sakit...makan nasi pun kena sebijik-sebijik kalau tak meleleh air mata menahan sakit. Kalaulah aku makan sesenduk nasi, tapi nasi itu dimakan secara sebijik-sebijik, agak-agak bila aku nak siap makan??? duh! Sebab tu kena makan bubur.

Lepas makan bubur, lepak atas sofa sambil tengok tv. Lepas tu terlayan cerita hindustan yang bertajuk BABUL kat TV2..lepas tu nak dekat ending cerita, aku TERmengalirkan air mata. Sangat WTH!!!! hek elehhhh anizzz....tengok cerita hindustan menangis siottttt...gila hati tisu!!!!! WATEVA! 

Seingat aku kali terakhir aku menangis time tengok TV adalah lebih kurang 10 tahun yang lepas..macam "entah apa-apa" sangat aku rasa...hahahahancus


Disebabkan terlalu penat, mimpi ngeri, bangun awal, berjoging, berkayak, menangis tengok cerita hindustan lagi, aku terlena jugak petang tu. Hampir maghrib baru aku terjaga. Bangun dari tidur, Zu ajak pergi KL. Dia mengidam nak makan Fish n Chips dekat Chop N Steak Kampung Baru. Terkebil-kebil aku dengar selera mengidam dia. Bukan masalah Chicken Chop ke Fish n Chips ke, Chip n Dale ke, masalahnya AKU TAK TAHU JALAN. Memandangkan sesat dan aku sangat sebati, aku layankan jugak memberanikan diri memandu ke KL. Selepas hampir 1 jam 30 minit mencari jalan, akhirnya sampai ke destinasi yang dicari. fiuhhhhh~ *tiup dahi..
Syukur alhamdulillah..cari Kampung Baru 1 jam setengah, kalau pergi PD pun dah lama sampai bai!..Nak buat macam mana, Zu tak berani bawak kereta dalam KL, aku lah yang kena bertabah drive malam tu..huhu 

orang mengidam

orang yang tak dikenali

orang lelaki yang pandang aku senyum-senyum lepas tu tiba-tiba nyanyi lagu KEKASIH HALAL dari WALI BAND yang liriknya berbunyi "Dia gadis bertudung merah Hatiku tergoda tergugah Tak cuma parasnya yang indah Dia baik dia soleha"...lepas tu Zu cakap, "Aniz aniz! dia tengok aniz!"..ada aku kesah...tak payah nak perasan sangat kot....lalalalalalala

orang yang pakai tudung merah tapi tak perasan..weewiit!!!

-Cik Zu, lain kali kita pergi CNS Seri Kembangan jer yer...pliissssss jangan mengidam yang dekat Kampung Baru lagi........wink! >_<

Aku kena migrain yang agak teruk malam tu. Doktor tak saran aku drive waktu malam sebab aku rabun, silau tinggi, bila terdedah kepada terlalu banyak lighting, aku akan kena migrain. Tapi aku kan degil dan gila berlagak. Jadi aku selalu jer merayau waktu malam, lepas tu sakit kepala guling-guling dalam bilik sambil cubit peha kiri, peha kanan terasa..wateva!

Sampai je rumah, basuh muka, basuh kaki, tukar baju, makan ubat, tidur tak sedar diri sampai pagi. fiuhhhh~

-berakhirlah kisah sabtu-















6 cakap-cakap:

M a W a D D a H

eh..adah same lar cam aniz..silau tinggi dan skrg ni kalau nk bwk moto mlm2 da kena pakai spek...silau tingi memang merah mata+sakit kepala...adah dah rasai tu sume...

Echa

waahhh..syoknya naik paddle boat tue..
hehe..

ankeljonni

harharhar... sabtu yg meriah...

Mata Pena Fadz

wah...yunk...perenggan first tuh..psl kwin..eherm..bile lgi...???? nti jgn lupe kite taw....bab kayak tuh mmg besh....da dew geng ni :)......ceh.....yg last part tuh....guy tuh nak ngurat awk lew tuh....ceh... heee :)
sweet :)

Aniz

MaWaDDaH - (T_______T) sakit kan adah...xblh nak drive malam, mmg kne jd budak baik dok rumah..kecuali kalau aniz nak tukar jadi budak degil hehehe



echaRichie - xtau ler best tak..maisara yang naik..yg penting murah ahaks!



Encik Jonnie- mmg meriah...lagi meriah kalau AJ join..harharhar



Mata Pena Fadz - lama lagi la yunk kawin..huhu klu ada jodoh nnt insyallah ada la smpi kad kat fadz..huhu pasni kita g kayak sesame yek...=D

PCL

wah bestnya beriadah la plak..