CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 15, 2011

entry pertama dalam usia 23 tahun

Motif engkau sebenarnya apa Aniz bubuh tajuk entry gitu??? Lantaklah! Lantaklah!




 Macam biasa ramai yang wish pada 9-11 haribulan hari tu. Ada yang wish awal, ada yang wish on that day, dan ada juga yang wish belated. Ada nak jadi yang pertama, ada nak jadi yang terakhir. Tak mengapa-ngapalah. Bila pun kamu semua nak wish, aku tetap bahagia, kerana ada orang yang ingat tarikh lahir aku. Kalau sebenarnya kamu lupa, tapi ada orang lain tolong ingatkan lepas tu kamu cakap "ehhh terlupa laaa...heppie besday anizz!!!! Muah Muah Muah"....pun aku redha.Tambah-tambah bahagia bila tahun ni ramai rakan-rakan blogger yang wish. Alhamdulillah...kurnia bahagia Tuhan beri sekali lagi. Sehari sebelum hari lahir, aku dapat message bahagia.....


Selamat Harijadi! nikmati panggilan suara Maxis ke Maxis PERCUMA pada 10/06/11. Ganjaran Hotlink untuk pelanggan setia kami. Caj biasa dikenakan untuk servis lain.



 Terima kasih MAXIS...(T_________T)  *konon-konon terharu


Tapi kan Maxis, disebabkan message kamu juga la aku terganggu. Dah jadi satu kerja pula aku terfikir-fikir siapa je lah yang aku nak call secara free 1 hari ni. Malam 10 haribulan tu, aku nak tidur awal sebab tiada kerja lagi yang perlu dilakukan. *macam best giler bunyinya, tapi percayalah, tak best pun bila tak tahu nak buat apa di hari lahir.  Akhirnya, ketika bergolek-golek atas katil sambil nyanyi lagu Twinkle-Twinkle Little Star, aku tergerak hati nak memanfaatkan hadiah dari MAXIS dengan meng-call Abah. *Ceh! konon tergerak..mengaku je lah Aniz yang sebenarnya engkau nak call emak TAPI engkau tak mahu. Konon-konon merajuk dengan emak sebab tahun ni pertama kali seumur hidup emak tak wish birthday engkau kan? kan? kan?? SHUT UP!!!

Malangnya, tak dapat juga cakap dngan Emak sebab Abah kata emak pergi kenduri. Lama aku berbual dengan Abah. Bukan senang nak dapat cakap dengan Abah. Aku rindu Abah. Abah adalah orang yang paling senang aku nak rindu dalam dunia ni. Even kalau balik dari kampung hari Ahad, malam Ahad tu aku dah boleh tidur menangis ingat dia. Apa ada hal! hahaha 

Aku rasa perbuatan paling mengannoyingkan pada 10 Jun bersamaan birthday aku hari tu adalah sebelum aku letak phone lepas cakap dengan Abah, aku sempat suruh Abah panggil Adik Ucu. Yang "tak boleh blah" kata bebudak zaman sekarang ni adalah aku sempat pesan kat Adik Ucu 


Dengan nada rajuk berbackground muzik "Bila Kekasih Mula Merajuk"


Aniz : Dik, hari ni Hari Lahir Kak Long tau!

Ucu : Ok. Heppie Besday *gila takde perasaan adik aku

Aniz : Emak lupa birthday Kak Long!
 
Ucu : Hahahahahahahahaha * memang sah perasaan engkau ni kejam ucu  (T________T)

Aniz : Cakap kat emak, kenapa lupa???? Assalamualaikum! bai!. Pangggg!!!!! (konon-konon bunyi letak ganggang. padahal pakai handphone. Gila drama.)


Keesokan harinya Emak call

Aniz : Haaaa tak payah pujuk! tak payah pujuk! Orang cakap awal-awal ni tak payah pujuk! *masakan Emak boleh lupa tarikh manusia pertama yang dilahirkannya selepas 9 bulan dikandung ini??? gila ego!

Emak : Hahahahaha emak minta maaf sayang. Emak lupa. sibuk dengan kenduri rumah sedara kita tu. 

Aniz : *mula cair 50%

Emak : Selamat Hari Lahir.... Emak doakan panjang umur, murah rezeki bla bla bla bla bla......jodoh.....bla bla bla

Aniz : Terima kasih emak. *kerak nasi kalau di bubuh air, lama-lama cair. Okey..cakap dekat diri sendiri! hahaha



hadiah dari Zu di subuh hari sebelum aku mandi lagi..hahaha

Aniz  + Kak Yana = berantakan!

Disebabkan aku tak makan kek krim krim ni..CC kat tempat aku sudah berbaik hati membuatkan kek oren yang sedap..Thank u CC..muah muah...

aku buat roti jala pagi tu, bawa ke ofis makan dengang kawan-kawan. Kak Ernie bawak nasi goreng..CC bawak karipap..makan ramai-ramai..heaven!




OKEY sekian aku sudahkan cerita hari lahir setakat ni saja. 
Lepas ni mula Chapter lain, 
cerita yang baru. 
>_<



"Ya Allah..aku bersyukur dengan nikmat usia yang Engkau beri..Semoga peningkatan usiaku selari dengan kematangan dan kewarasan fikiran. Jadikanlah aku hambaMu yang beriman, Manusia yang bijaksana, Wanita yang lembut, Anak yang solehah, Isteri yang taat, Ibu yang mithali dan Insan yang sentiasa dicintai..Kurniakanlah aku seorang lelaki yang mencintaiMu lebih dari dia mencintaiku...Berikanlah aku hidayah agar aku tidak terus menzalimi diriku wahai Kekasihku...aminnn ya rabbal alamin...."




nota siku : ada kawan tegur "aku tengok mata engkau makin lama makin kecil sampai tak nampak dah wei!" haiyoooo haiyooo.....nak wat guano tu!
   

14 cakap-cakap:

Senorita

hehehe.. happy belated bday gurl! ;)

DaddyDian

Aniz.. happy belated besdey.. abg lupa lah ( cewah... mcm la aku ni kenal nko sgt).. hehe~
Anyway.. coretan yg membuatkan org tersenyum membaca.. sungguh ikhlas dari hati.. ( komen ala2 kak Ogy kritik plajar AF9)

Kak Rosaliza

assalam aniz...happy belated birthday ya...semoga apa yg di idamkan akn tercapai

M a W a D D a H

seronoknya ade org smbut besday die...:)

nape xcall adah...dah tau2 free...:p

Amanina Sofea

wah teharunya sya slah sorg follower yg wish :)
mak & anak xdpt dipisah kan..

LittleGurl

happy bufday sweety!hey we share the same years. LOL

Aniz

senorita - thank u dear =D


Daddydian - wakakaka buat2 kenal je la...ni mcm over dr kak ogy dah ni...hahaha
thank u so much =D



Kak Rosaliza - terima kasih kak...insyallah.....=D


MaWaDDah - dah try call tapi dia kata da number u r calling is busy..hehehe sila cuba tahun dpn..hehehe



Amanina Sofea - aniz lagi2 lah terharu..thank u so much....muah! hehe



LittleGurl - thank u so much..oooo ok...88 batch byk ong maa...hahaha

::FAIZ FARISH::

sedap tak kek tu?

mOon jOhari

...tQ sudi fOllOw tentAng bOolan...

adiah pe 2...cepat la bukak....

Aniz

FAIZ FARISH - sedap!!!!!!!! sluurrpppp leleh ayaq liuq


moon jOhari - sama2...tq jgk sudi follow aniz...dah bukak dah laa..=D

PCL

pokcik nk ucap jgk ni..hepi2 belated besday...adik manisss...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine

alamak.. hope xterlambat nak wish yerk.. happy birthday k.. hope segala impian akan tercapai :)

Aniz

PCL - terima kasih =D



Taufiq Ariin a.k.a Topimagine - terima kasih...lambat pun takpe..insyallah...=D

pijut

hepi besday....:-)