CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 3, 2010

kenapa perlu.....

pada jam 9.60pm masih di pejabat dengan mata yang separa terbuka, pinggang yang ramping sengal, bahu yang lenguh. secara tiba-tiba, tanpa rasa segan silu kepada makhluk di sekeliling, aku membuka folder 'music' di komputerku, lantas aku meng'click'  pada lagu 'glory glory man united' dan dengan muka sesuci lebaran juga tanpa rasa bersalah langsung kepada persekitaran sekarang, aku meng'up'kan  volume speaker yang tak seberapa besarnya ini kepada kadar tertinggi yang tak tercapai dek akalmu. situasi ini bukan sahaja membuatkan kak noriy terlonjak ceria dan terus mengoogle lirik lagu tersebut (kerana kami 1 team), malah perbuatanku jua telah mem'bulu'kan bahkan menanahkan telinga abang khairul yang mengeji perbuatanku kerana ianya dikatakan mengganggu perbualan beliau dengan cewek terchenta di talian telefon. aaAaaahhHhhhh ada haku kesah!!!!. lebih baik aku membuat bising dan mengganggu kalian dari aku menjadi sleeping beauty di atas meja officeku yang tak seberapa selesanya ini..wakakakakakaka waka waka eeEe Eeee..

haruskan ini terjadi pada setiap jumaat malam yang sepatutnya ku nikmati dengan berlibur sakan bersama rakan-rakan atau sekurang-kurangnya menonton ulangan CSI di chanel 701..(T__________T) *terus memasang lagu 'aku mahu pulang' dari bendi amuk