CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 2, 2010

A phone call

Dari seorang doctor yang merawat abah. Sangat terkejut. First time dapat call dari doctor, terkezut juga. Waktu saya uruskan pendaftaran masuk wad untuk abah waktu abah dimasukkan ke hospital aidiladha hari tu, memang saya bagi nombor telefon saya supaya kalau ada apa-apa saya akan dapat tahu dulu. Tindakan sebegini diambil kerana tak mahu kalau mereka call abah dan bagitahu something yang kurang sedap didengar, abah akan terkejut dan takut-takut dia akan terkena serangan jantung pulak sebab before this dia pernah di suspect strok. Sangat seram…gggrrrr… OK berbalik pada panggilan telefon dari doctor itu tadi. Dia minta abah datang ke hospital untuk buat ujian darah sebelum abah di refer kepada Hospital Sultanah Aminah, JB untuk menjalani ujian MRI pada bahu dia. Abah masuk wad hari isnin hari tu dan dah keluar wad semalam. Dalam bulan ni saja dah dua kali abah masuk wad. dalam bulan ni juga dah tiga kali abah terkena shoulder dislocation. Sangat membimbangkan kami sekeluarga. Saya tak dapat balik tengok abah hari isnin hari tu sebab dah takde cuti. Dan emak pula cakap “tak payah la balik, abah OK. Abah kena tahan wad pun sebab doctor nak buat pemeriksaan lanjut pada bahu dia sebab bulan ni dah tiga kali dislocation. Jangan lah risau. Mak dengan angah kan ada boleh jaga abah. Lagipun abah sangat ok”..maaf emak, tapi kata-kata mak tidak dapat mengurangkan walau sedikit kerisauan di hati aniz. (T______T) setiap kali mak atau abah masuk wad, saya akan jaga mereka 24 jam tanpa balik rumah langsung. Dari saat mereka masuk, sampai lah mereka keluar wad, saya tak akan benarkan orang lain jaga mereka. Saya akan jaga mereka sendiri walaupun berhari-hari. Mandi, makan dan tidur saya juga di hospital. TIDAK, bukan sebab saya anak yang baik, saya adalah anak yang sangat degil, tapi saya sangat susah nak percayakan orang lain, termasuk staff hospital. Saya perlu jaga mak dan abah dengan mata dan tangan saya sendiri di setiap saat mereka di hospital. Baru lah saya puas hati. Tapi, buat pertama kalinya hari isnin hari tu abah masuk wad dan saya tak dapat jaga dia. Cuma dapat berhubung melalui telefon. Kerap call tanya 

“abah ok? Abah dah makan? Doctor ok? Ada nurse ngurat abah tak?? Abah masih handsome macam selalu kan??”..dan abah akan jawab 

“abah ok laa. Dah makan. Semua ok. Along jaga diri baik-baik. Jangan risau”..
mana boleh tidak risau. Nanti jadi anak durhaka. TAK MAHU!.

So,

Dah terlanjur doctor tu call tadi, macam-macam haku tanya dia pasal abah. Haa hambik kau. 18 soalan ku tanya, penat kamu hendak menjawab. Kasihan..lepas dengar penjelasan doctor tu, baru lah faham semua. Barulah kurang sikit risau. (kurang 2% jer). Waktu abah kena buat MRI di hospital JB nanti, saya akan pastikan saya ikut sekali. Harap-harap tiada aral melintang atau menegak atau membujur atau wateva. 

Semoga semua baik-baik saja.

love u abah...*gambar hiasan

2 cakap-cakap:

Di@n@

elop miss anis!anda d tag kat my blOg, sila2 jenguk yea..=) btw arap ayah k.anis cepat sembuh..

aniz

thank u so much adik..utk tag dan doa untuk abah akak..syayang dia..muaaxxx.. =D