CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 23, 2010

Gunung Nuang

Kenapa aniz beli baju hujan?? Dia pergi kerja naik motor kah? atau dia memang suka pakai baju hujan dalam bas bila hari hujan kah? atau dia nak hadiahkan kepada kawan dia yang akan menamatkan riwayat zaman bujang pada hujung minggu ini kah???

TIDAK!

Bukan kerana sebab-sebab di atas. Salah sama sekali. Cik Aniz beli baju hujan pada hari Sabtu lepas sebab hari Ahad lepas Cik Aniz pergi Trekking dengan kawan-kawan di Gunung Nuang. Jadi bila kita pergi Trekking, kita perlu ubah peribahasa "sediakan payung sebelum hujan"  kepada "sediakan baju hujan sebelum hujan"..

Kenapa???

sebab.. pernah tak nampak orang pakai payung dalam hutan??? Haaa kalau jawapan anda pernah, bermakna anda juga spesis yang sama waktu dengannya..lalala Cik Aniz pergi berempat sahaja bersama En. Hairi, En. Faizal dan Encik Padil. Ehh nampak macam Cik Aniz saorang sahaja perempuan di situ?? Tepat sekali. Memang Cik Aniz sahaja ahli perempuan yang turut serta pada hari kejadian kerana wanita-wanita lain sibuk menghadiri majlis kenduri kahwin, cukur jambul, balik kampung, jaga jiran selsema, pakwe gastrik, kucing hilang, kambing muntah darah dan sebagainya. Dengan gaya berani-berani hamster, saya pun ikut la tiga orang budak ini mendaki gunung..Sila rujuk gambarajah di bawah...

baru sampai..excuse me Encik Padil,nak bersilat kerrr???
pengembaraan Geng Upin Ipin akan bermula -9.50am
nampak ituuuu....hohoho
checkpoint pertama..3 orang budak hitam sedang bersenang-senang di situ.haku pula sedang bertabah menapak ke pondok yang ku rasa jauh ya amat ketika itu (T_________T)
Dalam hati berkata "come on aniz...sikit lagi!" (T_______T) sob..sob...
terserempak dengan beberapa orang yang baru balik beli baju hujan dekat Jusco dah nak turun..ehh cik aniz macam jauh di depan jer..haha dah kena seru gamaknya..=)
excuse me..ini BUKAN nenek kebayan yer..ini adalah seorang gadis yang sangat bertabah mendaki gunung..uhuk..uhukkk batuk bangga
YEAAA!!! dah sampai ke kem pertama iaitu Kem Lolo Bawah..3 checkpoint sudah dilepasi..jam menunjukkan pukul 11.35am
Encik Hairi decide perjalanan diteruskan lagi..beg yang dia bawa sangat besar dan berat yer sebab ia berbentuk seperti Latihan-Angkat-Beban-Sambil-Mendaki sebelum dia follow pendakian ke Gunung Yong Belar, the 3rd highest peak in peninsular Malaysia next month..Gud Luck bro
ohh..ohh...sila abaikan yang depan itu..lihat yang belakang sahaja..cantiknya air terjun itu..hilang 20% penat haku..=)
nampak tidak kelibat beg biru yang jauh di hadapan itu?? haa jangan nak cakap saya jauh ketinggalan di belakang..saya cuma nak bagi mereka jalan dulu jer..buweeekkk!! =p
at last sampai di Kem Lolo Atas..puas! berbaloi! best!!

muka penat yang puas..tetap tersenyum =)
3 orang ahli persatuan bulan sabit merah yang mengiringi pendakian aku..hakhakhak
cayalah!


Yang best tentang pendakian ini :

1. sebagai terapi menghilangkan 1001 stress saya yang terpendam lama

2. sepanjang perjalanan sejuk mata memandang segala yang hijau..tengok-tengok juga kalau ada pokok warna purple..hmm tiada pula..

3. dapat kenalan baru - Encik Padil

4. jumpa air terjun..bestnyerrrrr!!!! berbaloi *maaf entry ini sangat banyak perkataan berbaloi =)

5. mengeluarkan peluh dalam kuantiti yang banyak =)

6. menjadikan daku lebih 'fit'

7. membolehkan daku mendapat gelaran Orang-Yang-Pernah-Daki-Gunung-Nuang =)

8. aku belajar tentang bagaimana apa yang ada di minda memungkinkan segala yang disangka mustahil. sedang kaki sangat sakit, tapi minda kata boleh..akhirnya berjaya =)


Yang kurang best tentang pendakian ini :

1. kurang buat latihan meguatkan stamina sebelum pergi menjadikan daku cepat letih dan sering ketinggalan (T____________T)

2. hampir 116 kali haku tanya mereka "jauh lagi ke nak sampai"..ia menunjukkan yang daku penat..(T__________T) sebolehnya mahu mengelakkan soalan itu dalam pendakian seterusnya.

3. bawa beg yang agak berat. maklum lah perempuan namanya. kalau boleh 1 almari nak di bawa mendaki..ahaks! ada beberapa barang yang patut ditinggalkan sebenarnya.

4. plizz i need some girl-friend after this untuk bincang pasal gossip artis masa depan Malaysia ketika mendaki =)

5. thats all..yang best perlu lagi banyak dari yang tak best untuk menunjukkan yang ia berbaloi-baloi..=)


Nota kaki: hari ni sangat rajin mengeluarkan segala yang ada di draft blog ini..1 hari sampai 2 entry..layan je ler...

11 cakap-cakap:

ankeljonni

lari... lari ... encik padil nak bersilat... huhuhu...


Tahniah...

Aniz

Jonni..jangan lari!!!!! sini kau!!! hakhak

soulrake

kamon aniz
satu bukit je lagi...

Aniz

soulrake-errkkk...aiyark!!! haha

aydasukepink

waa..besnyerw..hehe

Aniz

cutesingle- memang best..huhu jom ler ikut =)

EmbunRosaliza

salam aniz..bestnya dpt naik gunung..akk dh folo

Aniz

kak rosaliza- thanks akak =)

nZaOdonut

hye anizz!!...salam pkenalan balek....hehehe!
syOk nye g jungle trekking....

Aniz

nZaOdonut- hai hai..mmg best pun hehe =) thanks 4 drop by..

nZaOdonut

nO problemo....:p