CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

Sangat cantik tarikh hari ini. penuh dengan nombor satu.

TIBA-TIBA saja ayat pengenalan telah menjadi sangat membosankan...DUH
Hmm...Beberapa hari kebelakang adalah sangat mencelarukan hati. Aku telah sangat merindukan kehidupan yang lalu. BUKAN bersama kenangan-kenangannya. Cuma KEHIDUPAN. yang nampaknya sudah terlalu banyak beza dengan sekarang. i miss my old life sooooo much. Celik mata hari sabtu, terus keluar makan dan berjalan dan bershopping dan bermakan lagi dan berjalan lagi sampai ke malam baru jejak kaki ke rumah semula. Rutin yang sama aku ulang untuk hari Ahad. Kehidupan hari biasa aku isi dengan kerja. Dari segi makan, kalau malas aku tapau, kalau rajin aku masak MEE SEGERA CAP PELEMPANG, kalau terlebih rajin aku masak secara OVER. Oh Ya, menu masakan yang dipanggil OVER adalah seperti kari kepala ikan. HAHA..Baju pula aku basuh bila mahu. kalau rajin 3 hari sekali. kalau malas seminggu sekali. Kitaran hidup itu adalah kerana aku hanya perlu memikirkan tentang AKU dan tidak perlu kisah tentang orang lain apatah lagi tentang mak mertua..ee ehh ini sudah over lah aniz..HAHA..walaupun poket kosong, aku tenang. Perut lapar, aku tenang. Rumah berselerak, pun aku dengan selamber berasa tenang-tenang air dilaut..HEH



AKU RINDU ITU SEMUA. Emosi aku jadi terganggu seperti melihat orang makan MAMEE tak bagi aku. Emak kata


  
"Orang penyabar tak reti marah. 
Bila marah dia diam. Bila tertekan dia diam, sebab dalam kebanyakkan 
waktunya, air mata mereka jatuh dalam hati"

.
Aku sedang merasa...hmmmmm (keluh panjang) 



TAPI perasaan-perasaan ini bukan bermaksud kehidupan sekarang tidak bagus. BUKAN sama sekali. Kehidupan sekarang adalah baik-baik saja. Aku tenang, aku sangat bahagia dengan v. Cuma mungkin aku hanya perlukan masa. MASA untuk aku membiasakan diri dengan keadaan. Antara kesilapan-kesilapan besar yang menyumbang kepada kesedihan jiwa sekarang adalah aku telah bertukar menjadi seorang manusia yang terlalu OPTIMIS. Mungkin sendiri terkena sumpahan yang selalu aku laung pada v. Optimis....YES...aku mahu segalanya sempurna, nampak cantik dan baik..pendek kata berusaha menjadikan semuanya over sempurna untuk v walaupun tidak diminta berkelakuan sedemikian. Kalau dapat satu pujian, rasanya seperti handbag LV jatuh ke riba..HAHA gila kelas pepatah aku wei!


Aku cuba cakap dengan v. Aku tak tahu sama ada v memang tak faham, buat-buat tak faham atau memang langsung taknak faham. Sedikit hampa....Aku tak pasti tentang banyak perkara. Yang aku tahu, aku PENTING. Perkara penting manakan boleh dibuat main-main. Atau akan mendatangkan kesengsaraan dalam hidup..HAHAHA gelak durjana. Tak mengapa, v tahu apa yang terbaik. Dia akan berusaha untuk faham kerana dia selalu begitu. sweet. 


Selamat menyambut bulan november......

(nampak tidak aku sedang cuba memadankan introduction dengan penutup yang berkaitan bulan 11 supaya nampak selari???? HEH) 



bye






6 cakap-cakap:

ankeljonni

owh... aku belum pernah jumpa megi cap pelempang...

aku selalu makan megi cap pelampung... heaven....

Aniz

Encik Jonni - uish! beli kat mana tu..mesti mau tu...hahaha

Mulyani - Ibunya Dini

Seperti Hitam Putih semalam, jadikan masa lalu untuk kenangan bukan di buang sebagai hal yang tidakmenyenangkan.

Maaf setelah sekian lama baru bis akemari, semoga bisa menjadi blogger yang bisa bersilahturahmi dengan baik.

法伊玆

"Orang penyabar tak reti marah.
Bila marah dia diam. Bila tertekan dia diam, sebab dalam kebanyakkan
waktunya, air mata mereka jatuh dalam hati"

haha! suka quote ni!
give yourself some time to be comfort about the surrounding. keep distance close with Allah. later on, InsyaAllah you'll be happy like before cik aniz :)

Aniz

Diari Kecilku - terima kasih...



limau - insyallah...thank u soo much..=))

Mata Pena Fadz

terlalu byk benda yg akn berlaku spjg kehidupan kita dear :)