CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 7, 2011

ini belog saya, tapi saya suka buat-buat macam saya takde belog

hai!

Kenapa lah aku ini sangat malas mengupdate belog. Seperti kejam membiarkan si belog bersawang tak terjaga. Namun apakan daya, terlalu banyak rencana yang perlu dilaksanakan. Sangat banyak..Contohnya seperti bekerja, belajar, berjalan, bermakan, bertido, berbeli blah, berfoya-foya, berangan, bernonton CSI, bersakit dan bermacam-macam lagi...*fiuhhhhhh-tiup dahi


Aku ada macam-macam cerita untuk diceritakan, cuma aku tiada macam macam masa mahu mengupdate blog. Bahkan ketika menyediakan entry ini juga aku seperti tiada minat mahu menaip. Tidak hairan lah jika entry ini menjadi entry terpaling boring sekali. *macamlah entry lain tak boring..sigh!

Semalam aku memberanikan diri untuk membuat permohonan bagi program Cros Fertilization atau dalam bahasa jawanya Program Pertukaran Silang. Pegawai yang terpilih akan bertugas di bahagian lain selama 3 bulan dengan matlamat mahu menimba banyak ilmu dalam bidang tugas yang berbeza. Aku berdebar menanti keputusan. Boleh jadi diterima, dan boleh jadi juga ditolak. Siapa lah aku di mata mereka. *meluatnya ayat ni .Tapi tak mahu diingat-ingat perkara yang macam ngeri-ngeri best. Bukankah berfikiran yang manis-manis itu lebih baik. Dan bukankah aku juga yang secara sukahati dan sukarela isi borang permohonan tu. Jadi, tidak perlulah rasanya menyalahkan udang disebalik batu, apatah lagi telur di hujung tanduk. Tiada kene mengena situasi ini dengan udang atau telur..*ehh apalah aku merepek!

Sebelum kemalasan membuahkan lebih banyak ke-merepek-kan, ada baiknya aku pergi main jauh-jauh..

Sekian.