aku sihat
tapi mata tak sihat
hari tu dia tak sihat
sekarang pun dia masih tidak sihat
mata coklat ini tidak sejernih dulu
penglihatan juga menjadi kabur
melintas jalan adalah perbuatan yang amat memakan masa dalam keadaan begini
tapi memandu kesana kesini tidak tentu hala, aku gagah!
aku mula bitter
semalam petang pergi klinik kesihatan lagi dan lagi
Doktor bagi referral letter ke hospital untuk ketemu sama Optometrist yang arif tentang mata
mata sahaja..kalau tanya tentang mata hati, dia bagi pelempang dekat engkau tahu!
kalau dia handsome, tidak apa-apa..tanya saja..tidak rugi mencuba..*tiba-tiba
sepatutnya aku ke hospital pagi ini untuk dapatkan tarikh appointment
tapi itu tidak perlu
kerana Cik Puan Mama yang baik hati telah melakukan itu semua untuk aku
semua sudah diatur dan diurus
tinggal pakai cantik-cantik dan jalan berlenggang masuk ke dalam hospital sambil menyanyi lagu 'joget kasih tak sudah' sahaja *dasarlah engkau aniz!
terima kasih Cik Puan Mama kerana sudi tolong mengaturkan semua untuk saya..i love u muahh muahh lah!
guarantee letter juga sudah awal-awal aku sediakan atas nasihat orang-yang-sayang-aku
bila Cik Puan Mama dah aturkan semua sampai direct call Optometrist yang akan merawat aku
yang bagusnya, tidak perlu tunggu berminggu-minggu untuk tarikh appointment *sampai mata dah nak baik pun tarikh appointment lambat lagi
semoga mata ini akan baik-baik saja
7 cakap-cakap:
pCL teringatkan pesanan sorang Ustaz di siaran tanyalah ustaz bulan lepas...katanya, nak jaga mata supaya sihat sentiasa kena amalkan makan karot secara gigitan terus..maksudnya tak perlu kupas dan potong2, cuma bersihkan saja kulitnya ..wallhu'alam. semoga mata anda bertambah2 baik dari kebiasannya.
kalau doktor mata tu hensem.... jgn lupa kenyit mata tau...
huhuhu...
mata adalah pancaindera yg paling bernilai... ada mcm2 mata nih.. mata hati.. mata mata.. mata kaji semar ngisheng...
aniz>> rabun kah??..no need 2 worried lor...kem slm doc yg encem2 k!..hahaha
pCL - insyallah saya cuba..terima kasih..
Encik Jonni - hadoi...nanti dia bagi pelempang pulak..hehe
DaddyDian - aiyark!!! mata kaji semar ngiseng pun masuk ke..hahaha
nZaOdonut - doc pompuan laa...hehe
betul kata pCL....cik kumbang sempat salin doa tu...
surah qauf,juzuk 26:ayat 22
start dgn fakasyafna...
p/s:xpasti eja nama surah tu btl ke x...
satu lagi bole bc selawat syifa :)
semoga cepat sembuh :)
cik kumbang-insyallah akan cuba...terima kasih..=))
Post a Comment