CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 8, 2010

merdeka sudah

Macam ada 17 ketul batu blok, 25 kampit simen + beberapa lesung batu yang baru saja di alihkan dari bahu saya..mak haihhh jenuh nak menghabiskan semester 4 ni. Seminggu cuti berkasih sayang dengan buku-bukuan. Semalam tamatlah sudah exam untuk last paper..leganya...bestnya..syok ooo...*saja je nak jeleskan pok cek limau yang baru nak start exam =D..*all the best to you by da way..hari jumaat malam, mak, abah and adik aji datang..jadi semalam pergi exam dapat salam mak abah..bahagia!..walaupun semester ni macam tak berapa nak best sebab macam ala-ala heavy sangat la kununnya, tapi Tuhan tu Maha Pemurah lagi Maha Adil..dalam semester yang katanya payah sangat ni, adanya kesempatan saya pergi kelas bersalaman dengan mak buat pertama kali, dan ada peluang buat saya bersalaman memohon ampun dari kedua ayahanda dan bonda sebelum pergi exam..nampak tidak hikmah dan kebahagiaan di situ?? *tak nampak??? Get out!..=p

Next

Mak dengan abah ni bukan main beriya lagi kata nak duduk lama sampai sebulan la, berminggu-minggu la, tup tup tadi call bagitahu nak balik hari ni juga..boring la tu. Mentang-mentang rumah anakanda tiada ternakan, cepat bosan yer..permohonan anakanda untuk menternak gajah masih belum diluluskan oleh PERHILITAN bonda..maaf yer..setelah puas ku pujuk-pujuk, akhirnya berkat ayat power dari seorang anak yang sweet macam saya, mereka akur untuk mengubah fikiran. tak jadi balik hari ni, balik esok..yea! yeaa!! Syayanggg dia..mmuahh!!
Abah masih belum sihat lagi..tangan dia masih tak ok. Even datang ke sini pun sebab nak berubat. Mudah-mudahan abah kuat untuk hadapi ujian ni. Bila abah dengan mak murung fikirkan ujian yang menimpa, saya dengan gaya berani berani takut bersama muka seposen dan senyum kambing ni akan menghampiri mereka dan cakap ”mak dengan abah jangan lah risau sangat. Biasa lah hidup mana yang tak ada dugaan. Kalau ada pun, mesti hidup yang macam tu tak best kan abah. Tuhan tu Maha Penyayang. Insyaallah...semuanya akan baik semula. Banyakkan berdoa”..okey tak?? Hahaha. dulu, bila saya mula nak sedih-sedih kalau ada masalah, mak dengan abah selalu cakap macam tu. Sekarang ni giliran saya pula jadi sailormoon mereka. *Terima kasih Ya Allah kerana bagi hamba peluang untuk dengar masalah mak abah, terima kasih izinkan hamba tanggung beban mereka, terima kasih juga izinkan hamba tolong selesaikan semua masalah-masalah mereka, ianya 1 nikmat. Tiada kebahagiaan yang lebih bernilai selain dapat menggembirakan hati keduanya. Sayang Allah!..=D

So, apa aktiviti kita selepas habisnya peperiksaan?? Harus lah tengok wayang dulu kan. Tapi semalam nak pergi tak boleh sebab nak teman mak dengan abah. Isnin hingga jumaat ni pun tak boleh sebab Goku outstation. Jumaat ni pulak mungkin balik kampung sebab nak pergi tengok rumah yang nak dibeli tu *macam sayur jer. Erkk kelihatan seperti tiada waktu lapang di situ. Next week la kot. Takpe lah, takkan lari wayang dikejar, tak gitu cek senah??. sebagai langkah permulaan menikmati masa selepas peperiksaan tamat ni ialah, menyertai semula aktiviti Kelab Pemain Badminton Amatur pada setiap hari selasa malam. *Please welcome me guys..lama giler tak join kamu.(walaupun kehadiranku cuma membisingkan gelanggang)waka waka..

4 cakap-cakap:

法伊玆

sesungguhnya tuan hamba dah buatkan muka hamba merah padam menahan amarah membaca post ni.!!
sangat2 tak fair tuan hamba dah abes xm awal, waaa.!!

haha..n btw enjoy your life after xm ok.!! :D

Aniz

hahaha suka giler dapat kenekan dia..wakakaka
*hopefully tiada post pembalasan..hakhak

p/s: all the best..study tau! jgn stado! (stado= study + tido) =D

Nerzhul

sejuk perut mak abah dapat anak macam c-aniz. hehe

Aniz

adeh! jgn dipuji cik aniz ni..nnt dia lebih2 pulak..hakhak