tengahari tadi saya pergi dengar ceramah yang jabatan anjurkan sempena Ramadhan...
Tajuk - Kelazatan Mencintai Allah
Penceramah - Ustaz Wan Sohor Bani Leman
tiba-tiba ustaz cakap "ada sesiapa tak kat sini yang tak kawen lagi?? yg x kawen lagi tu, kawen lah..kawen lah...kawen lah...jangan tunggu lama2"...(aik ustaz ni cam da lari tajuk jap) tapi dalam ati cakap (insyaallah ustaz tak lama lagi) ahaks!..ustaz ajar cara-cara mendidik anak-anak mengikut jalan Allah...(insyaallah akan dipraktikkan ustaz)..tiba2 juga ustaz cakap "yang tak kawen lagi tu, kalau takder calon jgn risau..saya ada.." dlm ati berkata "okey gak tu ustaz" hakhakhak PERINGATAN-kamu tu da ada calon! sudah jgn mengaruts!! erkk..cintailah Allah dgn 4 cara:
(1) rindu-rinduan (lahirkan rasa syok pada Allah)
(2) berjinak-jinak (rapatkan diri dgn Allah)
(3) Redha
(4) Pengorbanan
renung-renungkan dan selamat beramal!!! =)
status- muka saya..mata merah, hidung merah, pipi merah..mungkin salah makan..mata saya tidak seperti biasa..saya rasa macam seekor ladybird yang menangis (teruknya perumpamaan kamu) adeh! kulit muka saya gatal-gatal menandakan saya telah makan sesuatu yang salah dari segi undang-undang pemakanan saya..udang??? tidak! saya tak makan..lain-lain spesis seafood?? takder..mana ada makan seafood..abis tu??? entah!..waaAAaaaa sabar..sabar.....(T_T)
Monday, August 30, 2010
CERAMAH SEMPENA RAMADHAN
BILA ADIK MULA BERPUASA…
Fakta tentang adik:
(1) berusia 3 tahun
(2) sangat chumel (macam saya) =p
(3) peminat setia MR. BEAN..(kalau teringin nak rasa botol susu di dahimu try la tukar chanel tv tu..huhu)
(4) sangat berbakat dalam bidang nyanyian (sehingga anda akan rasa seperti ribut taufan disekeliling bila dia mula bernyanyi) erkkk
(5) sangat peramah (tak pecaya try la email dia di alamat email -adik.chumel@yahoo.com- pasti email anda direply dalam tempoh 24 jam)..maaf saya mengaruts saja..hehe
(6) 17 September ni birthday dia…(seems like need to find something for him) huhu
Thursday, August 26, 2010
YESTERDAY I SAW HIM....
Wednesday, August 25, 2010
BERITA SEDIH
(1) last few days my hunny call penyewa rumah saya di bangi bertanyakan tentang duit sewa yang saya masih belum terima..keesokan harinya he told me that wife encik wan (penyewa rumah saya) yang angkat phone..she told him that her husband had just past away on 14 Ramadhan ago..he had an accident..saya sangat terkejut dan bersimpati dengan berita tersebut..walaupun saya tak pernah berjumpa dengan dia tapi saya turut terasa kesedihannya..dia pergi pada bulan Ramadhan yang mulia ini, pasti keluarga arwah sangat bersedih..semoga roh arwah encik wan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan semoga keluarga arwah tabah menerima kehilangan orang tersayang..
(2) petang semalam saya call mak..sangat gembira dapat dengar suara orang yang paling saya sayang di dunia ini..tiba-tiba mak bagitahu yang dia masuk hospital pada 6 Ramadhan yang lepas akibat sedikit masalah di dalam perut (mengikut kata doktor)..saya tanya mak kenapa tak bagitahu, dan seperti biasa jawabnya "mak taknak kamu risau"..emm emak..emak...doc tak bagi mak puasa..saya sangat sedih dan risaukan kesihatan mak..sebelum ni mak pernah menjalani pembedahan kerana apendiks, sejak pembedahan tu juga mak kena berhati-hati memilih makanan..Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik kepada ibuku..lindungilah dia dari segala kesakitan wahai Tuhanku..amin.....
saya sayangkan mak abah dan adik-adik lebih dari segalanya..merekalah harta paling berharga yang saya ada..saya akan terus berdoa..semoga semuanya akan baik-baik saja...........
Tuesday, August 24, 2010
LETIH..LEMAH..LINDU...
LEMAH-kerana mengenangkan lambat lagi nak balik time..(T_T)
LINDU-pada my shayang yang jauh dimata tetapi melekat di hati..i miss u so much babe..hope to see u very very soon...biar terpisah dek laut china selatan, (laut?? tang mana lak ada lautnya?? erkk) tapi saya sayang kamu selalu..(T_T)
Monday, August 23, 2010
BE A MOTHER


Wednesday, August 18, 2010
happy anniversary + mohrih
Hari ini ialah hari ulangtahun perkenalan saya dan encik crack yang pertama…saya mengenali dia setahun yang lepas = 18 Ogos 2009…seorang kawan yang sangat baik..kami x pernah berjumpa, walaupun selepas setahun…hanya ber YM sahaja yer..(ala2 terpelihara gitu..ahaks!)…jangan salah faham yer murid2..encik crack sudah pun ada kekasih…kami hanya bersahabat biasa tanpa apa2 yang terselindung..hanya sahabat buat pembangkit semangat, pakar motivasi persendirian dan badutku..huhu dia selalu ajak jumpa, cuma saya rasa belum masanya..saya selalu berseloroh dengan dia “tunggu u kawin baru kita jumpa yer??”…dan dia akan membalas dengan pelbagai ayat yang chumel2.. encik crack memang begitu…huhu selamat ulangtahun perkenalan yg pertama crack..semoga persahabatan kita akan terpelihara, dirahmati dan berkekalan selamanya….thank you for always being there for me through the good time and bad (sometimes)…I’m so lucky to have a friend like u in my life…saya selalu mendoakan kebahagiaan kamu..insyaallah..dengan izin-Nya, 1 hari nanti kita akan bertemu juga…
petang ni perlu bawa juadah ke surau untuk para jemaah buat berbuka puasa..sudah tiba giliran saya (mengikut jadual yang diberi)..1st time buat saya sepanjang hidup di rumah sendiri ni (baru setahun je pun)..di kampung selalunya mak dan abah yang uruskan..talk to myself “ takper..hidup sendiri mengajar kamu erti berdikari yang sebenar..(Cuma kadang2 kari tu tak sedap)huhu..kalau tidak sampai bila tak pandai”…balik nanti akan terus ke bazar untuk cari juadah yang sesuai dibawa…any idea?? No?? ok thanks..=)
-the end-