Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Kata HM Tuah, lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan seorang wanita mempunyai penilaian yg berbeza iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang seorang lelaki selamba dengan masalah yang seorang wanita rasakan cukup berat. Seseorang wanita telah kering air mata sedangkan seorang lelaki masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya lelaki akan melawan habis-habisan dan wanita pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, kerana lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang seorang wanita perkatakan.
Menurut HM Tuah lagi, walaupun seseorang wanita tahu bahawa mereka adalah benar dan mungkin tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan wanita yang meminta maaf. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Kata HM Tuah, Satu lagi yang seorang wanita patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan lelaki.
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang tenang dan lapang dada
4) Lelaki yang baik sangka
5) Lelaki yang tak pernah putus asa
6) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hatinya. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada anggota badannya, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh imannya. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Tuesday, December 14, 2010
Friday, December 10, 2010
Salam perpisahan and best of luck
Hari isnin bersamaan 6 Disember 2012 adalah hari terakhir Kak Ida bersama kami. Dia dah dapat kerja lain yang lagi glamor dari sekarang... Apa la akak ni, kan aniz dah cakap kita kena pelan-pelan kayuh, nanti lama-lama keje kita ni glamor la, tapi akak degil, nak pergi juga! habis siapa nak kawan dengan aniz, siapa aniz nak kacau nanti, siapa aniz nak tanya 600 kali, “akak watper tuuuuu” walaupun tempat duduk kita sangat dekat sampaikan aniz boleh dengar akak taip message 16 kali dalam masa 5 minit (T___________T)
Walau apapun perasaan tak best aniz rasa sekarang, aniz tetap doakan akak lebih bahagia dan lebih hangat daripada biasa di tempat baru nanti. Kami (geng-geng WONDERPETS) akan rindu akak selalu. Lebih rindu bila tiba hujung tahun (time akak diisytiharkan dapat bonus 6 bulan)..well..you’re my fren..hikhikhik
Kenangan kita pada hari terakhir kita bergelar ‘rakan sekerja’………….
| 1..2....sebut anizzzzzz...=D |
| i want nobody nobody but you! i want nobody nobody but you! lalalala |
| saya ibu kepada dua orang anak |
| saya tahu bagaimana untuk melindungi anak-anak saya..hakhakhak |
![]() |
| K.A.M.I |
Kamu adalah satu-satunya GADIS MELAYU TERAKHIR yang aniz pernah jumpa di abad berukband yang havoc ini. Sumpah! Tak tipu..Bila kamu bercakap, suara sangat perlahan lagak seorang wanita yang tahu menjaga auratnya, senyuman yang sangat manis sampaikan semut pun mati diabetis, pandangan mata yang penuh dengan kasih sayang sampaikan rasa nak pinjam mata tu 16 tahun, bila bercakap, akak suka sentuh tangan atau bahu kawan-kawan yang mana itu menzahirkan kepada kami keikhlasan yang ada dalam hati akak..aniz selalu rasa kagum. Teruslah jadi ‘macam selalu’ kerana akak sangat istimewa dengan cara akak tersendiri. saya adalah manusia yang sangat kedekut pujian, tapi sekali saya memuji, bermakna kamu harus percaya.
akhir kata dari adik yang selalu kau kata nakal ini......
p/s: Okey..Okey...akak dah buleh nangis sekarang..=p
Monday, December 6, 2010
jenjalan
Tanpa perancangan awal seminggu, berbekalkan duit tabung ayam yang dah dipecahkan, muka tampan seposen, dan kegagahan pahlawan melayu, saya telah mem’plan’ untuk mempergikan diri ke Genting Highlands pada petang sabtu bersama Cik Noriy.
“ko da siap ke belum?”
“belum siap-siap lagi.”
”siap la dulu. Dah siap message aku.”
”ok”
*
*
*
*
30 minit kemudian
*
*
*
*
”aku dah siap”
”lamanyer ko siap!”
”maaf lah..banyak susuk nak kene cucuk. Ni pun aku da ketepikan bulu mata Rozita Che Wan dengan kanta lekap”
”wak lu!”
”wak mu jua”
”turun sekarang! Aku kat bawah”
”jap..jap...nak tengok VCD Kuch Kuch Hota Hai seround”
”SEKARANGGGGGGG!!!!!”
”hahahahaha yelaaa...yelaaaa....”
Sehubungan dengan itu, saya amat berharap pihak tuan dapat *ooppsss!! Maaf..terbawak-bawak mood penulisan surat rasmi kat opis nih..
Berbalik kepada cerita tadi..
Kami bertolak pada jam lebih kurang 4.30pm. selanjutnya...saya serahkan rancangan ’SEPAGI BERSAMA KAK NIZ’ ini kepada Encik Gambar bin Photo untuk menceritakan kejadian sebenar yang berlaku pada hari tersebut...silakan Encik Gambar...
| ketibaan kami di Genting Highlands disambut dengan hujan renyai renyai..hujan rahmat kah?? tidak kot... |
| kaburrrrrr |
| 1st time lepak kat batu besar ni |
| dont tell my mama =p |
| hek eleh aniz..berangan nak tolak batu tu guna 1jari..pigi dah! =D |
| weewwitt!!! sorang jer..buleh berkenalan cik adik.. |
| saya : tengok tu!..tengok tu!!..UFO! / noriy: lempang nak! |
| indahnya alam ciptaan Tuhan..Subhanallah |
| maaf..hero filem ini sudah melarikan diri dari set pengambaran..tinggal daku sorang. (T___T) |
| *anizzzz!!!!! mak ko panggil balik!!!!! / aniz : jap je lagi mak yer...hikhikhik |
| pagi yang cerah, kini sudah gelap..aku adikmu dan engkau abang..lalala |
| sampai ke atas..*atas mana???..indoor lor... |
| lets recycle..kumpul botol banyak-banyak dan buat rusa macam ni letak di halaman rumah..*seremmmm |
| me with cik noriy penyibuk! |
| snowworld |
| suka gambar ni sangat..*tak malu ker suka gambar sendiri..huh! |
| di Lovely Lace..*hek elehh aniz..kat KL pun banyak../aniz: (T__________T) |
| kak..tolong bungkus bunga ni 14..nak bagi jiran-jiran saya..hehehe |
| wateva laa aniz oiii! |
| hari-hari pakai baju sama, tak bosan ke encik statue?? |
| dah nak bye bye... |
sekian buat masa ini..kita bertemu lagi di hari dan waktu yang sama dalam rancangan apa????!!! "aniz di mana..aniz di sini..semmppoooiiiiiii....." *maaf Datuk AC..ciplak sat ja..
Labels:
SEMANiZ TRAVEL
Friday, December 3, 2010
kenapa perlu.....
pada jam 9.60pm masih di pejabat dengan mata yang separa terbuka, pinggang yang ramping sengal, bahu yang lenguh. secara tiba-tiba, tanpa rasa segan silu kepada makhluk di sekeliling, aku membuka folder 'music' di komputerku, lantas aku meng'click' pada lagu 'glory glory man united' dan dengan muka sesuci lebaran juga tanpa rasa bersalah langsung kepada persekitaran sekarang, aku meng'up'kan volume speaker yang tak seberapa besarnya ini kepada kadar tertinggi yang tak tercapai dek akalmu. situasi ini bukan sahaja membuatkan kak noriy terlonjak ceria dan terus mengoogle lirik lagu tersebut (kerana kami 1 team), malah perbuatanku jua telah mem'bulu'kan bahkan menanahkan telinga abang khairul yang mengeji perbuatanku kerana ianya dikatakan mengganggu perbualan beliau dengan cewek terchenta di talian telefon. aaAaaahhHhhhh ada haku kesah!!!!. lebih baik aku membuat bising dan mengganggu kalian dari aku menjadi sleeping beauty di atas meja officeku yang tak seberapa selesanya ini..wakakakakakaka waka waka eeEe Eeee..
haruskan ini terjadi pada setiap jumaat malam yang sepatutnya ku nikmati dengan berlibur sakan bersama rakan-rakan atau sekurang-kurangnya menonton ulangan CSI di chanel 701..(T__________T) *terus memasang lagu 'aku mahu pulang' dari bendi amuk
Labels:
SEMANiZ WHATEVA
Thursday, December 2, 2010
A phone call
Dari seorang doctor yang merawat abah. Sangat terkejut. First time dapat call dari doctor, terkezut juga. Waktu saya uruskan pendaftaran masuk wad untuk abah waktu abah dimasukkan ke hospital aidiladha hari tu, memang saya bagi nombor telefon saya supaya kalau ada apa-apa saya akan dapat tahu dulu. Tindakan sebegini diambil kerana tak mahu kalau mereka call abah dan bagitahu something yang kurang sedap didengar, abah akan terkejut dan takut-takut dia akan terkena serangan jantung pulak sebab before this dia pernah di suspect strok. Sangat seram…gggrrrr… OK berbalik pada panggilan telefon dari doctor itu tadi. Dia minta abah datang ke hospital untuk buat ujian darah sebelum abah di refer kepada Hospital Sultanah Aminah, JB untuk menjalani ujian MRI pada bahu dia. Abah masuk wad hari isnin hari tu dan dah keluar wad semalam. Dalam bulan ni saja dah dua kali abah masuk wad. dalam bulan ni juga dah tiga kali abah terkena shoulder dislocation. Sangat membimbangkan kami sekeluarga. Saya tak dapat balik tengok abah hari isnin hari tu sebab dah takde cuti. Dan emak pula cakap “tak payah la balik, abah OK. Abah kena tahan wad pun sebab doctor nak buat pemeriksaan lanjut pada bahu dia sebab bulan ni dah tiga kali dislocation. Jangan lah risau. Mak dengan angah kan ada boleh jaga abah. Lagipun abah sangat ok”..maaf emak, tapi kata-kata mak tidak dapat mengurangkan walau sedikit kerisauan di hati aniz. (T______T) setiap kali mak atau abah masuk wad, saya akan jaga mereka 24 jam tanpa balik rumah langsung. Dari saat mereka masuk, sampai lah mereka keluar wad, saya tak akan benarkan orang lain jaga mereka. Saya akan jaga mereka sendiri walaupun berhari-hari. Mandi, makan dan tidur saya juga di hospital. TIDAK, bukan sebab saya anak yang baik, saya adalah anak yang sangat degil, tapi saya sangat susah nak percayakan orang lain, termasuk staff hospital. Saya perlu jaga mak dan abah dengan mata dan tangan saya sendiri di setiap saat mereka di hospital. Baru lah saya puas hati. Tapi, buat pertama kalinya hari isnin hari tu abah masuk wad dan saya tak dapat jaga dia. Cuma dapat berhubung melalui telefon. Kerap call tanya
“abah ok? Abah dah makan? Doctor ok? Ada nurse ngurat abah tak?? Abah masih handsome macam selalu kan??”..dan abah akan jawab
“abah ok laa. Dah makan. Semua ok. Along jaga diri baik-baik. Jangan risau”..
mana boleh tidak risau. Nanti jadi anak durhaka. TAK MAHU!.
So,
Dah terlanjur doctor tu call tadi, macam-macam haku tanya dia pasal abah. Haa hambik kau. 18 soalan ku tanya, penat kamu hendak menjawab. Kasihan..lepas dengar penjelasan doctor tu, baru lah faham semua. Barulah kurang sikit risau. (kurang 2% jer). Waktu abah kena buat MRI di hospital JB nanti, saya akan pastikan saya ikut sekali. Harap-harap tiada aral melintang atau menegak atau membujur atau wateva.
Semoga semua baik-baik saja.
![]() |
| love u abah...*gambar hiasan |
Subscribe to:
Posts (Atom)









