CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 11, 2011

dia tu.......hmmm

Ahad lepas dah start kelas untuk semester ni. Semester 5..fiuhhh!! baru sem 5. Ada lagi 3 sem lagi baru habis. Memang pegang dahi tiap kali ingat. Takpelah, biar lambat asal ada. Kalau aku tak belajar, mungkin ahad setiap minggu akan aku habiskan dengan membuat perkara-perkara yang lagha..

Pagi-pagi sebelum pergi kelas..cek cek cekidot chanel 701 dan breakfast dulu …
teh o yang diletak lemon -gambar dari En. Google-

sekeping Blueberry Dorayaki..makan setengah jer..tak abis..

Pukul 10.45am start kelas Social and Cultural in Organization. Tak register lagi pun untuk subjek ni. Yuran tak bayar lagi, buku pun tak ambil lagi. Memang dah plan awal-awal nak masuk kelas dulu, tengok kondisi kelas cantik ke tidak, wajah lecturer dulu manes ke tidak, tengok kawan-kawan dulu rajin senyum ke tidak, baru la aku buat keputusan sama ada nak ambik subjek tu ke tidak. Yang paling best tentang kelas ni adalah…… ada Kak Hatiah..huhuhu bersemangat jadinya..she’s one of my bestfriend since da 1st semester. Subjek ni adalah subjek untuk semester 6 sebenarnya. Tapi aku saja ambil awal sebab mereka kata senang. Hopefully boleh score. Tengok kat borang kehadiran kami paling junior yang ambil subjek ni. Waaaa berbunga-bunga hati ini aku bilang sama kamu..=)) 

OKEY ! tutop cerita pasal yang best.

Kita start cerita pasal yang kurang best pulak..

PERINGATAN: HAAA!!!! TAK PAYAH NAK KONON-KONON TAK SUKA BACA YANG TAK BEST DENGAN MEMPANGKAH BLOG INI..BUKANKAH ORANG MELAYU YANG TAK BEST ITULAH YANG DIGEMARI??? KALAU ANDA ORANG GERMAN TIDAK MENGAPA-NGAPA. TIDAK AKAN BERKECIL HATI..sekian..

Waktu lecturer suruh buat kumpulan untuk group assignment, dia kata “group member perlu 2 orang atau lebih..yang nak buat secara individu, sila jumpa saya personally”

Dengar sahaja 2 ORANG, aku dengan Kak Hatiah dah senyum-senyum. Senyum yang membawa makna, “OKEY..kita 1 group dan group kita 2 orang saja yer..aniz dan akak..WINK! WINK! ;))” *senyum lama-lama*


TIBA-TIBA!!!




Seorang lelaki menyapa. Dengan nada lembut berkata:


“excuse me..dah ada group ke?”

“dah….kami berdua” aku menjawab

“boleh terima sorang lagi tak??” dengan wajah yang memohon pengertian

“hmmmmmmmmmmmmmm okeylah”


MAKA Jadilah dia ahli kumpulan kami……


Mula-mula tengok dia, memang dua kali pandang la wa cakap lu! Manakan tidak..muka dia macam ni..
amacam??


Lepas dah tubuhkan KUMPULAN WONDER PURPLE *HOI!! Mana ada kena bagi nama kumpulan. SUDAH! Jangan mengarut!..OOOO..okey..okey..takde nama kumpulan sebanarnya..Lecturer suruh pilih topic yang berkenan di hati untuk thesis. Bermulalah 1 perbincangan.. 


SKIP PASAL PERBINCANGAN




Beberapa waktu kemudian, aku merasai 1 perasaan yang berbeda sekali. *tak payah nak teka yang aku syok kat mamat tu..TIDAK okey!!! TIDAK!!!..perasaan yang kurang selesa dengan percakapan dan perlakuan mamat ni..



Dia…









Dia..











Dia….










Merendah-rendahkan aku dan Kak Hatiah dan dia jenis yang APA-DIA-CAKAP-SEMUA-BETUL..*kamu mesti faham kan?


SEE!!!! Aku dah mula bercakap yang tak elok pasal seseorang..


OHH TIDDDDAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!


To him,

Excuse me saudara. Saya ni sangat suka bercakap..WALAU BAGAIMANAPUN saya tidak suka bercakap pasal orang, bercerita perihal orang atau apa saja yang berkaitan dengan kehidupan orang yang tidak berkait dengan kehidupan saya. Bagi saya…

 “BIAQ PI LAAAA HANG NAK BUAT APA ASAL HANG TAK BAGI HARU HIDUP AKU SUDAH. HANG TAK KACAU AKU, AKU TAK KACAU HANG.-tamat-“..*ehh ehh jadi anak mami jap..haha

Tapi…

Apa yang saudara lakukan tidak menyenangkan saya. nak buat macam mana, atas dasar belas, saya terima jugalah saudara sebagai ahli kumpulan kami.

Tak elok merendah-rendahkan sahabat...lebih-lebih lagi yang dah sememangnya rendah…. (T_______T)….tak baik tau....Tuhan marah……..i pun marah……..…(T__________T)

Saudara ni manes...sangat manes…..*tapi sorry tidak berjaya memikat mata apatah lagi hati saya sebab saya tak suka orang manes, nanti diabetis! Saya suka yang serabut..sebab serabut itu chomel..haha =p”

Kalau saudara ni sopan, mungkin saya akan mempertimbangkan untuk balik kampung sabtu ni bagi berbincang dengan abah saya supaya dia boleh kerahkan orang-orang veteran kat kampung tu join rombongan meminang saudara pada cuti Chinese new year nanti. Tapi takpe, saya tidak mempunyai niat itu sama sekali. 

Saudara perlu lebih hormat kami yer. Kasihan kan laa kami.. kan kami ni perempuan..dah laa perempuan..comel pulak tu….tak kasihan kah??? *muntah ijau dengan ayat sendiri -the end-



Hhmmm apapun dia dah jadi ahli kumpulan GAGAK PURLPE dan akan terus kekal begitu sehingga thesis kami siap. Aku akan berusaha bertabah dan berkelakuan baik sepanjang semester..harap-harap SALMAN KHAN ini akan baik-baik saja…=p

kemuncungan untuk kamu -kabur-

Thursday, January 6, 2011

aniz yang sihat


-tajuk entry adalah cuba mengetengahkan pemikiran haku yang kononnya sangat positif- =p

Bangun pagi rasa sakit dada. Macam ada bakul berisi ikan 3 kilo, sayur kangkung 1 kilo, lobak merah dengan kentang 4 kilo diletak atas badan ni. Tapi masih bertabah ke office. Dada sakit, tapi otak menjerit cakap “SIHATTTTT!!!!!!…bagus Encik Otak..amalkan selalu..=D

Sampai office rasa makin sakit. Every 5 minutes aku rasa ibarat kena attack dengan sepeket tepung gandum seberat 2 kg yang dibaling ke dada aku. Dada sakit, tapi otak baru bersetuju 10% jer..jadi Encik Otak cakap, “Alah! Baru sakit sikit jer..jangan lah nak mengada sangat”

Sampai tengahari, Encik Otak sendiri tepuk bahu aku cakap “Ehh ko sakit ni..taknak pergi klinik ker???”

Time tu muka masih maintain gagah. . .ngeh ngeh ngeh..

Tapi tiba-tiba jadi macam Tak-Berapa-Nak-Gagah..kawan-kawan pun mula risau. Mereka kata “kenapa muka kau merah??? Jom la aku hantar pergi klinik.”

Lama-kelamaan selepas mereka nyanyi lagu ‘Relaku Pujuk’, aku setuju juga pergi klinik. Kak Noriy dengan Kak Ernie teman.

Perbualan di depan lif dengan Kak Ernie-Doktor-Wanna-Be:

Kak Ernie : Aniz pernah sakit macam ni ke sebelum ni? Aniz rasa macam mana??

Aniz         : rasa……….sakit dada..

Kak Ernie : Jantung laju???…macam berdebar-debar???(dengan muka serius)

Aniz          : Lebih kurang kot..Cuma yang ni berdebar tahap hardcore sikit (muka serius)

Kak Ernie  : Aniz pernah rasa berdebar-debar sebelum ni??

Aniz          : Pernah……………bila tengok lelaki kacak..(muka maintain serius)

Kak Ernie  : Eeeehhhh!!!!! MALAS LAH AKU NAK CAKAP DENGAN BUDAK NI HEi!!




Dalam bilik rawatan :

Doktor  : Yer Cik Aniz. Apa yang sakit? 

Aku       : blablablablablablablabla (bukan suruh doctor tu BLA. Aku bercerita tentang penyakit ini)

Doktor   : Hhhmmm macam tu yer..saya cek dulu yer..

Aku        : (pusing kiri…. Kanan…. Depan… belakang….poco-poco ckit sambil diperiksa oleh doctor PEREMPUAN yang chumel itu)

Doktor   : Merokok??? (sambil senyum-senyum hampir tergelak)

Aku       : Ha’a..tapi tak kerap la doctor..sehari 2 kotak jer..(muka serius)

Doktor   : Hahahahaha main-main eh! Saya tahu awak tak merokok…saja jer tanya..(sambil gelak kecil)

Aku        : (Lalalalalalallaaaaa buat muka tak bersalah sambil senyum kat doktor..dalam hati berkata- "ee ehh pandai bergurauuuuuuuu'')

Doktor    : Saya try bagi awak makan ubat tahan sakit dengan ubat untuk relaxkan otot dulu. Kalau dalam masa dua hari tak sembuh juga, perlu buat pemeriksaan jantung yer. Takut ada sakit lain. Tapi tak mungkin awak sakit jantung. Awak takder risiko tu pun. Muda lagi..sihat je ni..(senyum)     

Aku        : (terdiam seketika.......Faizal Yusuf meninggal akibat sakit jantung pada usia 33 tahun selepas keluar makan ikan bakar besuka ria dengan keluarga dia…yer!!! Dia JAUH LEBIH TUA DAN JAUH LEBIH SIHAT DIBANDING SAYA (T_______T) terima kasih doctor.

Harap-harap akan cepat sihat. . . .

mula-mula tak mahu masuk..selepas disua dengan mainan yang pelbagai, haku bersetuju..lalalalaaaa


kan best kalau boleh pilih perisa yang digemari



.....kenapa entry kali ni macam bertemakan 'BARANG DAPUR' saja???? erkkk....

Wednesday, January 5, 2011

kata mereka


suami : letih laa senyum...
isteri   : hepp..heppp.. jangan merungut!!

suami : amboi....dulu masa bercinta p makan kat secret recipe makan sikit-sikit ja na..la ni dah menikah, besaq nganga nampak....
isteri  : dulu lain...sekarang lain..dahulu bujang..sekarang da kawen...(dalam irama lagu S.M. Salim) yeeaaahhhaaaa!!!.ngehngehngehhh

kalau ada yang berkenan di hati, sila taip ON MINAT KAT PAKWE YANG BAJU MERAH DEPAN SEKALI atau ON MINAT KAT AWEK YANG BAJU HIJAU atau yang sama waktu dengannya, hantar ke 0180. Mesej anda akan dilayan dalam masa 14 hari. Terima kasih.

Cameraman : OKEY...susunan lelaki dah ok..but..hmmm.. girls... yang cantik ke belah kanan, yang tak cantik sila berdiri kat belah kiri hujung sekali yer...
Aniz           : (T_________T) yelaaaa...yelaaa...orang gerak la ni.......(T__________T) sobb..sobb...

Encik Tengah : tadi aku datang berenang....
Encik Kiri       : (diam dalam kebluran)
Encik Kanan  : pernah tak rasa kasut saiz 6 kat buah pinggang belah kiri???...
Aiman : FFUUYYYYYOOOOO!!!! cun la awek baju biru pucuk pisang tu uncle...
Uncle   : Hhmmmm biasa je uncle tengok...tang mana yang cantiknya???

Auntie : uncle Fazli dah kahwin...aiman bila lagi????
Aiman : HUHHHHHH?????!!!!!

Uncle : Aiman ni comel laa...tapi tetap tak dapat kalahkan kehandseman uncle..
Aiman : huh! wateva la uncle...wateva! Aiman tak kisah!!! (T_______T)

*****SEKIAN*****


sebenarnya ni semua gambar-gambar yang diambil oleh Photographer profesional iaitu Encik Najib sewaktu majlis persandingan Encik Fazli dan pasangan sabtu lepas di Ayer Keroh, Melaka.. Entry ini wujud disebabkan aku telah dilanda kengantukan yang teramat di pejabat ni..rehatkan minda seketika dengan membuat onar pada gambar-gambar ini. Kawan-kawan...maaf yer..jangan ada yang tersentap apatah lagi tersinggung tahap lempang muka kawan sebelah..JANGAN!..ini hanya gurauan semata-mata..kalian tetap kenalan saya yang sangat best dan sporting ya amat...sangat tak rasa janggal masuk dalam group ni..ada masa kita jumpa lagi...=D

Tahniah kepada pasangan pengantin yang comel..semoga perkahwinan kalian dirahmati dan dilimpahi kebahagiaan dunia akhirat..=D

Tuesday, January 4, 2011

welcome 2011

OKEY..OKEY..engkau memang selalu tertinggal..orang lain dah buat entry tahun baru 3 4 hari sudah tahu..engkau baru nak tejengket-jengket, terjengah-jengah kat tepi pintu buat entry...cit! (T____________T) ...*monolog dalaman semata...

BUKAN MALAS!!

tapi laptop buat hal...button Rrrrrrrrrrr dah mula membuat onarrrrrrrrrrrrrrrrrrr...tekan sekali tak mahu kelua, tekan lagi sekali, kelua 600 kali tak mahu behenti-henti..nak taip 1 entrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrry ambil masa sampai 4 harrrrrrrrrrri...(T___________T)

OKEY...kali ini saya boleh dipuji sabarrrrrrrrrrrrrrr....BOLEH...
jadi..silalah puji...silalah puji....heh heh heh


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.....................

Maaf..yang atas tadi tu intro je. Intro bukan main-main punya. Intro serrrrrrrrrius supaya kelak saya tidak diejek kononnya masa SPM, bahasa melayu dapat C sebab terrrrrlalu banyak kesalahan ejaan dalam entrry ni yang melebih-lebihkan huruf Rrrrrrrrrrrrrr…Mana tidak nya, kat semua perkataan ‘r’ ni nak menyelit.. tiba-tiba 

Mereka jadi Merekarrr

Ayam jadi Ayamorrrr

Aniz jadi Anizrrrrrrrrrrr

huh! jadi Huhrrrrrrrrrrrr!

Benci aku jadi Bencirrrrrrrrrrrrrrrr akurrrrrrrrrr!

SUDAH! Lupakan Rrrrrr…kembali kepada topik asal.

Mari senaraikan peristiwa-peristiwa suka duka sepanjang tahun 2010 bagi dalam dan luar Negara dalam hidup saya:

1)    Awal tahun semuanya nampak sempurna dan bahagia….Tapi hidup ni kalau sempurna sangat pun tak seronok. Takde challenge. Cepat bosan. Jadi, DIA turrrunkan beberapa tugasan yang harus diselesaikan. *Alaaa…macam lebih kurang citer Mission Imposible tu..

2)   Perkara paling menyakitkan : tahun 2010 merupakan ‘tahun sakit’ buat mak dan abah. Mereka kerap tak sihat dan lemah. Bila mak abah sakit, saya susah hati. Tak boleh tido malam. Nak buat apapun tak tenteram. Mungkin ini yang mereka rasa bila saya sakit.

3)   Hilang Kak Lini, dan jumpa Zu..Kedua-duanya housemate yang baik..tujuan utama bukan nak cari penyewa bilik, tapi nak cari teman. Sekurang-kurangnya takdelah saya bercakap dengan dinding kat rumah tu sorang-sorang. Sebelum ni duduk rumah tu sorang-sorang hampir setahun psycho gak lah haku. Hiissshhh serem! =D

4)   Mula mengeblog secara haram aktif. Secara jualan tidak langsung dapat kenal ramai blogger-blogger yang ada blog baik punyyeerrrrrrrrrrrrrrr…..=D

5)    Kerap ditinggalkan oleh orang-orang yang gila kerja…*tak perlu faham

6)  Mengalami penyusutan berat badan tanpa berdiet..mungkin hati tak senang..pertengahan tahun beli jeans, kurang 1 saiz..hujung tahun beli jeans kurang lagi 1 saiz..ini baik kah atau tidak kah..gembira sedikit tapi risau banyak..pagi nasi lemak, tengahari nasi campur, balik keje makan kerepek merepek, malam sebelum tidur selongkar dapur cari nasi namun yang berlaku adalah sebaliknya..sangat merisaukan..rela gemuk asal sihat dari kurus tapi berpenyakit..minta dijauhkan…jadi 2011 kena lebihkan bersuka ria..hahaha sila lempang saya! =D

7) Membuat 1 penghijrahan pada Hari Raya Aidiladha yang lepas..semoga ianya kekal..mudah-mudahan dengan izin-Nya…

8)  Sedikit kemerosotan dalam pelajaran..tidak menyalahkan diri sehingga menoreh pergelangan tangan secara berulang sebab waktu exam lepas terlalu banyak ujian yang datang..perlu diperbaiki dan lebih bersedia menghadapi kemungkinan lepas ni..

9)    Semakin tampan…*statement yang memang nak kena lempang laju-laju!!!! =D

10) Banyak lagi..tapi cukup lah setakat ini..SEBAB aku ni pelupa..mana la ingat semua yang berlaku dalam 365 hari..lalalalalalaaaaa



A.Z.A.M. 2011
        
1)    Sepanjang hayat saya setakat 15 tahun ni *memang nak kena sepak 
perasan muda! , saya tidak membiasakan diri untuk berazam.

2)    Sebaliknya membiasakan diri dengan membuat target


3)    Sebagai contoh, sebelum umur 18 MESTI jadi professor, 
sebelum mencecah 21 MESTI ada tanah 6 ekar, 
dalam usia 25 MESTI dah ada Fairlady 4, Ferrari 2, 
Ferrero Rocher 32.

4)    Itu contoh jer….tak payah sentap…

5)    Setiap tahun kalau orang tanya apa azam tahun ni, 
aku dengan wajah gojes akan menjawab  
“nak ngorat lelaki nama Azam”..

6)    Jadi, target tahun ni ialah……….*snipped*………….

7)    Ooppsss! Maaf..kene potong pulak ayat tu..Maaf..ada kesilapan teknikal..

8)    Bila dah tercapai baru boleh share..
Kalau tidak tercapai, bila orang tanya, saya akan buat muka terkejut ibarat 
“OMG!!!! Saya pernah cakap nak buat target kerrr????? 
Sorry..i almost forget about that..i’ll set it now”..
Brilliant tak??!!!! =D

9)    Sekian

10) Terima kasih.


Nota kaki : sentiasa menadah tangan memanjat kesyukuran kerana dengan izin-Nya semua target tercapai dengan jayanya seperti yang dirancang. 1 target untuk awal tahun  2011 ni hampir tercapai. Semoga segala urusan dipermudahkan.



Last sekali....a.k.a Lastly..... 

Koleksi gambar sepanjang zaman tahun untuk imbasan memori sendiri...gambar ini ada tanda 'U'..bukan '18sg' atau '18sx'... 

ke Kuala Gandah
anak siapa la yang baju coklat tu..macam jakun gamaknya! tak pernah jumpa gajah ke dik?? ishh
haa! jangan nak kata saya takut..saya cuma................SEJUK!...=p

yang ini baru laa takut....hahahaha *maaf kak ernie

kan dah kata tak takot......MAKKKKK!!!!! UUUULLLLAAAAARRRRRR!!!!! (T___T)

jom ke sekolah!!!!

kenapa haku sorang biru....huhuhu biasalaaa budak nakal memang bergitu..
kek birthday pemberian teman baik..blueberry..nasib baik BUKAN coklat .thank u..saya menghargainya
dari kak yana dan kak erni..terima kasih..aniz sayang kalian..thank u sebab jaga aniz walaupun dengan mulut yang bising dan cara yang kasar..anda tetap comel..
dapat delivery flower masa birthday..ia adalah tanda maaf sebenarnya.
bagi laluan...bagi laluan...jangan berebut nak bergambar dengan i..sila ambil nombor yer...ngehngehngeh

hadiah birthday dari teman baik..suka buku ni..bertambah ilmu saya, makin bertambah juga pahala kamu yang memberi..thank u =D
hadiah birthday dari encik faidzal..thank you..love it..tahun depan bagi lagi yer..huhuhu
opis-mate
photoshoot pra-raya
raya lepas...
dengan boyfriend ku..i miss u..
tempat ni....emmm biarlah rahsia...(--_--)
abaikan kasut-kasut di tepi itu..budak aniz memang begitu..(T____T) kakinya dua, kasutnya 14..
badminton setiap selasa..not actually "setiap"..dah kerap skip..=(
ingat lagi??? =D
dengan anak buah baru..anak boss..=)
sara lagi dan lagi..terima kasih kerana tulung memenuhkan blog acik dengan gambar sara..





excuse me encik..tepi sikit buleh..gigit kang!

******SEKIAN******

apa agaknya akan jadi tahun 2011...........