CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 7, 2012

i am back

Aku taip, aku delete....

Aku taip, aku delete...

Aku taip, aku delete lagi...


betul-betul tak tahu apa yang mahu diisi dalam new post comeback ini...ahaks!...watever!!

Aku kembali selepas membuat keputusan untuk mengabadikan perjalanan hari-hari aku untuk beberapa hari yang akan datang di dalam sini...

Aku tersentak lalu tersedar (udah macam lirik lagu yop!)..mana mungkin aku bisa ngingati semua kenangan yang akan berlaku. Pengambilan jus semut yang terlalu banyak memungkinkan aku untuk melupakan sesuatu dengan terlalu cepat. Contohnya, aku telah terlupa yang hari ini hari isnin dan perlu ke pejabat seperti biasa..lalu aku tersedar jam 6.00 pagi dan tidur semula..dan tersedar semula jam 6.45 lalu bersiap macam ribut...itu bukan lupa, itu sengaja!..yelaaaa yelaaaa....bergurau sahaja...(-_-)v..jadi sebelum aku mula lupa akan kenangan-kenangan penting yang telah, sedang atau akan berlaku, biarlah aku abadikan semuanya disini. Esok-esok anak cucu boleh baca blog ini untuk anak-anak mereka sebelum tidur...jadi takdelah keturunan-keturunan aku jadi penipu atau tertipu dengan cerita-cerita fairy tale yang palsu semata. Gaun kembang, putera raja berkuda, orang kerdil. Penyudahnya paksa mama dengan papa mereka beli set barbie doll yang bukan-murah-itu..arrgghh enough is enough!...cerita nenek korang ni pun best apa. Cuma belum sampai part happily-ever-after je..ammmmbbboooooooiiii!!! emo nampak nek!..hehehe

OK!

Kita mulakan catatan ini dari semalam..


eee ehhhh..kenapa semalam???? patut mula la dari hari ini...


Ini blog aku, jadi mesti ikut sukahati aku. Kalau tak suka boleh delete post ini. Itu pun kalau boleh..hahaha



6.5.2012


Tengahari- Selesai membeli semua barang yang telah disenaraikan.. AKHIRNYA!!!!! boleh tidur senyum lepas ini. aku sangka....

Petang - Lepak dekat SAID dengan V, Amir, Adam, Daniel, Sazzy pun ada..hati gembira bukan kepalang mendengar cerita dan bercerita macam itu. Adam banyak memuji aku nampak happy dan semakin happy dan semakin happy. Baguslah kalau itu yang orang nampak. V selalu ajak, aku yang tak mahu ikut. Semalam dah ikut, tak mahu balik pula.. dasarlah engkau Aniz! Bergenang air mata Sazzy mendengar cerita tentang kisah aku dan V. Sayu pulak aku rasa. Its ok lah dear, setiap yang berlaku ada hikmahnya. By da way, Sazzy nampak semakin comel bila berhijab. Alhamdulillah.......

Malam - V tolong angkat barang naik ke rumah..tiba-tiba PRANGGGGGG!!!!!! bunyi kaca berderai...aduh.....Istigfar panjang aku. Aku masih tersenyum. Pecah dua biji pasu yang aku beli tadi. Haihhhhhh istigfar je la banyak-banyak. Marah pun tak boleh cantumkan pasu tu semula. Dia tak sengaja tu (pujuk hati sendiri). Sabar-sabar jugak, Istigfar-istigfar jugak, ganti tetap ganti ye V! ('',)v

Itu saja untuk semalam.


Hati aku rasa lain macam lah sekarang. Rasa macam.....haihhh susah nak cakap. Mungkin ini lah yang dikatakan 'senang hati' kot.  Macam dapat hidup baru. I hope. Mahu terus rasa macam ini, tak kira apapun yang jadi. Tak mahu nangis-nangis sedih-sedih lagi. Air mata simpan dalam laci elok-elok. Aku nak mulakan hidup baru yang lebih baik dari dulu. Aku nak hidup baik-baik. Aku nak jadi aniz yang dulu atau lebih baik. Yang sudah tu sudahlah. Buang yang keruh dekat Ayer Keroh. Permudahkan lah urusan-urusanku Tuhan....Aminnnn....