CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 25, 2012

Empat cerita dalam satu entry aku sumbat

17.5.2012

Dari pagi sampai ke petang aku buat kerja macam ribut. Buat kerja secara cepat dan bersungguh-sungguh untuk memastikan kerja-kerja aku dapat disiapkan sebelum jam 5.00petang. Hari itu aku sudah membuat janji temu dengan tailor. Tidak boleh lewat sebab butik tutup jam 6.30pm. Setelah berminggu-minggu menunggu, akhirnya siap juga baju aku. Excited sungguh aku menantikan detik untuk dapat melihat baju itu. 

Sesampai di kedai, tailor hulur baju dan aku pergi fitting. Saat itu lah tragedi bermula. Tragedi ngeri yang tragis. Ehh tak tak.. belum tragis lagi sebab aku baru niat nak membunuh tailor tu, tapi belum bunuh lagi. Baju yang aku tempah bersaiz M, telah menjadi dengan sangat menjadinya bersaiz XXL..what the huh!!!!!! Nak salahkan aunty aku yang suggest tempat tu pun tak boleh. Saat itu rasa sesal datang. "Kalau lah aku tempah baju ni dengan tailor biasa aku kat kampung, mesti tak jadi macam ni"..Hmmm how i hate the word KALAU.. Nasi dah jadi bubur. Aniz dah jadi Shanie..ee ehhh...HAHA

Merah mata aku dalam fitting room. Menahan amarah mungkin. Dalam waktu-waktu suntuk sebegini, MASA adalah menjadi sesuatu yang amat mahal, bagaimana mahu diselangkan dengan tragedi yang tidak sepatutnya seperti ini. Kalau kain untuk buat baju kerja seharian ke, baju raya ke, takpe lagi. Mahal aku beli kain ni, masterpiece kot. Puas aku beristigfar. Keluar fitting room dengan senyuman hambar. "Kak, baju ni besar. tolong kecilkan ye."..Dia ukur badan aku semula. Aku beri masa 3 hari untuk dia transform baju tu mengikut kemahuan aku yang sebenar. 



21.5.2012

Aku MC. Sempat selesaikan urusan servis kereta. RM408.00..Phewww..Makin pening kepala aku. Petang pergi print gambar. Selesai dua urusan. Syukur.



22.5.2012

Aku ke butik itu sekali lagi. Aku drive dengan hati yang berdebar-debar. Ya Allah..permudahkanlah urusan aku. Disebabkan aku mengejar masa, aku mempercepatkan urusan di situ. Ambil paper bag berisi baju tanpa memandang sekilas pada baju tersebut, bayar upah kepada tailor dan aku terus blah. Aku betul-betul tawakal dengan tidak men-try baju tersebut. Setiba di rumah lebih kurang jam 7.10pm, aku terus ke bilik dan memakai baju itu. Alhamdulillah........ianya menjadi betul betul seperti apa yang aku bayangkan, yang aku mahukan. Terima kasih tuhan. 

Kain baki yang aku minta hanya berukuran kurang daripada suku meter. Waktu tempah baju tu, aku bagi dia kain 5 meter suku. Dah pesan awal-awal aku nak 1 meter baki untuk tujuan lain, dia p bagi perabih semua kain tu. Bala...balaaa...bala....Arggghhhhhh......penyudahnya hajat tak kesampaian. Benci lah akak ni!!!!...


24.5.2012

Balik kerja seawal jam 5.35pm aku terus ke RHB bank untuk mendepositkan ansuran sewa beli BMW wanabe aku. Selepas itu ke kedai buku di sebelah bank yang ada menyediakan khidmat e-pay untuk bayar bil astro. Urusan-urusan rutin apabila gaji masuk. Hutang dilangsaikan dulu. Akhirnya selesai semua urusan membayar bil sebelum aku pulang ke kampung. Lega...Aku tak mahu nanti diganggu dengan perkara-perkara remeh. Macam elektrik tiba-tiba nak kena potong, air tak mahu keluar dari paip, chanel astro telah disekat. Minta jauhhhhh minta jauhhhh...Dalam huru hara menguruskan hal yang besar-besar, tiba-tiba terselit pasal bil api air, mengarut betul.

Ketika aku mahu melintas jalan menuju ke kereta, seorang lelaki berbasikal besar nyaris-nyaris terlanggar aku. Entah dari mana dia datang aku langsung tak perasan. Padahal tadi dah pandang kiri kanan dah, macam yang cikgu tadika ajar. Hampir terduduk aku di tengah jalan tu. Berderau darah, pucat muka. "Minta maaf! Minta maaf!, tak perasan." dia kata. Aku senyum dan menyambung langkah. Baru dua langkah aku bergerak, dompet aku terjatuh. Aku tunduk untuk ambil. Tiba-tiba...aku dengar bunyi motor dibrek dengan kuat sekali. Ya Allah, motor tu betul-betul depan muka aku. Kalau terlanggar tadi mahu terpelanting sampai ke Kuantan. (amboi melampau tuu)...kenapalah dengan aku. Terlepas dari satu bahaya, bahaya lain pula yang datang.Takut betul aku rasa. Tak dapat bayangkan kalau apa-apa kemalangan berlaku tadi. Masuk kereta, aku termenung sekejap. Sempat bermuhasabah. Perjalanan yang cuma 4 meter, bahaya yang datang betul-betul mentakutkan. Teringat kata-kata mak

"Dalam waktu-waktu macam ni, kurangkan keluar rumah. Jangan kerap memandu kesana-kesini. Bahaya mudah dekat. Macam-macam boleh jadi. Jaga diri baik-baik."

Mungkin ada benarnya kata-kata mak tu. Ya Allah..hindarkanlah aku dari segala malapetaka.










4 cakap-cakap:

ankeljonni

hakhakhak... sumbat je berapa byk cerita aniz...

yep.... sila lebih berhati-hati..

Mata Pena Fadz

btul2 entri tangkap n muat semuanya ni..heee..
aniz...aniz...
baju yg aniz tempah tu bju kawin ey..heeeeee :P
busy body jew kite ni....
pesan mak...darah manis tuh...ngeeeee
:)

Jajas

mulakan dengan bismilah...hehe

nZaOdonut

btoi gk ckp org tua2 klo cmtu... "x boley kluar umah suke suki..."

btw...jaga diri bek2 yep dik nOn..

smOga SELAMAT dnia akhirat & ke jinjang pelamin...amin :)