CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 15, 2012

Ana

Baru lepas berborak dengan Ana. Tenang sedikit rasa hati. Ana adalah ajaib. Tidak perlu kata apa-apa, dia sudah tahu semua. Lebih hebat dari Bomoh Pak Bun dalam drama Tentang Dhia. Dia bijak mengambil hati. Dia pandai memujuk hati. Dia hebat membuat hati berasa geli. Geli sehingga gelak secara kuat walaupun pada mulanya menangis. Lama kami tak berhubung. Kali terakhir sewaktu hari lahir Ana Februari lepas. Ana...seorang yang sangat merendah diri dan sangat maniz.

Ana pesan,

"Kau kena uruskan baik-baik. Jangan fikir yang bukan-bukan. Ini adalah sekali seumur hidup, jangan main-main. Jangan buat endah tak endah. Tak kira lah suka ataupun tidak, ia tetap akan berlaku. Mesti tetapkan hati. Mesti buat baik-baik. "


Aku kata,

"Ana..aku harap sangat kau ada hari tu nanti. Mesti ada. Kau kawan aku yang terpaling rapat. Kau satu-satunya kawan yang sangat faham aku. Aku nak kau ada untuk beri aku semangat. Aku nak kau ada supaya aku tak fikir yang bukan-bukan. Aku nak kau ada supaya aku kuat untuk terima takdir. Aku nak kau ada. Kau MESTI ada."



"Insyallah...ada masa nanti aku jumpa kau."


Hmm terima kasih kawan.


Ana bagi nasihat dan pendapat tentang banyak perkara tanpa aku perlu minta. Dia beri pendapat tentang semua perkara yang berkaitan. Tentang semua....Inilah dinamakan sahabat. Terlalu tenang rasa hati dapat mendengar suara Ana. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Ana ibarat satu tiupan semangat dalam diri aku. Jauh ditiup..dari Batu Pahat ke Putrajaya.HAHA

Sudah berbelas tahun kami bersahabat. Kami banyak menghadapi susah bersama-sama berbanding senang. Kami banyak menangis bersama. Tentang keluarga, cinta dan hidup, semua kami kongsi. Kami dicop sebagai sahabat yang selalu menceriakan keadaan di sekolah. Terutamanya Ana. Ana adalah sangat menghiburkan. Walaupun kami sudah semakin menjauh dari kawan-kawan lain dek kerana kesibukan masing masing menguruskan hidup, asalkan kami ada satu sama lain itu sudah mencukupi. BEST ada seorang kawan macam Ana.


Ana...aku sayang kau macam selalu.


2007



Januari 2010


Dia sangat suka buat 'peace' bila bergambar..=))