CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 9, 2012

overload

Aku sangat risau hati dengan pelbagai perkara. Urusan-urusan ini sangat susah dan mensusahkan. Lainlah kalau ada sejuta. Boleh bagi sahaja sejuta pada orang biar dia uruskan semua. Aku boleh tidur lewat bangun pun lewat. Yihaaa!! Tapi tak ada sejuta. Aku lah sendiri yang perlu uruskan semua. Kepala sudah overload. Penat!

Macam-macam perkara harus difikir. Kalau aku tak mahu fikir, engkau mahu??? haishh

Disebabkan aku adalah orang yang sangar suka membuat list, jadi aku mahu mensenaraikan perkara-perkara yang merisaukan hati.

  1. Tailor masih tak call aku. Aku perlukan lebihan kain dari baju itu untuk buat veil. Bukankah sudah beritahu awal-awal. Sudahlah ini pertama kali mahu menjahit sesuatu yang penting secara sendiri, janganlah mentakutkan saya lagiiiiiiiiiiii.
  2. Mood masih rosak untuk menulis  kad. Malam tadi sudah cuba tetapi sayangnya hampa. Aku ingat ia akan menjadi aktiviti yang menseronokkan hati, tetapi rupa-rupanya ia tidak begitu. Ia sangat memerlukan minat yang tinggi. Atau tulisan akan menjadi senget senget dan bolat-bolat. Bila tengok list nama, baru aku tahu yang aku mempunyai kawan yang ramai rupanya. Selama ini aku fikir kawan aku cuma ada lima enam orang sahaja.HAHA Dari memegang pen berdakwat basah, ke pen berdakwat kering sampailah ke pen berwarna warni, mood masih tiada. Hanya menulis sekeping kad untuk Kak Lini. Itu pun menggunakan pen berwarna warni.  Ia sangat comel dan pandai menggoda. Sampai kesudahannya aku menjadi sangat leka menconteng sana dan sini dengan pen berwarna warni. Menulis nama sendiri. Menulis nama V. Melukis bunga. Melukis burung cacat (aku tak pandai lukis burung rupanya..HAHA) Aku jadi leka menconteng sambil mentonton CSI dari jam 9 hingga 11. Seronok! habis kad bagaimana????. Aku terlupa lagi..PADAN MUKA! PADAN MUKA! Seronok sudah tidak ada makna lagi. phewwww....
  3.  Pasu yang pecah belum dibeli. Bukan Bukan. Belum diganti. Tetapi tidak apa-apa. Ini bukan urusan aku lagi, ini urusan V. Boleh tenang sedikit. Sedikit sahaja lah.
  4. Barang dari IKEA masih belum sampai. Masih dalam kapal. Hari itu janji hujung minggu ini boleh ambil. Macam mana??? Matilah!
  5.  .........

Heh! Kepala aku sudah terlalu overload sampai tak boleh nak buat list.  Waktu rehat sudah habis. Mahu sambung buat kerja. 

5 cakap-cakap:

roq

just chill :)

singgah2 la sini :)

Mata Pena Fadz

byk tuh dlm list....
fad yg bace ni pown 2,3x ulang....
cian kt aniz...mesti letih dan penat...
relax....n buat tenang2...InsyAllah..pasti siap.... :)

nZaOdonut

hurmmm...ni preparatiOn nk kawen ke dik non??...hehehehe...klo btoii yippii2! tahniah yep~

Aniz

ROQ - dah singgah dah...

fadz - insyallah....hehe thanks dear..

nZa- ye kot dek non...hehehe

nZaOdonut

btoii ke preparation 4 ur wed nih??...Alhamdulillah.......

"milik siapakah hati ANIZ"....?hohoho

(nyanyi versi Sudirman)