Pagi ini aku telah secara tiba-tiba berasa rindu yang amat sangat untuk berpuasa ala family-family. Apalah maksud ‘ala family-family’ ??? lantaklah!. Aku rindu mahu bangun sahur dikejut manusia. Ya..MANUSIA..bukan lagu Melly Goeslow yang berkumandang dari telefon bimbit aku. Aku rindu ibu jari kaki aku ditarik Abah ketika mahu mengejut aku dan adik-adik bangun. Aku rindu mahu mendengar teriakan suara Emak yang sibuk memasak dengan periuk belanga yang menghasilkan bunyi pang pong pang pong didapur tetapi mulut tidak berhenti juga membebel. Aku rindu mahu duduk di meja makan menongkat dagu akibat menahan mata dari terpejam. Aku rindu mahu berebutkan bahagian-bahagian ayam goreng dengan adik-adik. Aku amat rindu secara drastik sebenar-benarnya bersahur nasi. Nasi dan lauk pauk yang dimasak dan kemudian dimakan secara berjemaah, bukan beseorangan seperti orang kekurangan kasih sayang.
Aku jemu bersahur epal. Aku jemu bersahur sambil mendengar suara-suara yang datang dari TV. Bukan saja setengah, malah suku dari bahagian epal itu juga lambat-lambat aku habiskan. Akhirnya AKU KALAH. Terasa seperti seorang LOOSER. Masuk ke bilik, bersolat dan kadangkala tidur semula selepas mengaji sebaris dua. TAHNIAH EMOSI. ANDA PEMENANG, SAYA PENGALAH. Pergi jahanam! Aku benci perasaan ni.
Tahukah kamu bagaimana rasanya berjauh dari keluarga??? TAHUKAH??? Rasanya seperti SEPI. Aku bukan seorang yang suka hidup tanpa kawalan. Aku bukan seorang yang suka memaksa diri memasak untuk makan. Aku bukan seorang penggemar fast food secara tegar. Aku bukan seorang yang suka bercakap dengan tiang yang mengeluarkan suara, kemudian secara magik makanan akan keluar dari tingkap kaca (penjelasan aku bagi drive thru). Aku adalah pencinta nasi. Nasi dan lauk yang dimasak oleh orang-orang yang aku kenali. Tetapi mak cik di café office atau di gerai berdekatan rumah yang suka bertegur sapa, aku TAK maksudkan.
Aku tiada mood mahu menconteng lagi. Biarkan aku melayan sisa sebak yang menghentam dada secara keras ini. Status sekarang adalah demotivate diri sendiri. Tidak bagus bukan? TAK PEDULIK! TAK PEDULIK!
Bersurai sekarang.
7 cakap-cakap:
sabarlah...2 minggu je lagik..kalau xtahan, balik laa rumah weekend ni. orait?
jap, mmg sahur epal je ke? perut ape ni?? hahaha first time jumpa org cmni.
amboi emo betul tu...semalam sy balik kerja kluar makan dengan kawan smpai kol 12.15am...pastu balik umah sewa...dok layan pc sampai kol 3am...pastu gerak balik kampung...4.15am smpai kampung...hehe
dekat kan...selamat berpuasa.
dear anis.
hee be strong okie! weekend if got free time,ballik la ke kg halaman.okie? :)
p/s: sy kwn kepada en limau. blog dia yg live with laugh tu. em dia skrg ta berapa sehat.sakit.. so dia ta dpt na update belog.dia suh sampaikan pesanan ini. :)
Darimo Roslan - kalau boleh balik, dah lama balik...ada kelas la weekend, sbb tu tak boleh balik...=(
Darimo Roslan - betul...perut aniz la..hahaha
Jasman - saya ada kelas, sebab tu tak boleh balik :(
Cik Barakah - thank u...saya sangat tertanya2 tentang dia..dia tak sihat??? hmm i do worried about him...sampaikan salam saya pada dia ye..saya doakan dia cepat sembuh...
btol2 frust ni dear.....
bersbr yew darling :)
yap.dia sgt sgt ta sehat.ikutkan hati mahu shja bgthu anda apa yg dia sakit.tp dia ta bg.dia tanak org risaukan dia kot.pape pon, text la dia.mybe it will be nice.
:)
Post a Comment