CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 19, 2010

melawan kesepian

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Friday, October 15, 2010

blank page

Tired of TRYING

So sick of CRYING

Yeah, I’m SMILING

But inside I’m DYING

Hurmm..i smile and pretend like nothings wrong. But inside I’m dying. It hurts my heart when I see you. But I cant do anything about it. I wouldnt call it love but sometimes I wish it could’ve gotten there. Sometimes broken hearts mean I want to be happy. But it wont happen. It is hard for me to hold on but it needs greater courage to let go. Im going to smile like nothings wrong, talk like everythings perfect, act like it’s all a dream and pretend like its not hurting me. But I just cant deny the fact that I HURT MYSELF BY HURTING YOU…

Wednesday, October 13, 2010

Demam

Semalam mc.duduk rumah 1 hari tidur jer *bukan malas lah..orang sakit kan kena banyak rehat =p pergi klinik doc tanya

‘dah berkerja atau belajar lagi ni?’

‘dua-dua’

‘haa?? ’ (sambil dahi beliau berkerutan)

‘weekdays saya kerja, weekend saya belajar’

‘so, when do u rest?? When do u sleep? Berapa jam sehari awak tidur??’

(dengan sangat beriya-iya bertanya)

‘(diam dan terkebil-kebil mata pandang doc mohon pengertian)’

‘hmm u perlu jaga tidur.from now on u kena janji yang every hours yang u tinggal untuk tidur u perlu ganti balik. Perlu balance kerja, study dan rehat. Imun badan u semakin berkurang sebab tu u mudah sakit. Perlu banyak rehat ok’

‘(angguk tanda faham)’

Dah pukul 8 lebih baru pergi klinik. Lepas maghrib makan dulu. Zu masakkan bubur nasi, sup, telur masin, ikan bilis goreng.thank u so much zu. Terima kasih sebab jaga aniz lebih dari yang sepatutnya. U are the greatest housemate I’ve ever had. Bersungguh zu masak nak bagi aniz makan walaupun tekak aniz tak rasa apa-apa, makan pun tak berselera tapi kesungguhanmu menyentuh hati..sob..sob..lepas makan zu teman saya pergi klinik. Siang tu nak pergi klinik sorang-sorang tak berani. Takut-takut rebah di tengah jalan. Siapakah nak angkat?? Orang baik tak mengapa, kalau orang jahat bagaimana??? Erkkk seremmm…sebelum tidur masak bubur dulu sebab berniat nak bawa bekal pergi ofis pasal tau dah takkan selera nak makan makanan lain.. *bubur pun tak berapa nak lalu, tapi disebabkan itu MAKANAN ORANG SAKIT saya melalukannya jua. Zu baru je sms tanya tahap kesihatan semasa saya. Saya balas demam rasa dah kurang sikit. Tapi badan masih rasa lemah lagi. *teringat kata-kata zu malam tadi. ‘kalau esok aniz tak larat nak pergi kerja aniz cuti je la. Kita cuti dua-dua sekali..kita kenal aniz ni, kalau demam taknak makan tu yang kita risau sangat kat aniz’..baikkan dia?? Housemate anda adakah begini?? Emm mungkin 4/10 je pun yang jawab ada.no mater wat, I already had one ok..lucky me..saya cakap kat zu, tekak tak rasa apa selain pahit. Nak makan apapun tak lalu. Kawan-kawan ofis advice suruh makan tom yam, mungkin boleh rasa sebab masam ada masin ada pedas ada pendek kata macam astro lah macam-macam ada…bagitahu kat zu balik nanti nak beli tom yam kat kedai makan dekat dengan rumah tu nak try makan kalau-kalau timbul selera makan saya. nak tahu zu balas apa?? ‘ haa tak payah. Tom yam dia tak sedap. Balik nanti kita masak.lagipun hari ni tak pegi gym sebab tertinggal baju.tunggu kita masak ea..’ saya cakap tak payah, dia nak masak jugak. Emm rasa sangat menyusahkan. Thank u so much zu..nanti zu demam aniz jaga zu pulak yea..wink! ok lah..waktu untuk mamam obat..semoga cepat sembuh to me..-out-

Monday, October 11, 2010

jeritan batinku

Hari ni takde mood langsung..rasa nak nangis sampai bulan depan..jumaat malam mak dengan adik azi datang.ingatkan mak nak tinggal lama kat sini, tiba-tiba malam tadi kata nak balik pula. dia kata tak betah duduk kat rumah saya. Tak cakap pun saya tahu. Mana ada apa-apa kat rumah saya. Tanah tiada, ayam itik pun tiada, kalau ada pun hamster saya yang dah tua dan mengalami amnesia tu. Maaf mak..rumah anakanda tiada apa-apa. Tapi anakanda dah buat permohonan kat PERHILITAN minta kebenaran untuk ternak gajah barang seekor dua..*hoi!! Melawak plak eh!! Benci!!..Awal-awal pagi saya dah bangun. Masak nasi goreng kampung, goreng popia segera *nak tunggu saya buat lusa baru makan, goreng nugget sikit, siap-siap masuk semua dalam bekas. Buat bekalan mak untuk makan dalam bas kalau-kalau adik lapar. Pukul 7.45 gerak ke Putrajaya Sentral. Mak naik bas pukul 9.00 pagi. Lepas mak naik bas jer, rasa macam nak meraung kat Putrajaya Sentral tu. Macam nak jerit kuat-kuat “Makkkkkk!!! Jangan tinggalkan along kat sini!!! Along nak ikut mak!!!!” tapi apakan daya…mak tetap naik bas dengan muka menahan sebak nak tinggalkan anakandanya yang sorang ni..(T______T)

Hari sabtu dan ahad tu seronok sangat. Pertama kali sepanjang saya jadi pelajar semula ni dapat pergi kelas, salam dan cium mak. Seronoknya tak terkata. Bahagia sangat-sangat. Balik dari kelas, sampai rumah mak sambut kat pintu sambil melemparkan senyuman dia yang manis gila mengalahkan SEMANIZ CUPCAKES..dapat tido sebelah mak..urut badan mak. Seronoknya…tapi hari ni balik keje, rumah kosong, sunyi..emm tak suka sangat-sangat perasaan macam ni.rasa nak jerit kuat-kuat..dah takde mood nak menaip lagi..-out-

Monday, October 4, 2010

isnin yang cuti

hari ni...lepak kat rumah..tak pergi kerja akibat kepenatan.semalam 1 hari ada kelas dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 7.00 ptg..serius cukup memenatkan badan..otak ni menjerit-jerit minta rehat, tapi diri yang kejam ini paksa jugak otak keje..kesian kat hotak haku..dekat pukul 10 baru sampai rumah..kaki dah berdenyut-denyut sakit..*kenapa kaki lak yang penat?? ooo mungkin kaki join otak belajar sama..hakhakhak..kesan dari kepenatan terlampau, saya membuat keputusan dengan hati yang ikhlas untuk mencutikan diri pada hari ini..bangun pagi senyum-senyum sorang bila mengetahui im on leave..hehe saya cuti hari ini sebab penat yer, bukan sebab saya tak suka Encik Isnin yang sering dibenci dan dirunguti oleh ramai orang yang malas nak pergi kerja pada hari isnin..*ececehhh...nak kata kamu rajin pergi kerja hari isnin la tu..isshh tidak lah begitu..hehe

aktiviti di hari isnin yang cuti:
-tidur
-bangun tidur
-basuh baju
-tidur lagi
-bangun tidur
-lipat baju yang dah kering *aktiviti yang saya tak gemar tapi buat jugak sebab dah takde aktiviti lain
-tengok tv
-tv tengok saya
-makan

nampak tidak aktiviti apa yang paling banyak di situ?? harus lah tidur yer..seperti yang dimaklumkan awal-awal tadi, cuti pun sebab penat jadi cuti rehat ler puas-puas supaya esok boleh pergi kerja..*waaaa malasnya!!!..best teramat cuti ni..lepak kat rumah tak payah susah-susah buat kerja itu ini..kalaulah boleh tak kerja, duduk kat rumah, hujung bulan dapat duit..tapi malangnya, saya ni tergolong dalam parti gerakan, bukan politik tu..tapi ni parti gerakan bersamaan tak kerja tak makan..(T___T)..tak boleh cuti selalu.kena simpan cuti..sebagai student part time, status itu melayakkan saya untuk selalu terpaksa bercuti untuk pergi universiti atas urusan penting, ataupun siapkan assignment yang kadangkala tak sempat-sempat sungguh nak siapkan tapi due date untuk submit dah nak sampai keesokan harinya atau keletihan sebab pergi kelas sabtu ahad..isnin sampai jumaat kerja, malam belajar sendiri kat rumah, weekend pergi kelas.7 hari seminggu none stop.haaa nampak tidak sekarang yang saya ni rajin?? bukan sengaja nak cuti-cuti malaysia tanpa sebab tahu..*sebenarnya kamu tu kurang bijak manage masa..hmm rasanya kot..sebab tu la selalu lambat submit assignment.orang lain dah submit kelmarin, kamu minggu depan pun belum tentu submitnya..nak buat macam mana, its about time okey...*nak jugak menegakkan benang yang basah..ahaks!.. nak sambung menikmati cuti yang hanya tinggal beberapa jam saja lagi ni..-out-

Friday, October 1, 2010

its coming!!!!

jadual exam dah keluar
saya dah berdebar
dalam jantung ada labah-labah bergerak
dalam usus besar ada ketam berjalan
dalam telinga ada orang main kompang <--lari tajuk sikit
semua yang pelik mula berlaku
mimik muka berubah-ubah tanpa mengikut rasa dalam hati
segalanya serba tak kena
buku tak khatam dah nak start exam (as usual)
assignment masih bertindih tindan seiring dengan fail-fail yang ada atas meja sekarang ni...
kenapa hari-hari menjelang peperiksaan sehingga hari terakhir peperiksaan selalu lebih susah dari yang dibayangkan
kalau la saya mampu kata *ehh sebenarnya takde lah susah mana..exam kali ni nampak gayanya lebih senang dari yang disangka
tapi haram!!!! silakan jangan nak berangan..itu mustahil sebab kamu ni sentiasa tak bersedia
kalau nak tunggu kamu bersedia baru boleh exam,
alamatnya murid-murid yang daftar pada disember 2007 akan exam pada april 2015..tu pun belum tentu..
suka atau tidak, kena pergi exam tahu!..
duit dah banyak habis, (termasuk duit orang yang saya pau tanpa sedar..maaf kawan-kawan..halal yer)
tenaga pun dah banyak kerah
harus pergi..wajib pergi..mesti!!!
ni bukan lagi 'kebahagiaan dalam perpisahan'
mungkin lebih sesuai disebut 'keterpaksaan dalam kebaikan'
entah..haku da merapu dalam keberdebaran..(T____T)
waktu-waktu macam ni la azam akan tercipta
nak balik rumah cepat-cepat, terus baca buku
TAK PAYAH : tidur, makan, jalan-jalan, mandi lama-lama, tengok spongebob, masak (kesempatan untuk mentapau jer hari-hari), berbual, chatting dan lain-lain aktiviti yang digemari..*nampak sangat belajar itu tidak digemari oleh haku
merdeka hanya akan datang pada 7 November 2010 jam 5.16pm..*sebab paper last 2.15-5.15pm..

*ingat betul-betul 7 November 2010 jam 5.16pm MERDEKA!!!

tapi sebelum itu, harus lah menderita sebenterrr aja ya...sob..sob..
sudah! keluar sekarang! p baca buku sana! ..baiklah......=p

-sekian-