![]() |
| haa hambik ko..giler glamor aku buh gambar saiz A3 ni..=p |
Macam-macam yang sudah terjadi..sumpah acik aniz ni tak tahu nak mula dari mana….wwooohaaaa
Berdirinya saya disini adalah untuk mengajak tuan-tuan dan puan-puan sekalian…erkkkk ciss!!! Politik…….politik……….pengaruh betul!
Back to da story….
Lama menghilang bukan kene sorok dengan Hantu Kopek..jauh sekali Hantu Kak Limah..bukan juga terpikat dengan jejaka Lombok lalu ikut mereka pulang ke kampung…jejaka KL boleh jadi…bukan juga buat keputusan nak stop berblogging bajet dah diva ada 17 ribu ratus juta follower yang pegi sana sini ada orang minta sain….BUKAN sama sekali..
Tapi aku sangat sibuk…
Menguruskan diri yang tak juga terurus-urus…
Sibuk dengan final exam..
Sibuk kerja..
Sibuk ronda-ronda kampung bajet nak ganti Sarip Dol..
Sibuk berkasihan… abaikan! abaikan! >_<
Setiap hari terdetik nak mengupdate blog…malangnya itu cuma datang sedetik dua..bukan SEDETIK LEBIH macam lagu Abang Nuar..sob sobb....
SEKARANG
Alhamdulillah…
Exam dah habis..aku menghabiskan setiap detik yang ada dalam cuti semester atau lebih tepat Cuti-Dari-Baca-Buku-Atau-Hafal-Formula-Subjek-Mikroekonomi yang tak berapa nak lama ni dengan aktiviti-aktiviti yang digemari..
Contohnya:-
Beeeeerrrrrcccccuuuuuuttttiiiiiii di tempat bersuhu rendah…maaf letak huruf banyak-banyak sebab over happy nyah!
Selain daripada itu, aku juga menghabiskan masa terluang dengan meronda-ronda kampung sambil main permainan sesat-sesat….syok oooo… siapa sesat dulu, dia kena berhenti tanya orang, lepas tu siapa dah tanya orang tapi tak jumpa jalan juga sebab tak faham bahasa punya spesis, dia kena nangis esak-esak dalam kereta menginsafi dosa silam….best kan??? (T___________T)
Selalu aku tanya
“ex kus semangat encik, tumpang tanya, macam mana saya nak balik rumah dari sini???”
Atau
“tumpang tanya mak cik, mak cik ada anak lelaki single yang muka macam Remy Ishak tak??? Kalau ada saya nak tanya sikit ni..kalau takde saya nak pergi tanya orang lain..sebab saya dah sesat nak ke Petaling Jaya tadi tiba-tiba nampak sign board 500 METER PLAZA TOL KAMPUNG PISANG”
Nampak tak? Nampak tak???? Betapa stylonya pertanyaan aku..lepas tanya mesti semua orang pun nak buat muka pelik-pelik…untuk mensedapkan hati, anggap je laa dorang tengah fikir “eeiiii chumelnya budak niiii”….wooohaaaa!!!!
Tidak dilupakan juga, aktiviti terpaling digemari iaitu mentonton cerita CSI, Hawai Five-O, House episode sama 18 belas ratus ribu kali…aku sangat setia dengan itu Chanel 701..lebih dari aku setia dengan Kopi cap Kapal Api…Aku OBSES dengan CSI!!!!!!!!!!
![]() |
| bila awak nak datang Malaysia makan cendol dengan saya??? Oppsss saya tak makan cendol..hahahaha |
dah kering idea...nanti ada masa i update lagi...lagi lagi lagipun kan....bila dah lama tak update blog ni, datang pula rasa janggal pada kepintaran mengolah ayat...hahahahampeh...
-sekian-
nota kaki : aku nak ucapkan 88 ribu ratus kali terima kasih kepada insan-insan yang rajin nak follow blog ni walaupun dalam tempoh yang lama aku tak update blog, tapi angka follower itu kelihatan bertambah...syukur masih ada yang sayang...*bajet warga emas kurang kasih sayang..hahaha...macam biasa..u follow me, i folloowww u back..fair okey...88 ribu ratus kali terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang rajin nak singgah sahur kat sini walaupun takde entry baru..walaupun i tak sempat berblog walking kat blog u ollsss...(T____T) maaf yer....thank u soo much from the deeeeeepeeeer side of my heart....mmmuuaaahhh!!! korang memang terbaeekkkkk wwookkkkk!









