CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 28, 2010

pakej peperiksaan bersekali ujian

Minggu peperiksaan dah bermula.bukan saja aku kene hadapi peperiksaan akhir UITM, tapi ‘peperiksaan’ dari-Nya juga..

24.10.10

lepas maghrib mak call bagitahu abah tengah packing barang sebab kena kursus 4 hari di seremban. Nada suara mak = excited. Suka dengar dia gelak-gelak, happy giler bercerita macam-macam.

25.10.10

awal pagi - mak call lagi. Kali ni bagitahu abah jatuh waktu tengah iron baju. Masa tu mak tengah solat subuh. Abah kata tangan dia sakit lepas jatuh tu tapi tetap berdegil nak pergi kursus jugak. Nada suara mak = sayu. Menahan sebak. Dia cuba sorok, tapi dengan magic yang aku ada, aku tahu. Tak boleh sorok apa-apa. Mak suruh pergi tengok abah dekat seremban sebab dia takut tangan abah tu something-something lepas jatuh seketika tadi.

tengahari - call abah tanya tangan dia macam mana, jawapan yang diterima ialah OKEY..sakit sikit-sikit jer.

Petang – call abah masih dengan jawapan yang sama.

Maghrib – abah call. Nada = lain macam. Suruh dia pergi klinik check tangan dia. Dia kata takde orang nak bawak atau dalam erti kata lain, dia susah sangat nak minta tolong dengan kawan-kawan dia hantarkan ke klinik. Aku mula rasa tak sedap hati.

Malam – jam 8.30pm aku gerak ke seremban. Sampai tempat abah berkursus aku nampak abah kena pimpin dengan beberapa orang lelaki yang aku tak kenal. Aku jadi kaget takut tiba-tiba. Turun kereta terus terpa abah. Kawan dia bagitahu dia pengsan waktu tengah dengar taklimat. Aku cakap “takpe pakcik biar saya bawa dia pegi hospital. Saya anak dia”. Aku kat Hospital Tuanku Jaafar dari pukul 10 sampai pukul 12 lebih. Abah masih dalam keadaan separa sedar. Tulang bahu abah teralih dari tempatnya. *sorry im not a doctor beside biology failed. Tak tahu nama kecederaan tu. Cerita ikut faham haku jer. Aku tanya doctor macam-macam sebab panic punya pasal. Macam mana dengan abah? Nak kena admitted ke? Tangan dia boleh sembuh ke? Kenapa abah separa sedar?? Bla bla bla..sepanjang tempoh doc rawat abah, aku berdiri betul-betul depan pintu wad kecemasan tu. Orang lalu lalang aku tak peduli. Dah macam patung pun ada aku rasa. Aku taknak berganjak dari situ sebab aku takut nanti doc susah nak cari aku. Sebenarnya boleh jer duduk sebab kerusi tak sampai 50 meter dari pintu wad tu pun, cuma haku degil takmo duduk. Aku ikut je mana mereka bawa abah. Pergi tempat x-ray, ct scan, x-ray lagi skali, balik semula ke wad kecemasan. “Sampai MA tu cakap tak penat ke berdiri dari tadi. Pergi lah duduk. Nanti apa-apa saya cari”. How nice. Thanks but no thanks. Saya nak ikut mana kamu bawa abah saya yer. Lepas segala jenis scan dan x-ray selesai, doc panggil. Bagitahu abah tak perlu ditahan di wad sebab tangan yang ‘teralih’ dah diletak semula di tempat asal. *buruknya bahasa. Tu la dulu belajar bioglogy main-main. Beside doc faham situasi aku yang awal-awal aku dah bagi tahu “we have no one beside no place right here. If my dad need to stay, I want to transfer him to Hospital Batu Pahat. My family was there”..dia kata abah tak perlu ditahan di wad cuma kena buat pemeriksaan lanjut di Hospital Batu Pahat. Boleh ambil surat yang dia buat dan bawa abah balik. sampai Putrajaya pukul 2 pagi.

26.10.10

Seharian jaga abah di rumah. Dia masih lemah. Pukul 8.30pm gerak ke Batu Pahat hantar abah balik. kalau boleh taknak hantar abah, aku nak jaga dia, tapi mak suruh hantar juga. Dia nak abah ada depan mata dia. Lagipun keesokan harinya aku exam. Nanti aku pegi exam takde orang yang akan jaga abah kat rumah. Tak boleh tinggalkan abah sorang-sorang dalam keadaan dia macam tu. Mak tak bagi dan aku pun tak mahu letak abah dalam apa-apa situasi bahaya. Terpaksa, tapi perlu hantar abah balik supaya ada banyak mata yang boleh melihat dia berbanding dua biji mata haku ni yang sebenarnya rabun..(T___T). sampai Batu Pahat pukul 11. Duduk kat rumah sekejap jer. Minum air secawan terus salam-salam nak balik. dah macam datang beraya. Pukul 11.45 gerak balik Putrajaya semula. Sampai Putrajaya pukul 3 pagi. Nampak tidak yang Putrajaya- Batu Pahat saya perlu buat-buat macam Ampang- Puchong jer. Nak buat macam mana. Kadang-kadang hidup tak beri banyak pilihan. Walau sampai dah pukul 3 pagi tapi mata tak mahu juga lelap sebab teringat kat abah. Air mata yang nak terjatuh aku tahan setahan tahannya. Tak mahu nangis, nanti melarat sampai esok-esok. Peringatan – esok nak exam tau.

27.10.10

Awal pagi dah bangun. Dapatlah tidur yang tak seberapa lenanya lebih kurang 2 jam. Celik je mata terus rasa nak nangis sangat-sangat. Nak menjerit kuat-kuat tapi takut mak jah sebelah baling lesung batu pulak. Nak nangis tapi air mata tak keluar. Tegar sungguh aku. Aku duduk dalam bilik, termenung sorang-sorang. Rasa patah semangat, taknak pergi exam. aku rasa lemah, terlalu lemah. Aku tak kuat untuk jawab exam dalam keadaan emosi aku tengah bercelaru sekarang ni. Aku perlukan teman saat-saat macam ni untuk bisikkan semangat kat telinga aku. Aku keluar bilik, pandang sekeliling setiap sudut dalam ruang rumah aku, yang aku nampak cuma aku. Aku takde pilihan. Perlu berseorangan. Rasa nak call mak, kak nori, kak yana, encik para-para untuk minta semangat. Tapi aku tak tahu nak cakap apa kat mereka. Rasa nak call Zu suruh dia balik time tu juga temankan aku. Tapi tak boleh juga susahkan dia. Aku takde pilihan langsung selain cuba terima hakikat yang aku memang kena hadapi hari ni SEORANG DIRI. Sampai ke tengahari aku masih duduk termenung dalam bilik dengan pandangan yang betul-betul kosong sekosong-kosongnya atau dalam kata ringkas ‘blank’. Waktu tangan belek-belek handphone tanpa sedar entah apa-apa benda yang aku buka, tiba-tiba mata terbaca satu message. “MAGIC IS U N ALWAYS U”..mata terasa panas tanda sense nak nangis dah datang. Tapi tak jadi. Aku tahan semampunya. Terus mandi dan bersiap. Sepanjang perjalanan ke dewan exam dada terasa berat sangat, kepala terasa sempit, badan terasa menggigil. Macam mana aku nak jawab exam dalam keadaan macam ni. Tapi aku tak boleh patah balik. masuk dewan, dapat kertas soalan rasa nak lari keluar, tak boleh buat sebab asyik teringat mak abah. Talk to myself ‘macam mana cara sekalipun, walaupun terpaksa menangis teresak-esak dalam dewan ni, tetap kena jawab exam. dah melangkah..tak boleh patah balik’..jam 5.15 pm exam selesai. Aku tak boleh nak bercakap langsung. Keluar dewan terus masuk kereta. Tak bercakap, tak senyum, betul-betul kosong. Alhamdulillah, dalam kepayahan DIA mengizinkan aku jawab exam ni sampai habis..Alhamdulillah…

28.10.10

Masuk office. Aku masih rasa kosong. Lemah. Takut. Berdebar-debar. Pada zahirnya aku mampu senyum pada semua orang. Tapi air mata yang aku tahan, masih aku tahan. Aku bukan pari-pari. Aku manusia biasa yang ada rasa lemah. oleh sebab itu aku menggunakan gelaran “AKU” untuk entry ni. Bukan ‘SAYA’. sebab..aku bukan nak minta simpati. Aku cuma…entah..mungkin meluahkan. Yang penting aku bukan nak minta simpati. Sebab aku tak mahu 1 hari nanti bila aku baca semula entry ni aku perlu baca dengan rasa kasihan pada diri sendiri. Biarlah perasaan yang ada waktu tu ialah perasaan bangga menjadi diri aku sekarang. Ya Allah..berikan aku kekuatan. Aku masih percaya dengan janji-Mu. “Tidak rugi bagi orang-orang yang bersabar”

-out-