CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 11, 2010

jeritan batinku

Hari ni takde mood langsung..rasa nak nangis sampai bulan depan..jumaat malam mak dengan adik azi datang.ingatkan mak nak tinggal lama kat sini, tiba-tiba malam tadi kata nak balik pula. dia kata tak betah duduk kat rumah saya. Tak cakap pun saya tahu. Mana ada apa-apa kat rumah saya. Tanah tiada, ayam itik pun tiada, kalau ada pun hamster saya yang dah tua dan mengalami amnesia tu. Maaf mak..rumah anakanda tiada apa-apa. Tapi anakanda dah buat permohonan kat PERHILITAN minta kebenaran untuk ternak gajah barang seekor dua..*hoi!! Melawak plak eh!! Benci!!..Awal-awal pagi saya dah bangun. Masak nasi goreng kampung, goreng popia segera *nak tunggu saya buat lusa baru makan, goreng nugget sikit, siap-siap masuk semua dalam bekas. Buat bekalan mak untuk makan dalam bas kalau-kalau adik lapar. Pukul 7.45 gerak ke Putrajaya Sentral. Mak naik bas pukul 9.00 pagi. Lepas mak naik bas jer, rasa macam nak meraung kat Putrajaya Sentral tu. Macam nak jerit kuat-kuat “Makkkkkk!!! Jangan tinggalkan along kat sini!!! Along nak ikut mak!!!!” tapi apakan daya…mak tetap naik bas dengan muka menahan sebak nak tinggalkan anakandanya yang sorang ni..(T______T)

Hari sabtu dan ahad tu seronok sangat. Pertama kali sepanjang saya jadi pelajar semula ni dapat pergi kelas, salam dan cium mak. Seronoknya tak terkata. Bahagia sangat-sangat. Balik dari kelas, sampai rumah mak sambut kat pintu sambil melemparkan senyuman dia yang manis gila mengalahkan SEMANIZ CUPCAKES..dapat tido sebelah mak..urut badan mak. Seronoknya…tapi hari ni balik keje, rumah kosong, sunyi..emm tak suka sangat-sangat perasaan macam ni.rasa nak jerit kuat-kuat..dah takde mood nak menaip lagi..-out-

0 cakap-cakap: