CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 4, 2010

isnin yang cuti

hari ni...lepak kat rumah..tak pergi kerja akibat kepenatan.semalam 1 hari ada kelas dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 7.00 ptg..serius cukup memenatkan badan..otak ni menjerit-jerit minta rehat, tapi diri yang kejam ini paksa jugak otak keje..kesian kat hotak haku..dekat pukul 10 baru sampai rumah..kaki dah berdenyut-denyut sakit..*kenapa kaki lak yang penat?? ooo mungkin kaki join otak belajar sama..hakhakhak..kesan dari kepenatan terlampau, saya membuat keputusan dengan hati yang ikhlas untuk mencutikan diri pada hari ini..bangun pagi senyum-senyum sorang bila mengetahui im on leave..hehe saya cuti hari ini sebab penat yer, bukan sebab saya tak suka Encik Isnin yang sering dibenci dan dirunguti oleh ramai orang yang malas nak pergi kerja pada hari isnin..*ececehhh...nak kata kamu rajin pergi kerja hari isnin la tu..isshh tidak lah begitu..hehe

aktiviti di hari isnin yang cuti:
-tidur
-bangun tidur
-basuh baju
-tidur lagi
-bangun tidur
-lipat baju yang dah kering *aktiviti yang saya tak gemar tapi buat jugak sebab dah takde aktiviti lain
-tengok tv
-tv tengok saya
-makan

nampak tidak aktiviti apa yang paling banyak di situ?? harus lah tidur yer..seperti yang dimaklumkan awal-awal tadi, cuti pun sebab penat jadi cuti rehat ler puas-puas supaya esok boleh pergi kerja..*waaaa malasnya!!!..best teramat cuti ni..lepak kat rumah tak payah susah-susah buat kerja itu ini..kalaulah boleh tak kerja, duduk kat rumah, hujung bulan dapat duit..tapi malangnya, saya ni tergolong dalam parti gerakan, bukan politik tu..tapi ni parti gerakan bersamaan tak kerja tak makan..(T___T)..tak boleh cuti selalu.kena simpan cuti..sebagai student part time, status itu melayakkan saya untuk selalu terpaksa bercuti untuk pergi universiti atas urusan penting, ataupun siapkan assignment yang kadangkala tak sempat-sempat sungguh nak siapkan tapi due date untuk submit dah nak sampai keesokan harinya atau keletihan sebab pergi kelas sabtu ahad..isnin sampai jumaat kerja, malam belajar sendiri kat rumah, weekend pergi kelas.7 hari seminggu none stop.haaa nampak tidak sekarang yang saya ni rajin?? bukan sengaja nak cuti-cuti malaysia tanpa sebab tahu..*sebenarnya kamu tu kurang bijak manage masa..hmm rasanya kot..sebab tu la selalu lambat submit assignment.orang lain dah submit kelmarin, kamu minggu depan pun belum tentu submitnya..nak buat macam mana, its about time okey...*nak jugak menegakkan benang yang basah..ahaks!.. nak sambung menikmati cuti yang hanya tinggal beberapa jam saja lagi ni..-out-

0 cakap-cakap: