jadual exam dah keluar
saya dah berdebar
dalam jantung ada labah-labah bergerak
dalam usus besar ada ketam berjalan
dalam telinga ada orang main kompang <--lari tajuk sikit
semua yang pelik mula berlaku
mimik muka berubah-ubah tanpa mengikut rasa dalam hati
segalanya serba tak kena
buku tak khatam dah nak start exam (as usual)
assignment masih bertindih tindan seiring dengan fail-fail yang ada atas meja sekarang ni...
kenapa hari-hari menjelang peperiksaan sehingga hari terakhir peperiksaan selalu lebih susah dari yang dibayangkan
kalau la saya mampu kata *ehh sebenarnya takde lah susah mana..exam kali ni nampak gayanya lebih senang dari yang disangka
tapi haram!!!! silakan jangan nak berangan..itu mustahil sebab kamu ni sentiasa tak bersedia
kalau nak tunggu kamu bersedia baru boleh exam,
alamatnya murid-murid yang daftar pada disember 2007 akan exam pada april 2015..tu pun belum tentu..
suka atau tidak, kena pergi exam tahu!..
duit dah banyak habis, (termasuk duit orang yang saya pau tanpa sedar..maaf kawan-kawan..halal yer)
tenaga pun dah banyak kerah
harus pergi..wajib pergi..mesti!!!
ni bukan lagi 'kebahagiaan dalam perpisahan'
mungkin lebih sesuai disebut 'keterpaksaan dalam kebaikan'
entah..haku da merapu dalam keberdebaran..(T____T)
waktu-waktu macam ni la azam akan tercipta
nak balik rumah cepat-cepat, terus baca buku
TAK PAYAH : tidur, makan, jalan-jalan, mandi lama-lama, tengok spongebob, masak (kesempatan untuk mentapau jer hari-hari), berbual, chatting dan lain-lain aktiviti yang digemari..*nampak sangat belajar itu tidak digemari oleh haku
merdeka hanya akan datang pada 7 November 2010 jam 5.16pm..*sebab paper last 2.15-5.15pm..
*ingat betul-betul 7 November 2010 jam 5.16pm MERDEKA!!!
tapi sebelum itu, harus lah menderita sebenterrr aja ya...sob..sob..
sudah! keluar sekarang! p baca buku sana! ..baiklah......=p
-sekian-
Friday, October 1, 2010
its coming!!!!
Labels:
SEMANiZ STUDiES
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cakap-cakap:
Post a Comment