Malam tadi ada study secara berpasangan group yang memfokuskan kepada subjek ekonomi. Ada kak ila, abang jamal dan abang wan. Kak hatiah tak dapat join sebab dia outstation. Waktu-waktu puncak dekat sangat dengan tarikh exam ni kena outstation..huh sungguh mengganggu..kesian kak hatiah. But no worries kak. Sebarang perkembangan saya akan update dari semasa ke semasa yer. Kalau lulus sama-sama, kalau gagal sorang-sorang yer..hakhakhaktui sem ni adalah sem yang sangat mendebarkan. Bukan sebab ambil 5 paper iaitu lebih 1 dari biasa, tapi sebab sem ni selalu buat saya rasa perasaan yang bukan-bukan. Takut tahap ya amat sampai diserang insomnia, selalu mimpi duk dalam dewan exam berpeluh-peluh, berdebar tahap pelik semacam *betul semacam..sampai tengah gelak-gelak tiba-tiba boleh diam, jantung berdegup kuat dan terus rasa nak baca buku, terganggu selera makan, selalu migrin, pendek kata cukup menyeksakan. Semester-semester lepas takda pun rasa pelik-pelik macam ni. Berdebar bila nak dekat exam tu normal laa..tapi semester ni, bukan kata nak dekat exam, dari mula semester sampai la sekarang tak sudah debarannya. Sampai saya rasa LEMAS tahap rasa nak berhenti belajar lah..isshhh serius tak dapat nak gambarkan perasaan seram-seram tu kat sini. Lebih-lebih lagi untuk paper ekonomi. Sangat tak confident nak pergi exam. Sampai rasa nak ambil MC 7 haribulan ni. Tapi malam tadi sesuatu telah terjadi..buat pertama kalinya untuk semester ni saya anjurkan study group untuk paper ekonomi yang saya rasa sangat susah *yang rasa terror dalam subjek ekonomi sila main jauh-jauh yer.malu saya..entry ni untuk budak baru belajar macam saya jer..=p .. sementara nak tunggu abang wan dan abang jamal datang, saya dengan kak ila pura-pura terror dengan gaya gah dan beraninya buat soalan tutorial. Saya buat tutorial 4 soalan nombor 5. Dengan ilmu yang langsung tiada di dada *sebab selalu baca buku bukan faham sangat pun, saya buat jugak soalan tu dengan gaya seorang pahlawan. *Sungguh poyo..tanpa merujuk buku langsung.100% buat menggunakan logic akal sukahati mak jah jiran sebelah jer..saya ulangi..tanpa merujuk buku langsung..supaya di akhir cerita mesej dapat disampaikan dengan jayanya..OK sambung..saya buat soalan-soalan tu sampai siap. Selang setengah jam kemudian abang wan dengan abang jamal pun sampai. No no..mereka bukan baru sampai. Mereka dah lama sampai tapi kami telah duduk sebumbung 1 tempat yang sama Cuma ruang berbeza. Mereka ingat saya dengan kak ila belum sampai, kami pulak ingat mereka yang belum sampai. Elok sangat la tu. Sampai kesudah kami saling ingat mengingat.
OK balik pada topic soalan tutorial yang saya buat tadi.
Bila abang wan datang, saya suruh dia semak jawapan-jawapan saya. saya kata “saya hentam jer abang wan. Bukan tengok buku pun. Main buat jer. Graf tu pun saya lakar ikut apa yang saya faham jer”. Abang wan meneliti jawapan saya dengan dahi berkerut. Saya dah agak abang wan mesti nak kata jawapan saya salah. Mana mungkin betul. Saya buat ikut logic, bukan buku. Tapi abang wan kata “HAH! BETUL LA NI”..whatss!!!! rasa nak melompat.betul??? isshh susah nak percaya ni. Saya boleh buat soalan ekonomi??. Point penting disini, saya bukan nak war-war kan yang saya ni seorang yang sangat bijak sampai boleh pergi exam tanpa baca buku, boleh dapat master tanpa pergi kelas, atau boleh jadi usahawan macam adi putra..bukan….apa yang saya cuba nak bagitahu ialah saya rasa yang otak saya ni lebih cenderung kepada perkara-perkara yang LOGIK. Seperti yang saya bagitahu awal-awal tadi, say a buat ikut logic, bukan buku. sepanjang perjalanan balik saya terfikir sebenarnya saya boleh buat..Cuma saya ni malas kurang rajin jer. Kalau usaha lebih sikit, insyaallah boleh lulus. Dan saya pun rasa macam semangat pahlawan melayu meresap di jiwa. Semangat nak study ekonomi. Rasa nak lupakan terus pasal ambik MC. Mana boleh menyerah sebelum berlawan. Tu namanya pengecut!. Kena usaha lebih. Mesti boleh buat. *poyonya minah ni..baru dapat buat 1 soalan..haha tapi soalan tu la yang bangkitkan semula semangat saya ibarat FK datang menyeru di telinga..ahaks! kalau lulus lah subjek ekonomi ni, saya nak kizz soalan tutorial 4..*mengaruts!..hakhakhaktui
jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan,
jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu..lalala
-out-
0 cakap-cakap:
Post a Comment