CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 1, 2010

sesi terapi

Selamat hari isnin (terlupa hari) Malaysia, Singapore, Brunei!!!! Apa khabar semua??!!! *apa engkau ingat ada orang baca blog engkau?? Toksah verangan!

Ini cerita weekend lepas. Tapi jangan risau belum basi lagi.
Hari sabtu dan ahad lepas adalah seronok kerana telah menjalani sesi terapi dengan bahagianya. ‘SHOPPING’ merupakan terapi yang sangat membahagiakan. Manakan tidak dikata bahagia, akiviti ini boleh meregangkan urat kaki sehingga sengal tapi masih bahagia.  Boleh memusingkan mata kerana terlalu banyak melihat warna dan bentuk sehingga berpinar namun masih bahagia. Boleh juga menterapi bahu apabila beban yang dibawa semakin membebankan, tapi masih juga bahagia. Semua bahagia tentang shopping kecuali bila dompet tidak tebal. (T_____T)

Next,

‘Sediakan payung sebelum hujan’. Itu adalah amalan yang sangat berguna yer adik-adik. Boleh mengelakkan masalah di kemudian hari apabila hari hujan dan kita tiada payung  lalu air hujan yang terkena muka melunturkan mascara dan mencomotkan muka (cerita berkisar kepada pengalaman..sob..sobb).  TIDAK..saya bukan mahu bercerita pasal payung dan hujan. Saya mahu bercerita tentang persediaan menghadapi terapi. Sebelum keluar untuk membeli dan blah, awal-awal lagi sudah sangat gigih mengoogle di mana-mana yang akan berlangsungnya sale. Ianya sangat perlu bagi mengelakkan diri menjadi seperti lalang yang keluar rumah tanpa arah tujuan. *huh! Google sale sana sini memangla laju, cuba search bahan-bahan ilmiah cuba tengok!!cepat jer menguap engkau yer! =p..berkat sabar dan usaha gigih, akhirnya mendatangkan hasil. Terdapat beberapa sale yang sedang berlangsung. Antara yang berkaitan dengan daku dan berjaya dimasukkan dalam list ialah :
  
1.   Branded Carnival Sale @ Cyberjaya
      25.11.10 – 3.12.10
  
2.   Branded Apparel Sale @Amcorp
      25.11.10 – 5.12.10

3.   FJ Benjamin Warehouse Clearance Sale @ Parkroyal Hotel
      28.11.10 – 30.12.10

Nampak tidak disitu apa yang paling menarik?? Haruslah FJ Benjamin Warehouse Clearance Sale!! Namun tidak dapatlah menghadirkan diri kesana kerana sale berlangsung dari jam 10.00am to 7.00pm open to public on 29 and 30 November. Pada 28 november khas untuk pemegang HSBC card. Saya mana ada HSBC card. Mengada la mereka ni. Nak HSBC card bagai lah. Tak buleh ke pakai Kad Mesra Petronas ker, Kad Tesco ker, paling tidak pun Mycard sudah la..ni minta HSBC kad, confirm tiada. (T________T)
Isnin selasa baru nak open untuk public. Confirm sudah terang lagi bersuluh la tak dapat pergi juga sebab hari berkerja dan sale sampai pukul 7.00pm jer. Benci! (berhenti menaip, nak menangis dalam surau sebentar).

Jadi

Tak perlu tamak sangat yer hidup tu. Nanti tiada kaf bar a kaf alif ta nun..KEBERKATAN…kita pergi apa yang buleh pergi je la. Dengan penuh semangat membara didada, saya telah mempergikan diri ke Branded Carnival Sale @ Cyberjaya kerana sebab utama, ianya sangat dekat dengan rumah dan itu membuatkan semangat naik mendadak sebanyak 160%. TETAPI..apabila sampai ke sana, hati sangat kachewa!!! Iklan yang disebarkan hanya ibarat angin lalu menyapa pipi..*haaa?? Tidak banyak table, tidak banyak pilihan, tidak banyak brand menarik, tidak banyak kasut, tidak banyak beg..lalu saya berdiri di tengah khemah dan menjerit ‘TIDDAAAKKKKK!!!!!!!!’ (tipu)..sangat kecewa. Akhirnya saya hanya membeli seutas jam tangan sahaja berjenama XXXX. Tidak mengapa, masih bersyukur. OK lah dapat 1 barang, buat pengubat hati yang terluka kerana kaciwa. Kemudian ke IOI Mall pula. Tidak pergi ke Amcorp Mall kerana sale di situ sehingga 5 Haribulan, jadi tidak perlu tergesa-gesa. Boleh dimasukkan dalam list aktiviti weekend ini pula..hakhak. Niat di hati nak tengok wayang, malangnya tiada cerita baru yang menambat hati. Lalu pergi mencari makanan dan terjumpa makanan yang banyak di Kenny Rogers..yummiiee!!! lepas lunch baru pergi jalan-jalan melihat keindahan sale di situ. Waaaa sangat indah. Dari sale 10% sampai la ke 70%..indah..sangat indah..lagi indah kalau ada kedai yang buat sale 100%..haa confirm haku meroyan depan kedai tu..uhuk uhuk..sale banyak, kasut banyak, beg banyak, sayangnya duit daku tidak berapa banyak. Jadi tidak boleh membeli semua. Kena bersabar dan banyak beristigfar. Terasa sangat berhemah disini. Akhirnya..hanya membeli beberapa barang saja buat penghilang lelah berjalan..huhuhuu Nah! Ini dia hasil tuaian saya…
'kasut kosong'..kenapa dipanggil begitu? kerana tiada manik, corak, atau huruf A.N.I.Z. Dipilih kerana mahu kelainan dalam citarasa *statement mengarut









and lastly....

maaf..gambar-gambar tersasar.. =D

0 cakap-cakap: