CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 14, 2010

Antara Lelaki dan Perempuan

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Kata HM Tuah, lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan seorang wanita mempunyai penilaian yg berbeza iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang seorang lelaki selamba dengan masalah yang seorang wanita rasakan cukup berat. Seseorang wanita telah kering air mata sedangkan seorang lelaki masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya lelaki akan melawan habis-habisan dan wanita pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, kerana lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang seorang wanita perkatakan.

Menurut HM Tuah lagi, walaupun seseorang wanita tahu bahawa mereka adalah benar dan mungkin tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan wanita yang meminta maaf. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Kata HM Tuah, Satu lagi yang seorang wanita patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan lelaki.

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang tenang dan lapang dada
4) Lelaki yang baik sangka
5) Lelaki yang tak pernah putus asa
6) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hatinya. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada anggota badannya, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh imannya. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.