CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 10, 2010

Salam perpisahan and best of luck

Hari isnin bersamaan 6 Disember 2012 adalah hari terakhir Kak Ida bersama kami. Dia dah dapat kerja lain yang lagi glamor dari sekarang... Apa la akak ni, kan aniz dah cakap kita kena pelan-pelan kayuh, nanti lama-lama keje kita ni glamor la, tapi akak degil, nak pergi juga! habis siapa nak kawan dengan aniz, siapa aniz nak kacau nanti, siapa aniz nak tanya 600 kali, “akak watper tuuuuu” walaupun tempat duduk kita sangat dekat sampaikan aniz boleh dengar akak taip message 16 kali dalam masa 5 minit (T___________T)

Walau apapun perasaan tak best aniz rasa sekarang, aniz tetap doakan akak lebih bahagia dan lebih hangat daripada biasa di tempat baru nanti. Kami (geng-geng WONDERPETS) akan rindu akak selalu. Lebih rindu bila tiba hujung tahun (time akak diisytiharkan dapat bonus 6 bulan)..well..you’re my fren..hikhikhik

Kenangan kita pada hari terakhir kita bergelar ‘rakan sekerja’………….



1..2....sebut anizzzzzz...=D
i want nobody nobody but you! i want nobody nobody but you! lalalala




saya ibu kepada dua orang anak
saya tahu bagaimana untuk melindungi anak-anak saya..hakhakhak

K.A.M.I

Kamu adalah satu-satunya GADIS MELAYU TERAKHIR yang aniz pernah jumpa di abad berukband yang havoc ini. Sumpah! Tak tipu..Bila kamu bercakap, suara sangat perlahan lagak seorang wanita yang tahu menjaga auratnya, senyuman yang sangat manis sampaikan semut pun mati diabetis, pandangan mata yang penuh dengan kasih sayang sampaikan rasa nak pinjam mata tu 16 tahun, bila bercakap, akak suka sentuh tangan atau bahu kawan-kawan yang mana itu menzahirkan kepada kami keikhlasan yang ada dalam hati akak..aniz selalu rasa kagum. Teruslah jadi ‘macam selalu’ kerana akak sangat istimewa dengan cara akak tersendiri. saya adalah manusia yang sangat kedekut pujian, tapi sekali saya memuji, bermakna kamu harus percaya.

akhir kata dari adik yang selalu kau kata nakal ini......





p/s: Okey..Okey...akak dah buleh nangis sekarang..=p

0 cakap-cakap: