CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 8, 2011

tabiat tidur awal

sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni badan tiada lagi berdaya berlagak gagah seperti gadis muda 13 tahun..*macam aku dah 66 tahun pulak...ZZzzzzZZzzz

nak kata bebanan tugas yang terlampau, itu biasa..nak kata tak minum kopi, memang dah agak jarang sejak dapat sakit hari tu.. nak kata apa lagi pun sudah tidak dapat berkata-kata lagi..zzzZZZZzzzzzz

selalunya balik dari kerjaan akan mencuci pakaian di sungai sambil bermain air dengan teman-teman, mengemas rumah, mengemas bilik, memasak campak-campak ikut resipi sendiri yang agak seram, mengintip anak bujang jiran sebelah, atau sekurang-kurangnya baca buku barang sehelai dua muka surat..zzzZZZZZzzzz

tapi kini tidak lagi...pukul 9 malam TV sudah nampak macam ada dua..lampu terang warna kuning sudah nampak sangat malap seperti minta ditukar mentol, sofa untuk duduk kelihatan macam tilam empuk siap dengan cadar gambar spongebob, cerita CSI juga aku dengar sayup-sayup macam lagu Koi Mil Gaya...kadang-kadang macam suara Eric Clapton pun ada...cerita kartun di astro ceria telah tidak diendahkan sama sekali..buku bukuan telah disimpan di dalam stor, dan katil adalah nikmat terbesar saat jam menunjukkan tepat jam 9.00 malam...hati juga tegar tahap optima untuk membiarkan blog bersawang... aarrrgghhhhh!!!!!...zzzZZZZZZzzzzz

ketika menyiapkan entri ini sahaja sudah 4 kali terlentok tahap hantuk dahi kat kepala katil..aarrggghhhh!!!! zzzZZZZzzzzz

janganlah kata ini tabiat orang tua-tua..JANGAN!..bukankah tidur yang cukup dan berkualiti akan menjamin minda yang cerdas..erkkkk =p

Sudah tidak berdaya menahan mata..telinga sudah terdengar-dengar Faizal Tahir nyanyi lagu Selamat Malam..zzZZZZZzzzzzz


gudnite [sambil pasang lagu twinkle2 little star]


baibaibai..=D

7 cakap-cakap:

M a W a D D a H

baik tido ajer...kesian kat mata tu duk tahan ngantuk...hehe

Darimo

" memasak campak-campak ikut resipi sendiri yang agak seram " - Aniz, 2011

Mata Pena Fadz

wah....tuh mmg tahap ngantuk cgt tuh....bykkn rehat.... :)

Aniz

MaWaDDaH - terlupa nak letak lagi satu..nak mengarang untuk contest adah juga ambil masa 18 hari..hehehe tp akan join jugak!! mesti!!! =D


Darimo Roslan - hahaha mika tak payoh ler buat quote ghope itu...makin seram bunyinya..hahaha


Mata Pena Fadz - mmg da terover over ngantuk ni..macam keja menoreh pulak..heheh

cikanoz

tidur la untung2 dapat mimpi tengok ikan bilis hidup..mungkin juga bakal menjadi rialiti minggu ini..lalalala

Aniz

cikanoz - AMINNNNNN!!!!!!!! hoyayyyy!!!hooyayyyyyy!!!!!! hhhehee

cikanoz

oh lupa nak pesan..tiket masuk adalah di tanggung sepenuhnya dari pihak anda harap maklum.... ;p