Halwa telinga : i dont believe you-pink
Walaupun badan sangat letih dan bahu kiri masih dalam kesakitan, namun tetap juga mata tidak boleh dilelapkan..hati sangat resah..
Aku Sedih..
Bukan tahap mahu terjun bangunan, tapi cukup untuk hilangkan selera makan aku selama 7 hari...
Aku benar-benar kecewa...
Bukan putus cinta tahap putus jari, putus kepala,
-BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL-
Peribahasa ini barangkali TIDAK SESUAI...sebab aku bukan ibu tunggal dengan 8 orang anak...rasanya buat masa ini tiada sesiapa yang memandang aku sedar aku tengah bersedih sebab senyuman di bibir sangat maniz sampai kalau aku bagitahu orang yang aku tengah kecewa juga orang akan kata aku ni PENTIPU....penat nak yakinkan orang tentang airmata bila kita sentiasa memberi senyuman dan tawa kepada mereka bukan??? setuju tidak??? Tidak??? FINE!
-KITA TAKKAN SEDAR BETAPA KITA MEMERLUKAN SEHINGGA IA PERGI MENINGGALKAN-
Aku rasa madah ini SANGAT SESUAI..sebab *snipped*.....
-MAAF.....setelah penat menaip panjang lebar, luahan hati yang itu akhirnya telah dibanned isi kandungannya oleh FINAS kerana dikatakan mengandungi rasa hati yang terlalu kompleks untuk difahami..yang terlalu sukar untuk diselami..barangkali bila membacanya juga akan membuatkan diri termanggu, selera terganggu, emosi bercelaru, jiwa haru biru..gilakah aku???? (T____________T)
Selalu aku rasa sangat susah mahu memujuk anak buah aku yang nangis berguling di tengah-tengah shopping complex kerana mahukan mainan yang berharga RM120 dan akan rosak dalam masa 20 minit selepas masuk kereta, kadang-kadang tak sempat sampai tempat parking juga sudah rosak. TAPI...kali ni aku aku tersedar yang sebenarnya untuk memujuk hati seorang gadis berusia 23 tahun dan berjiwa kacau juga lebih mencabar dari yang itu..
Haruskan entry ini dilabel sebagai ENTRY KECEWA?????
TIDAK!
JANGAN!
Labelkan saja sebagai entry 'wateva' supaya ia tidak perlu dingat lagi..Bukankah kekecewaan tidak elok dingat-ingat, bimbang ianya akan meracun hati...Bukankah begitu????
Jangan bimbang....
Aku baik-baik saja...masih boleh bercakap dan ketawa, masih boleh pergi kerja, masih boleh pergi kelas setiap Ahad, masih boleh memasak sambal sardin seminggu sekali, masih boleh mencuci pakaian
Semuanya macam NORMAL bukan???
Tiada apa yang perlu dirisaukan....
Aku masih tidak menangis...
Semuanya akan baik-baik saja..
-the end-
0 cakap-cakap:
Post a Comment