CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidiladha

hari ni masih di office. bukan ke sepatutnya sekarang ni tengah mengayam ketupat??? melagakan periuk belanga di dapur??? mengacau sambal kacang di dapur??? tidak la nampaknya sebab sekarang masih dengan pc, officemate, kertas bla bla bla... malam tadi dah telefon bonda, katanya hari ni nak buat roti jala, esok baru nak masak-masak raya..emm tapi tak hairan pun sebab yang nak makan pun kami berenam jer dan keenam-enamnya ni bukan kisah sangat pasal makan-makan ni. yang penting mak yang masak..kalau along yang masak, sila ajak abah ke kedai kat simpang jalan yer..jangan sesekali membahayakan kesihatan..bunuh diri tu haram tahu!! =p malam ni baru nak gerak balik batu pahat. itu pun tak tahu pukul berapa nak mulakan perjalanan.entah pukul berapa pulak nak sampai rumah. macam biasa la kan. itulah ANIZ. kalau budak si ANIZ ni mula 'merancang perjalanan', sila rasa dahi dia tak pun sila mula sediakan rancangan bagaimana nak suruh dia ubah harta dia atas nama kalian sebab itu tandanya dia tak normal..erkk tak sabar nak balik kampung, nak syiom mak, nak peluk adik, nak tido atas katil haku yang selesa, nak kena marah dengan mak, nak kena marah dengan mak lagi, dan akhir sekali nak kena marah juga dengan mak. nampak tidak apa yang saya paling rindu??? nak kena marah dan bebel dengan bonda lah..huhu sebab...bila dia marah, dia akan buat muka chumel macam hello kitty, suara dia akan bertukar chumel macam mama sin chan, body language dia akan lebih smooth daripada pergerakan angelina jolie dalam movie 'wanted'..caya lah mak!!! you're the best lah!! macam mana la bonda ni buleh chumel sangat??? suka nak buat saya kagum banyak-banyak tau. asyik mak jer, selit sikit pasal abah, kecik hati lak dia nanti. rindu sangat nak pandang muka abah sebab muka dia lebih tenang dari pantai Pulau Kapas, senyuman dia lagi manis dari dodol durian, dia lah semangat saya. abah...tunggu along balik tau. nanti along boleh teman abah makan sambil ajukan soalan yang sama banyak-banyak kali sampai abah gelak-gelak kecil sebab nak taknak kena juga jawab soalan saya banyak-banyak kali juga. takpe lah, kalau saya takde, takde siapa nak kacau abah kan?? hehe..ohh rumah ku di kampung..nantikan kepulangan puteri aniz yer..huhuhu

Ya Allah...selamatkan lah perjalanan ku dan saudara-saudaraku yang akan pulang ke kampung..kurniakan lah keberkatan dalam Aidiladha kami ya Allah..aminnnn...

0 cakap-cakap: