CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 24, 2010

pemberian

Emak telah membagi dua helai tudung kepada saya ketika pulang ke kampung hari tu.  *seperti ayat budak darjah 1 gamaknya. Sehelai warna hitam dan sehelai lagi berwarna biru. Cantik…macam selalu, emak memang pandai memilih. Semua yang saya pakai yang datangnya dari emak, pasti dapat pujian. Kalau pakai baju yang bukan dari emak, tak pernah dapat pujian. Nampak sangat 

yang cantik itu baju, yang indah itu tudung
padah muka haku, hati telah tersinggung (T______T)

tapi  tidak mengapa, saya tidak akan berdukacita apatah lagi berduka lara, saya akan bersuka ria sahaja kerana saya rasa saya cantik tanpa perlu dipuji kamu (ayat untuk menunjukkan saya pandai memotivate diri dalam rasa tersinggung  yang menebal) (T___T)

saya dah pakai yang warna hitam jer, yang warna biru belum lagi sebab ..sebab..sebab… belum ada sebab nak pakai. Jadi mari kita mengayakan tudung yang diberi  emak.. heh heh heh

itu dia.....kiri kanan tengah depan belakang..yeeaahaaa!!!









pandangan dari atas bumbung rumah

dari kaca mata john abraham..*muntah!
terima kasih emak. saya suka..suka sangat..lain kali bagi lagi banyak-banyak yer.. merujuk kepada gambarajah di atas, saya mendapati pipi  telah menjadi seperti kuih pau disebabkan terlalu melebih-lebih seperti jakun makan ketupat raya hari tu. macam dah 19 tahun tak sambut raya. tapi bukankah kita harus bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan..*masih mahu membela diri. tidak mengapa-ngapa. selepas ini kita buleh mengurangkan makan dan mula berdiet lagi. *sambil memandang iklan KFC yang baru..  (T______T)